Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 November 2015

Syarikat Asing Dibenar Kuasai Saham IPP 100% - Demi Bayar Hutang 1MDB, Adakah Rakyat Jadi Taruhan Najib? Mesti Baca & Sebar.


Kesimpulan dari isu neh ialah ;
1. Pemilikan 100% syarikat tempatan kepada syarikat asing dalam penjanaan tenaga.
2. Sesuatu yang perlu kita lawan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat macam ko dan aku.
3. Bayangkan jika yang bekal tenaga tu dibawah seliaan syarikat asing. Mereka boleh menyusahkan hidup kita dengan cara ;
- Peluang pekerjaan = utamakan dari warga dia.
- Kadar elektrik = utamakan keuntungan.
- Bawa masuk keuntungan pelaburan ke dalam negara dia = ekonomi negara dia bertambah kukuh. 
4. Bila kerajaan dah kena asak, tekan akan beria2 untuk beli semula pegangan saham. Kat sini pemilik syarikat asing akan markup harga kaw2. Yang terjejas, rakyat macam kita juga.
5. Tak dinafikan meskipun elektrik di bawah kawalan syarikat tempatan, dan kita masih membayarnya dengan harga yang mahal tetapi jika ianya berpindah tangan ke syarikat luar, mungkin akan menjadi lebih mahal lagi. Ko semua sanggup ke?
So, tolong baca penulisan Rafizi neh, hadamkan dan sebar laju2. Benda neh belum muktamad, sebelum jadi muktamad kita kena desak Najib, JANGAN BUAT KERJA BODOH. SATGI KITA GAK YANG KENA KUTIP BALA MACAM ISU PAMPASAN TOL TU. APA PUN TAK BOLEH LA PEMIMPIN2 NEGARA KAU NEH.
Hari ini ialah hari akhir bagi pembida-pembida yang berhasrat membeli aset penjana bebas (IPP) milik 1MDB mengemukakan tawaran pembelian kepada 1MDB.
Beberapa laporan kebelakangan ini mengenai urusniaga penjualan aset IPP 1MDB ini membuka satu lagi kontroversi besar yang ada kesan kepada negara dan rakyat – iaitu pemilikan asing ke atas industri penjanaan elektrik negara.
Saya konsisten mempertahankan pendirian bahawa ada beberapa industri strategik yang mesti kekal di dalam pengendalian dan pemilikan nasional bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan negara. Ini termasuklah industri air dan industri elektrik yang perlu dielakkan dari dimiliki oleh syarikat asing kerana bekalan air dan elektrik melibatkan kepentingan harian setiap rakyat Malaysia.
Saya terkejut membaca kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA), Datuk Seri Maximus Ongkili yang dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2015 bahawa ada cadangan untuk membenarkan 1MDB melupuskan semua aset IPPnya kepada syarikat yang dimiliki 100% oleh negara asing.
Ini bertentangan dengar dasar kerajaan sedia ada bahawa had ekuiti maksimum pemilikan asing yang dibenarkan bagi aset-aset penjanaan elektrik di negara ini ialah 49% (bagi memastikan majority iaitu 51% masih dikawal syarikat tempatan).
Kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili itu mengiyakan desas desus bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup membatalkan peraturan had pemilikan asing itu demi membantu 1MDB mendapatkan harga bidaan yang lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Laporan media semalam menyatakan bahawa harga yang dibida oleh TNB ialah sekitar RM8 bilion iaitu hampir sama dengan harga nilaian pasaran semasa. Harga itu juga padan dengan harga siling yang saya syorkan kepada Dewan Rakyat untuk ditetapkan melalui satu usul yang telah difailkan pada 2 November 2015.
Walau bagaimana pun, harga RM8 bilion itu adalah terlalu rendah berbanding dengan harga yang dikehendaki oleh 1MDB kerana ia telah mengambil hutang yang tinggi untuk membeli aset-aset itu dari Ananda Krishnan dan Genting pada harga lebih tinggi dari harga pasaran sebelum ini. Jika 1MDB mahu mengurangkan hutangnya seperti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, harga jualan aset-aset ini mestilah lebih tinggi dari harga nilaian semasa.
Sebab itu saya khuatir bila mana harga bidaan pencabar terdekat 1MDB iaitu satu konsortium di antara syarikat gergasi China (China General Nuclear Power Corp Ltd) dan syarikat gergasi Qatar (Nebras Power QSC) ialah RM10 bilion iaitu RM2 bilion lebih tinggi dari harga pasaran (yang ditawarkan oleh TNB), pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencari helah untuk membenarkan bidaan tersebut walaupun ia melanggar peraturan sedia ada dari segi had pemilikan maksimum syarikat asing.
Jika bidaan dari konsortium China dan Qatar ini melanggar had pemilikan maksimum syarikat asing iaitu 49% maksimum ekuiti asing, sepatutnya bidaan ini terbatal secara sendiri. Saya khuatir pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sedia faham bahawa bidaan dalam bentuk sedia ada ini oleh konsortium China dan Qatar tidak menepati syarat – maka pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan menukar undang-undang sedia ada untuk membolehkan sektor elektrik negara kini dibuka kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.
Saya memuji pendirian Datuk Seri Maximus Ongkili yang secara terbuka menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan membuka sektor elektrik negara kepada syarikat yang 100% dimiliki pegangan asing.
Saya akan memantau perkara ini dengan dekat dan tidak akan teragak-agak memulakan kempen seluruh negara mempertahankan sektor elektrik di negara ini dari dibuka kepada syarikat asing kerana ini akan membawa kesan besar kepada masyarakat dan negara di masa hadapan.
Oleh itu, saya menasihati Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka bahawa pentadbirannya tidak akan membatalkan had ekuiti asing dalam sektor elektrik hanya untuk membantu 1MDB menutup lubang hutangnya seperti mana yang sedang bertiup kencang sekarang.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Jumaat, 6 November 2015

Isu Bawa Masuk 1.5 Juta Warga Bangladesh, Zahid Hamidi Kantoi - Baca Laporan Ini!


Pendedahan menarik dari MTUC.

Kerajaan rupa-rupanya dah terkantoi apabila bersetuju membawa masuk 1.5juta warga asing dari bangladesh kerana ianya bertentangan dengan rancangan Malaysia ke 11.

Antara perkara yang terkandung dalam RMK - 11 ialah ; kurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing kepada 15%.

Membawa masuk warga asing secara berperingkat selama 3 tahun bukan sahaja akan mengagalkan polisi yang termaktub dalam RMK-11 bahkan menambahkan lagi jumlah warga asing kepada 20% populasi dari keseluruhan rakyat Malaysia.

Harus diingat. 20% ialah yang mewakili kaum pekerja. Bukan anak-bini yang turut masuk sekali.

Haha.

Baca laporan yang dipetik dari TMI neh. BN buat polisi berapi2. Tapi pelaksanaan hampeh. Atas dokumen lain, plan lain yang jadi lain. Memang WTF sungguh!

----------

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, berkata pelaksanaan itu bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.
Setiausaha agungnya N Gopal Krishnam berkata setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin.
Katanya, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

 “Mengapa perlu bawa masuk lebih banyak warga asing, terutama dari Bangladesh?” soalnya.


Gopal berkata demikian sebagai respons kepada ucapan penggulungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu, apabila beliau berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Kementerian Dalam Negeri ialah pihak berkuasa yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja asing.

Gopal berkata Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Katanya, golongan muda Malaysia memilih bekerja di luar negara kerana gaji lebih rendah di sini dan kekurangan manfaat menarik yang disediakan kepada mereka.

Kira-kira 350,000 rakyat Malaysia keluar masuk ke Singapura setiap hari untuk bekerja kerana gaji di sana lebih baik selepas ditukar kepada ringgit, katanya.

“Ada juga 360,000 lagi rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Singapura. Pasti ada alasan yang baik mengapa Singapura bergantung pada rakyat Malaysia,” katanya.

Gopal berkata rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara terpaksa menanggung pendapatan yang tidak berkembang kerana majikan terus bergantung pada tenaga buruh warga asing yang lebih murah.

“Kenaikan pendapatan di kalangan kelas bekerja akan secara relatifnya menjadi perlahan dan sasaran masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020 hanya mimpi yang sukar dicapai,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan peningkatan gaji minimum bagi sektor pekerja swasta di Semenanjung daripada RM900 kepada RM1,000 dan RM800 ke RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan minimum gaji kakitangan awam akan bermula pada RM1,200.

MTUC mengkritik kuantum peningkatan gaji minimum bagi sektor swasta berbanding kakitangan awam.

Gopal berkata kekacauan industri akan lebih kerap berlaku apabila ramai warga asing bekerja di kilang, terutama dalam sektor elektronik.

“Kita pernah jumpa serangan ganas di kalangan pekerja dari negara Asia Selatan. Sebelum ini pekerja dan kesatuan kita hanya berpiket dan itu pun majikan bertindak keras terhadap mereka,” katanya.

Gopal juga melahirkan kebimbangan mengenai sistem kesihatan negara kerana ada pekerja asing yang diketahui menjadi sumber penyakit berjangkit, seperti tuberkulosis.

“Ini juga satu bentuk ancaman kepada negara,” katanya

Khamis, 5 November 2015

Peniaga Vape Kena Serbu, Menteri Dimaki Di Laman Sosial - Peniaga VAPE, Cepat Sorokkan Flavor Sebelum Dirampas!

Aku masih konsisten beranggapan bahawa VAPE perlu diharamkan dan hanya boleh diakses oleh golongan perokok tegar yang berkeinginan mahu berhenti atau mengurangkan ketagihan nikotin.

Jujur cakap.

Aku meluat la dengan aksi budak-budak vape neh.
Maksud aku, ko vape sepatutnya untuk apa?

Kalau ko bukan perokok, jangan nak memandai2 VAPE bagai atas alasan TREND atau ASPIRASI ANAK MUDA.

Kesian sikit la kat paru-paru ko yang tak berdosa tu. Ko tu yela berdosa macam aku. Tapi jangan disebabkan kita neh berdosa, kita nak p jadikan paru-paru kita sebagai mangsa.

Hihi.

Dua hari lepas, kementerian kesihatan bagi warning akan serbu kedai vape. Untuk rampas cecair vape yang mengandungi nikotin atas alasan ianya melanggar undang2. Yang nak jual product2 berkaitan nikotin perlu apply lesen dari kementerian tau. Bukan boleh suka-suka. Dia kata la.

Then tadi, kecoh. Kementerian yang sama nak kaji pelaksaan cukai eksais ke atas vape.

Nak apply lesen + cukai = makin mahal la cecair vape yang korang bakal beli tu nanti jika cadangan berkenaan diluluskan.

Dan tadi, di laman sosial kecoh beberapa peniaga cecair vape mengamuk. Barang kena rampas beb.


 
Aku sokong VAPE diharamkan tapi cara kementerian neh tak kena dengan protokol. Kena buat betul-betul dalam isu vape neh.

KKM sepatutnya ;

1. Jangan rampas barang peniaga.

2. Rugi la dorang. Bukan KKM nak ganti duit balik. Sapa berbisnes mesti tahu punya. Rasa sakit hati dan rugi, aku pun bisnes beb. Sekarang nak bisnes jual lampu-lampu pula. Cancel la bisnes cecair-cecair vape. Ko rampas barang tu macam ko rampas rezeki dorang. Orang banyak duit mungkin relax-relax lagi. Tapi kalau bisnes kecik macam aku neh. Mao berendam air mata. Jangan buat pasey.

3. Hanya bantu mereka dapatkan lesen dan ajar sikit tentang kesihatan mengenai penggunaan vape serta kesannya kepada penghisap. Minta dorang jangan jual pada budak2, remaja2 dan orang2 yang tak merokok. Bantu la dorang untuk jadi tanggungjawab. Jujur aku cakap. Peniaga2 yang jual pada budak2 sekolah rendah atau menengah, otak memang sohai. Ya, kita cari rezeki tapi fikir sikitla. Itu anak2 orang. Kau sebagai third party patut jadi penyibuk dalam benda2 begini. Jangan jadi penyibuk nak rakam time orang accident ke, gaduh ke apa je ke.

4. Aku difahamkan bukan semua flavor ada nikotin.

5. So kat sini KKM dah habis buat siasatan dan perincian ke jenama mana, apa dan pengeluar yang keluarkan flavor bernikotin mahupun tidak? Ini main rampas-rampas neh ada harapan dapat collect mana ke macam mana?

6. Perlu ada satu tempoh masa bertenang. Tak boleh lepas keluar warning terus p rampas. Bagi masa sebulan dua untuk mereka clearkan stock atau apa.

7. Perlu bagi jalan keluar. Maksudnya, jika perlu apply lesen jual nikotin, macam mana? Jika nak jual juga, apa syaratnya? Apa yang peniaga perlu patuhi? Itu yang patut KKM buat. Ini main hukum je. Walaupun atas nama menjaga kesihatan, konsep ini masih salah. Sebab cecair vape asalnya boleh dijual secara terbuka. Dan secara tiba2 dan mendadak ianya dirampas, sudah tentula buat orang kelam kabut. 

Apa pun bagi korang peniaga2 vape, better sorok cecair tu siap-siap. Daripada kena rampas, better korang jual sorok-sorok. Sementara depa buat perangai gila neh, bersabar la sikit sehingga situasi kembali tenang. Apa2 pun aku tetap NOVAPE. VAPEOFF. Korang nak vape-vape korang punya pasal la. Janji tak kacau hidup aku sudah.

Kah Kah Kah

Debat 1MDB, Rafizi Lawan Arul - Rafizi Selamatkan Maruah Tony Yang Kehilangan Telur.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar. Kelakar. Kelakar. Kelakar. Kelakar.

Kelakar aku tengok geng2 DAP berhempas pulas menyebarkan dalil-dalil mereka dalam mempertahankan UTURN si Tony Pua yang lari dari pentas debat.

Seboleh-bolehnya mereka mencampakkan kesalahan kepada pihak lain dan langsung tidak mahu mengakui bahawa si Tony tu dah terkantoi dalam cabaran debat bersama Arul.

Ini apa yang aku fikir.

1. Tony cabar Arul debat. Cabar yang tak fikir panjang. Dia fikir Arul takan layan cabaran berkenaan, tambahan pula dia mungkin tidak mengetahui rekod kecemerlangan Arul dalam pentas debat.

2. Kemudian. Arul terima dengan syarat. Lepaskan jawatan PAC. Tony tak boleh jadi penyoal dan penghukum (yang berdebat dan menyiasat) dalam 1 masa yang sama. Be fair la. Pilih salah satu.

3. Tony besar kepala lagi. EGO nak MAMPOS. Dia cabar Arul buang syarat. 

4. Arul akhirnya mengalah. Lantak lue la Tony. Oke kita debat. Tanpa syarat. Apa-apa je la lue Tony.

5. Actually kan Arul, ai bukan nak ajak you debat. Ai nak buat forum soal jawab aje. Ai tanya you jawab. Kikikikiki. Tetiba begitu la respon Tony kau.

Terguling-guling aku gelak baca berita pasal tu.

Kelakar siot.

Tony neh buat lawak plak dia.

Mula-mula ajak debat. Kemudian tetiba cakap dia cuma ajak sesi soal jawab. Masa babak neh berlangsung, belum ada campur tangan SPEAKER dan PAC lagi. Kat sini aje dah menunjukkan watak FLIP FLOP TONY PUA. Belum apa2 dah FLIP FLOP.

Apabila SPEAKER dan PAC masuk campur, maka TONY menggunakan drama tersebut habis-habisan untuk menutup kelemahan dan kelancangan mulut dia mengajak Arul berdebat supaya orang tak perasan bahawa dia tarik diri sebab dia dah terkantoi mencabar seseorang yang bukan lawannya.

Point aku mudah.

Aku tak kata Arul betul, Tony salah dalam skandal 1MDB.

Aku cuma nak sampaikan bahawa Tony neh takde telur. Dia yang cabar debat, dia yang lari. Yang paling bahlol sudah tentula pengikut2 dia.

Kita cakap tentang sikap Tony yang flip flop depa dok bayangkan macam kita bela skandal 1MDB. Bebal betul.

Aku nampak speaker suruh Tony letak jawatan dalam PAC kalau nak debat Arul. Letak jawatan maknanya ada 1 kekosongan untuk wakil DAP dalam PAC. So, bukan kah sepatutnya wakil ini boleh diganti? Adakah DAP maklumkan kepada kita semua bahawa wakil DAP dalam PAC tidak boleh diganti?

Cuba buat cerita bagi habis dan jangan gantung tengah jalan. Kalau terbukti wakil PAC boleh diganti, maka lagi la terbukti yang si TONY neh takde TELUR. Sama spesis macam Najib tapi beria-ria kutuk Najib. Bukan Najib aje kehilangan telur, Tony pun sama juga. Memalukan sungguh la.

KAH KAH KAH

Lepas tu nak cover malu, heret Rafizi. Kesian Rafizi tak pasal-pasal kena cuci sampah yang dibuat oleh Tony.

Rafizi bahas isu GST.
Rafizi bahas isu ekonomi.
Rafizi ulas isu kontrak kepada kroni.
Rafizi dedah jumlah kos perbelanjaan pesawat.
Nak debat isu 1MDB pun cari Rafizi.
Elok la Rafizi aje yang jadi ketua pembangkang.
Dah semua campak ke bahu Rafizi kan.

Ada ramai pembangkang pun tak guna. Yang bercakap dan membongkar pun beberapa kerat aje. Yang lain-lain tatau buat apa.

KAH KAH KAH

Aku bersetuju juga dengan pemilihan Rafizi melawan Arul sebab dalam PH/PR memang takde sapa-sapa yang berkebolehan untuk debat Arul melainkan Rafizi itu sendiri.

Arul sendiri digambarkan sebagai pembahas hebat oleh Rafizi.

Menguasai bahasa english dan bahasa melayu dengan begitu baik.

Aku dengar ucapan dia. Memang dia fasih dalam kedua-dua bahasa. 

Kalau dia neh dok dalam pembangkang kan best. Mengelupur la pemimpin2 negara. Still tak dapat tangkap kenapa dia terima offer untuk selesaikan masalah hutang 1MDB. Jika dia terbukti mampu menyelesaikan masalah 1MDB bagus juga. Cuma harap2 dia tak la berpropaganda lebih2 untuk tutup kepincangan dan skandal yang berlaku dalam 1MDB tu.

Hehe.

Tarikh debat dan waktu serta station tv mana yang sudi jadi penyiar rasmi tidak diumumkan oleh Anthony Loke dalam sidang media yang mengumumkan pengganti Tony dalam berdebat dengan Arulkanda.

Cuma aku tertarik point PH dalam sidang media tersebut.

Ada ka patut sempat lagi pemimpin2 pembangkang neh membayangkan terdapat cubaan atau komplot untuk mengeluarkan Tony dari PAC dengan isu debat neh.

Alahai. Yang cabar debat tu ialah TONY. Faham ke tak faham jalan cerita? Ada ke Tony buat plot untuk singkirkan diri dia sendiri dalam PAC apabila mencabar Arul berdebat 1MDB secara LIVE?

Kalau Arul yang buat cabaran debat tu pada awalnya, logik juga nak bayangkan wujudnya komplot sedemikian. Ini Tony yang buat hal, orang lain plak yang dituduh buat komplot.

Korang geng2 pembangkang tolong berhenti buat lawak dan bayangkan semua benda ada konspirasi boleh tak? Tercirit aku baca kot. Tak habis-habis.

KAH KAH KAH

Kbai.

"Balik Kampung, Tanam Jagung" - Kenyataan Menteri Sekali Lagi Dikritik Netizens.


"Jika rakyat mahu kembali ke kampung, saya adalah manusia yang paling gembira di dunia. Pulang semula ke kampung, jaga anak, sudah ada 4G juga".

"Alhamdullilah, jika berlaku migrasi ke kampung, itu yang saya mahu. Terlalu banyak orang ke bandar sekarang. Tekanan terlalu tinggi untuk tinggal di bandar (sistem perbandaran). Masalah perumahan, pencemaran, gelandangan, hospital, kesesakan jalan dan semua ini akan lebih memudahkan jika rakyat mahu kembali ke kampung, tanam jagung dan cili".

Itu yang dikatakan oleh menteri perumahan, kesejahteraan bandar & kerajaan tempatan, Abdul Rahman Dahlan.

Kenyataan tersebut dipetik menerusi satu sesi temubual bersama Astro Awani ;


Menteri cadang rakyat balik kampung tanam jagung, tanam cili, jaga anak untuk elak kesesakan di bandar apatah lagi di kampung pun sudah ada 4G.
Posted by Ameno World on Wednesday, November 4, 2015

Rakaman video berkenaan berlegar-legar di beberapa page dan fb personal terutamanya di kalangan pembangkang dan pro Mahathir.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu sekali lagi mencetuskan kontroversi kepada menteri berkenaan apabila rata-rata netizens mengkritik kenyataan tersebut di laman sosial.

- Orang datang ke bandar sebab nak cari kerja, tambah pendapatan untuk ubah nasib, menteri suruh patah balik ke kampung? Menteri nak bagi kerja ke?

- Balik kampung tanam jagung, tanam cili? Tanah sapa bagi? Modal cari mana? Menteri sedia semua?

- Peluang pekerjaan dan gaji berbeza antara kampung dan bandar. Cuba fikir dulu kenapa ramai orang berhijrah ke bandar.

- Bukan semua yang kita belajar, pekerjaan tu ada di kampung-kampung. Aku sekeh juga menteri neh karang.

- Kampung ada 4G? Kampung mana? Kampung aku takde pun !!!.

- Apa ko ingat orang bandar tak jaga anak ke yang suruh orang balik kampung dan besarkan anak-anak? Tolol!

- Apa 4G besar sangat ke sampai itu jadi modal suruh orang balik kampung? Orang nak kemajuan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Tak payah menyuruh sangat la. Ko dulu balik kampung.

- Kejap suruh balik kampung, kejap kata dah takde kampung dah sekarang, mana satu dia cakap betul. Elok masuk hospital Tanjung Rambutan la. Dah melambai2 dah tu.

- Ahmad Maslan tepuk tangan, dah ada yang jadi pengganti dia.

- Menteri bercakap tentang gelandangan, kesesakan jalanraya dan perumahan, itu membuktikan kementerian berkenaan gagal menyelesaikan masalah-masalah berbangkit, sudah la gagal, disuruhnya pula orang balik ke kampung. Bukan nak betulkan kegagalan dia, sebaliknya lari dari menyelesaikan masalah. Level menteri Malaysia.

- Tak payah balik kampung, sekarang neh aku dah tanam cili kat rumah bandar. Jemput datang ke rumah aku. Aku nak cili mulut Rahman Dahlan.

- Lepas neh bila kampung sesak dia suruh duduk kat mana? Atas laut, dalam bot? BODOH!!!!

- Gembira di dunia? Memang la gembira kalau org ramai2 balik kampung dia makan gaji buta la takde kerja nak uruskan masalah orang bandar.

Sebelum neh Abdul Rahman Dahlan yang juga Pakar Strategi BN menyarankan agar pengguna lebuhraya bangun lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan tol dan membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing, namun cadangan berkenaan dikritik hebat oleh netizens sehingga menteri berkenaan menjadi bahan cacian dan troll di media sosial.

Rabu, 4 November 2015

Pekerja Bangladesh Lebih Setia & Amanah Kata Zahid Hamidi.


Itu jawapan menteri yang dipetik dalam sidang parlimen hari neh. Kenyataan itu dilaporkan oleh The Malaysian Insider ;
Malaysia memilih membawa masuk pekerja Bangladesh adalah kerana mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjawab kebimbangan susulan rancangan Putrajaya membawa 1.5 juta pekerja dari negara tersebut dalam tempoh 3 tahun, keputusan tersebut mengundang banyak kritikan khususnya daripada kesatuan kerja.

"Tanpa prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh adalah lebih baik, lebih amanah berbanding pekerja lain.

"Dan kita dapati, mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kalau jaga kaunter mereka lebih amanah. Mereka (majikan) yang minta, bukan KDN," katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
 
Katakan lah, just katakan lah..

Jika anak Zahid runding sistem pekerja China, maka adakah pekerja China yang akan dianggap lebih amanah & setia?

KAH KAH KAH

Jawapan Zahid neh memang membentuk prejudis sebab anak dia berbisnes yang berkaitan dengan pengambilan pekerja asing.

Rakyat mahu tahu. Dengan rekod dan angka. Apa bukti untuk 3 tahun mendatang neh, negara kita perlu kepada 1.5 juta pekerja asing dari BANGLADESH.

Setakat cakap setia ka, amanah ka memang la. Sapa-sapa pun boleh. Majikan? Memang la puji melambung pekerja asing sebab pekerja asing dorang kawal kaw2 sampaikan ada yang kena dera.

Bukan takde kes. Berlambak-lambak. Dorang dah la warga asing nak lari pun tatau ke mana, permit boss pegang, redha je la kena buli2 pun.

Macam tu majikan nak buat kat warga tempatan? Sesia jadi kes polis dan viral di media Malaysia.

Haha.

Apa pun di Malaysia, lambakan PATI dan PADI berlaku di mana-mana. KDN sepatutnya focus kepada apa yang ada dalam negara dan jangan bawa masuk yang di luar negara.

Banteras dulu semua PATI-PATI neh hah. Masalah2 yang dibawa PATI, kasi selesai satu kali. Borong sampai ada konklusi muktamad dan settle habis.

Warga asing neh kan, siap ada penempatan lagi.

Runsing lahai aku tengok. Khabarnya di area Selangor dan Wilayah, dah ada beberapa area memang puak2 warga asing neh conquer. Siap berlagak macam warga tempatan. Warga tempatan pula jadi cuak dan takut sama dia.

Bahkan, kononnya ada rumah kos rendah yang disewakan kepada warga asing oleh rakyat tempatan.

Ewah-ewah..

Masa apply kata ko nak duduk. Bila kerajaan tak bina rumah kos rendah siap marah-marah. Bila dah dapat sewa ke orang lain pula..

Apa yang tak kena kat sini?

Pasal penguatkuasaan dan pemantauan ka? Ataupun masalah kelulusan dan pengagihan? Memang diberi secara salah kepada mereka2 yang tak berkelayakan ka sehingga menafikan mereka2 yang memang berkelayakan untuk duduk/beli di rumah kos rendah, gitu?

Rosak negara kita.

Kalau yang tak amanah tu melibatkan pemimpin negara aje, kurang sikit beban nak hasut orang tukar kerajaan. Ini kalau dah yang kerja biasa-biasa, kat bawah-bawah neh pun sama juga meniru perangai buruk pemimpin, maonya kita kena bermatian2 sampai tahap berperang sesama sendiri nak betulkan negara kita dari atas ke bawah, bawah ke atas. Mao makan 3,4 generasi juga nak betulkan semua neh. Harap2 korang menyemai la benih banyak2 untuk menjadi pewaris kepada perjuangan korang kelak. 

KAH KAH KAH

Penasihat Komunikasi PM, Paul Stadlen Rupanya Penduduk Tetap Malaysia Dedah Zahid Hamidi.

Errrr..

Macam mana dia boleh menjadi penduduk tetap negara neh?

Baca jap ;

Paul Stadlen, ketua badan perunding APCO Malaysia yang dikatakan mengetuai pasukan komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang pemastautin tetap di Malaysia, kata menteri dalam negeri.
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen PKR Wong Chen, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata warga Britain berkenaan bebas bergerak dan bekerja di mana sahaja di negara tanpa permit kerja.  
“Untuk makluman, semua rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen seorang penduduk tetap di Malaysia.
“Maka beliau bebas bergerak dan bekerja di negara ini tanpa memerlukan permit kerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen,” kata timbalan perdana menteri.
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang pada Februari lalu mendesak Putrajaya mendedahkan butiran jawatan Stadlen dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Lim berkata butiran ini diperlukan kerana Stadlen didakwa mengetuai operasi komunikasi PMO dan mengeluarkan kenyataan awal semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas kesalahan meliwat, Februari lalu.

Sumber : The Malay Mail Online

Paul sebelum neh dihujani dengan pelbagai kontroversi. Antaranya, gaya hidup mewah dan bebas akibat dibayar mahal-mahal oleh kabinet Najib untuk mengetuai unit komunikasi antarabangsa, terlibat dengan APCO WORLDWIDE (sebuah syarikat berkait israel), dipersoalkan oleh bloggers UMNO bahawa kenapa Najib sanggup gunakan khidmat orang luar untuk mengetuai pasukan komunikasi Najib dan penglibatan firma-firma asing sebagai perunding kepada kerajaan selepas Paul dilantik dalam unit komunikasi Najib.

Dan, rupa-rupanya, malaon itu adalah penduduk tetap.

Macam pelik.

Dah berapa lama dia duduk di Malaysia untuk mendapatkan taraf penduduk tetap itu? Sejak bila dia menjadi penduduk tetap dan atas kapasiti apa yang melayakkan dia menjadi penduduk tetap?

Korang rasa fishy tak?

KAH KAH KAH

Selasa, 3 November 2015

Rahman Dahlan Rampas Mahkota Menteri Terbangang Dari Ahmad Maslan - Anugerah Dari Netizens.

Bangun awal untuk elak dari menggunakan laluan bertol. Keluar awal dan gunakan laluan alternatif supaya mengelak kesesakan jalanraya. Pengguna punya pilihan untuk berjimat jika mencari jalan ke arahnya. Itu sebab kerajaan menyediakan laluan alternatif kepada pengguna lebuhraya supaya mereka boleh membuat pilihan berdasarkan kepada kesuaian dan keselesaan diri mereka. 

Putrajaya masih menanggung sebahagian subsidi dalam kadar tol semasa. Tetapi Putrajaya tidak lagi boleh menyerap keseluruhan kos berkaitan tol oleh itu diserahkan sedikit kepada rakyat untuk menanggungnya.

Lebih kurang itu point menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang dipetik menerusi laporan pelbagai portal berita tempatan sejak petang tadi.

Susulan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut, netizens pelbagai lapisan tampil membidas saranan menteri berkenaan.

Ini hujah-hujah netizens tentang nasihat menteri tersebut ;

1. Jika bangun awal untuk keluar awal, perlu kah balik kerja awal untuk sampai awal bagi mengelak dari menggunakan laluan bertol?

2. Bukan hanya waktu pagi aje traffic jam, waktu tengahari, waktu pulang kerja sehingga jam 7,8 malam pun jalan tetap sesak.

3. Jalan alternatif memang sesak namun siapa kata laluan bertol tidak sesak? 

4. Kebanyakkan jalan alternatif tidak diselanggara dengan baik. Lampu jalan, traffic light rosak, jalan berlubang sangat lambat dibaiki. Itu tak masuk lagi jalan kecik dan terpaksa berhimpit dengan lori-lori besar yang juga mahu mengelak dari menggunakan laluan bertol.

5. Jika laluan bertol lebih dekat untuk tiba di tempat kerja, perlu kah pengguna memilih menggunakan laluan alternatif juga bagi mengelak tol? Jimat tol, tapi rugi masa dan & wang minyak?

6. Apakah setiap pengguna punya pilihan untuk mengelak tol dan mempunyai akses kepada jalan alternatif, menteri benar-benar pasti?

7. Jika ibu bapa bekerja keluar awal, maka kepada siapa yang harus diserahkan untuk menjaga anak-anak mereka yang mana taska, tadika, sekolah pun paling awal dibuka jam 6.00 pagi ke atas? Adakah menteri akan menyediakan kemudahan alternatif kepada golongan tersebut?

8. Kalau dah semua keluar awal, sama juga la akan berlaku kesesakan jalanraya bila semua dah sahut saranan menteri. Takde otak nak fikir ke?

9. Macam la kalau kerajaan bayar pampasan tu maknanya guna duit poket menteri. Sama juga rakyat yang keluar duit. Pampasan tu pun berlaku disebabkan kecuaian kerajaan dalam perjanjian bersama konsesi. Sendiri buat masalah, nak campak ke rakyat pula. Apahal?

10. Bagaimana dengan wanita yang bekerja? Perlu kah mereka keluar awal-awal pagi juga? Adakah menteri akan menjamin keselamatan mereka?

11. Sekarang neh rakyat memang keluar awal. Pukul 5 pagi dah bangun, sesetengahnya mula bergerak jam 6 pagi disebabkan tinggal di luar bandar kerana kos perumahan (kementerian yang menteri gila neh jaga) dalam bandar sangat mahal, pengguna tak mampu sewa apatah lagi beli. Jadi, awal pagi macam mana yang menteri harap rakyat bangun dan bersiap ke tempat kerja? 3 pagi? 4 pagi?

12. Apa kata menteri suruh rakyat tinggal aje kat tempat kerja dan jangan balik-balik langsung? Rasanya cara ini lebih jimat sebab bukan hanya bayaran tol bahkan bayaran petrol pun dapat dijimatkan sekaligus. Oke tak?

13. Tadi aku nampak menteri balas tweet orang. Menteri Rahman Dahlan cakap pukul 7 jam yang sesuai untuk keluar rumah. Memang dia bodoh. Orang sekarang pukul 5.30 pagi pun dah ada yang keluar ke tempat kerja 'min'. Adat orang senang dan berescort. Jam berapa rakyat bangun untuk ke tempat kerja pun dia tatau.

14. Itu kalau time kerja. Time musim cuti camna pula nak elak laluan bertol. Jalan alternatif dah tentu sesak. Tanya dia.

15. Kalau laluan alternatif ditutup sebab kerajaan buat event camna pula? Menteri nak cakap apa? BAHLOL!

16. Bukan semua laluan alternatif itu selamat. Ada yang takde lampu jalan pun. Bahaya pada pemandu wanita.

17. Kesian Malaysians dapat menteri bodoh macam neh. Bangun awal untuk elak tol, naik public transport untuk elak bayar petrol mahal, tukar kepada kenderaan cc kecil atau naik motor untuk jimat minyak, naik basikal untuk save bajet, makan ikan jangan makan ayam jika ayam mahal dan macam-macam lagi. Silap-silap, esok lusa menteri keluar nasihat kalau taknak menteri bodoh sila berambos dari negara ini.

18. Aku sampai sekarang tercari-cari ayam murah yang Najib beli ari tu. Tak jumpa-jumpa. Kalau jumpa memang aku nak campak kat menteri sakai neh. Jimat sikit dari beli ayam biasa. Ini la cara aku jimat belanja. Dan ini juga saranan aku kepada semua rakyat untuk jimat belanja semasa maki menteri kita.

Dan, macam-macam kritikan lagi yang Abdul Rahman Dahlan terima di laman sosial.

Susulan itu juga beberapa troll dibuat ke atas menteri berkenaan dan yang paling mendapat perhatian netizens ialah gambar yang dibuat oleh admin MalaysianGags.

Serentak dengan itu, warga maya mula mengatakan (merumuskan) bahawa Rahman Dahlan kini menjadi menteri paling bangang di Malaysia dan berjaya merampas mahkota yang disandang oleh Ahmad Maslan selama 2 tahun berturut-turut.

Tahniah aku ucapkan kepada menteri berkenaan.

Dan untuk Ahmad Maslan, sila usaha lagi. Tahun 2015 belum berakhir. YB boleh mencuba lagi dan lagi, jangan berputus asa sehingga tahun 2015 berakhir ya, sehingga itu salam membodek Najib kami warga netizens ucapkan pada menteri-menteri Malaysia sekalian..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

MP Dedah Senarai Penuh Syarikat Yang Dapat Projek Bauksit - 44 Syarikat, Patutlah Pencemaran Teruk!

Sebanyak 44 buah syarikat diberikan lesen (AP) secara sah untuk melombong bauksit di Kuantan. Itu yang dinyatakan oleh MP Kuantan, Fuziah Salleh dengan merujuk dari jawapan yang diperolehi dari menteri sumber asli & alam sekitar.

Senarai berkenaan turut diedarkan oleh ahli parlimen berkenaan untuk rujukan orang awam di laman facebook rasminya ;




44 syarikat itu yang pasti ada lesen. 

Kalau yang takde lesen, tatau berapa banyak pula kan.

Hihi.

Dan, kesan dari operasi 44 buah syarikat tersebut ;

 
Pencemaran bumi Kuantan. Bukan setakat pencemaran bahkan ada yang maut baru-baru neh apabila tapak perlombongan bauksit menjadi 'tarikan' pada anak-anak sekolah untuk bermandi manda. Tanpa kawalan keselamatan, papan tanda amaran dan juga peringatan, sudah tentu anak-anak ini kurang faham tahap bahaya untuk bermandi di kawasan seperti itu.

Selain daripada hakisan tanah, masalah berkaitan pernafasan akibat debu-debu bauksit, jalanraya juga menjadi rosak dan mendatangkan masalah kepada pemandu kenderaan lain. Bahkan, pencemaran bauksit kini sudah memasuki ke lautan berdekatan dan pemandu2 kecil perlu bersesak dengan pemandu2 besar lori yang membawa bauksit. Itu tak masuk lagi keselamatan pemandu2 lain apabila terpaksa berhimpit dengan kenderaan2 besar yang mengangkut bauksit keluar setiap hari apatah lagi bukan semua lori-lori berkenaan berada dalam keadaan yang 'selamat dan stabil'. Lori macam nak senget2 langgar orang pun keluar masuk angkut bauksit.

44 syarikat ini.

Yang diberi lesen oleh kerajaan.

Takde ke kerajaan pantau dan tetapkan cara bagaimana harus mereka melombong bauksit tanpa menyusahkan orang awam? Bukti terang2 ada. Jalanraya terang2 bertukar warna. Kerajaan mana kerajaan? Apa yang korang buat sampai tak nampak semua benda neh hah?

Fikir2kanla.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...