Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Januari 2016

Biasiswa JPA Digantung - Kenapa Tak Buang 9 Penasihat Khas Najib, Batalkan PLKN, Potong Gaji Menteri?


Ada sesuatu yang tak kena kat sini.

1. Kerajaan perkenalkan GST pada tahun 2015. 

2. Kerana kerajaan menjangka harga minyak global akan terus susut.

3. GST akan menjadi revenue baru kepada kerajaan untuk mendapatkan dana bagi menguruskan / menampung kos pentadbiran/perbelanjaan yang diperlukan negara.

4. Memang GST pengganti kepada SST.

5. Namun jaringan percukaian (barang/khidmat kena cukai) dalam GST lebih meluas. Maka ini membolehkan kerajaan menambahkan pendapatan negara.

6. So, kerajaan dah pun laksanakan GST dan kesannya positif kepada kerajaan kerana berjaya mengutip hasil yang bukan sahaja mencapai sasaran bahkan melebihi jangkaan.

7. Kesan kejatuhan harga minyak global paling2 koman akan memberikan impak besar kepada Petronas, bukan kepada kerajaan itu sendiri.

8. Dan sekarang kerajaan claim bahawa mereka terpaksa kurangkan itu kurangkan ini, batalkan subsidi itu, batalkan subsidi ini, bekukan itu, bekukan ini atas alasan kejatuhan harga minyak global.

9. Maka apa gunanya membayar GST apabila rakyat melihat seperti tiada hasil?

10. Yang terbaru, biasiswa JPA akan dibekukan.

11. Ia memberi kesan kepada hampir 700 pelajar penerima biasiswa sedia ada. Dalam dan luar negara.

12. So macam mana pelajar2 neh mampu survive dengan keputusan secara mendadak ini?

13. Kenapa Najib tak buang aje penasihat2 khas dia yang mana tak memberikan sebarang kesan kepada rakyat? Menteri2 kat Malaysia neh pun banyak. Elokla buang yang mana patut. Jimat sikit perbelanjaan kerajaan. Apatah lagi bukannya mereka betul2 perform. Menyusahkan rakyat bayar gaji je. Betul tak?

14. Batalkan / mahsuhkan program PLKN ke.

15. Kaji semula perjanjian konsesi. Yang merugikan kerajaan haruslah dilupuskan. Cari la jalan. Takan itupun orang nak ajar satu persatu.

16. Batalkan projek2 yang tak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Macam projek Menara Warisan tu.

17. Kenapa tak potong gaji2 menteri, wakil rakyat? Dah tahu takde duit, sibuk naikkan pula gaji masing2?

18. Kaji semula elaun2 yang diterima menteri. Contohnya elaun2 seperti elaun keraian. Perlu ke?

19. Sebenarnya ada banyak cara/kaedah untuk kerajaan jimatkan perbelanjaan tanpa babitkan hak rakyat. Terutamanya golongan mahasiswa.

20. Tapi nampak gayanya kerajaan lebih pentingkan untuk batalkan/bekukan/mahsuhkan/hapuskan perbelanjaan2 yang babitkan rakyat berbanding perkara2 yang babitkan kepentingan mereka. Siapa rasa Najib patut bayar beratus2 ribu kepada firma2 penasihat dari luar samada untuk khidmat komunikasi atau apa2 khidmat berbanding salurkan duit tersebut kepada mahasiswa? Kan lebih baik Najib tamatkan khidmat Paul Stadlen kaki joli daripada setuju batalkan biasiswa JPA. Akai takde betul piem Malaysia kau neh.

Laporan media ;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong mengesahkan bahawa biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kursus ijazah sarjana muda dan program pra universiti digantung.
Menurut Wee, beliau tidak boleh mengatakan dengan pasti sama ada akan ada perubahan terhadap keputusan tersebut.
“Perdana menteri memahami bahawa ekonomi tidak baik masa ini dan rakyat menghadapi beban yang berat, dan mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan JPA bagi memikirkan penyelesaian baru.
“Tetapi kami (MCA) sedang mencuba sedaya upaya merayu kepada kerajaan kerana kita tidak pasti bagaimana perkembangan ekonomi nanti,” katanya, dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Wee turut menyatakan bahawa beliau tidak tahu sama ada penggantungan daripada biasiswa JPA mempunyai apa-apa yang berkaitan dengan semakan bajet yang dirancang pada ini yang akan datang 28 Januari.
Dakwaan biasiswa JPA digantung malah diperkukuhkan apabila pautan “dermasiswa sistem e-filing” di laman web JPA (yang digunakan oleh pelajar untuk memohon biasiswa ini) telah dikeluarkan.
Penggantungan itu membabitkan biasiswa pelajar tempatan dan luar negara.
Ia dikatakan memberi kesan kepada kira-kira 700 penempatan tahun ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...