Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Januari 2016

Desak MB Kedah Berundur, Ini Jawapan Balas Mukhriz Mahathir.


Strategi Najib nampaknya berhasil setakat neh. Akhirnya Mukhriz Mahathir beri alasan yang sama seperti Najib Razak. Bahawanya dia dilantik sebagai MB Kedah atas mandat rakyat. Sama seperti jawapan Najib kepada Mahathir dalam mengulas tindakan Mahathir yang merancang mahu menjatuhkan Najib dari kerusi perdana menteri.

Best gak tengok UMNO vs UMNO neh.

Dah bosan layan pergolakan dalaman pembangkang..
Ada juga drama dari UMNO akhirnya.
Hihi..

Berikut di bawah kenyataan media Mukhriz Mahathir dalam mengulas sidang media kesemua ketua cawangan UMNO Kedah yang berhimpun selepas melakukan mesyuarat sulit bagi mendesak agar Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai MB di Kedah atas alasan gagal menyatu-padukan UMNO Kedah.

Dalam sidang media tersebut, Jamil Khir pun ada.
Ahmad Bashah yang memang dah lama berapi dengan Mahathir pun hado.
Dan semua media pro kerajaan siarkan / laporkan berita berkenaan sebagai tajuk utama malam tadi tau..
 
Komplot baik punya.

Kahhhhh!

KENYATAAN AKHBAR
Oleh DS Mukhriz Mahathir
Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.
Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Alor Setar
20 Januari 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...