Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Januari 2016

Kaki Pendek, Ilmu Ghaib Punca Gagal Kejar Pelombong Bauksit.


Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa kerajaan negeri Pahang sudah melakukan yang termampu terhadap mereka yang mengancam alam sekitar, selepas dikritik ramai tentang isu perlombongan bauksit.

Menteri besar Pahang itu berkata pihak penguatkuasa negeri sudah pun menjalankan tugas namun pelombong haram tidak dapat ditangkap kerana sudah melarikan diri beramai-ramai sehingga gagal dikesan melalui CCTV dan kamera AES sekalipun. Bahkan, polis juga gagal mengesan pelombong-pelombong haram tersebut kerana kepakaran mereka menggunakan ilmu ghaib (halimunan) semasa melarikan diri ketika penguatkuasa negeri sedang menjalankan tugas.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri juga tidak mempunyai kaki yang panjang untuk mengejar pelombong-pelombong berkenaan bagi menghentikan perlombongan bauksit haram yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan masalah kesihatan.

“Kerajaan negeri kekurangan sumber manusia, kaki penguatkuasa sudah la pendek-pendek, kami kejar guna kereta tapi pelombong pula lari dengan terbang di udara, jadi kami kalah semasa mengejar mereka semua" kata Menteri Besar dengan nada kesal sambil menangis tersedu-sedan. 

“Ia bukannya disebabkan kita berlengah atau bertangguh [penguatkuasaan] cuma ia menjangkau keupayaan kita. Mereka pandai melarikan diri sambil menghilangkan diri kerana belajar ilmu ghaib” katanya lagi dalam satu wawancara.
 
Adnan turut berkata tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana semua agensi penguatkuasa kecuali Pejabat Tanah dan Galian berada di bawah kerajaan pusat.

Katanya  Pahang Darul Marikh pada mulanya tidak mahu melibatkan kerajaan persekutuan namun masalah menjadi semakin besar dan tidak boleh dikawal. - Bernipu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...