KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Aduhh...
Kelakar betul la.
Masa wakil-wakil rakyat BN seperti menteri berbahas mengenai kenapa elaun MP-MP wajar dinaikkan, geng2 pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS dok sindir-sindir mengatakan kenaikan itu tidak patut berlaku di zaman rakyat menghadapi masalah dan kesulitan kewangan. Di himpit dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin tinggi, apakah wajar kenaikan elaun menjadi tuntutan kerajaan pada ketika itu?
Kemudian. MP-MP pembangkang pun bersetuju dengan usul kenaikan berkenaan. Antara yang turut bersetuju ialah Rafizi. Modal dia macam biasa. Untuk membantu rakyat. Tetapi parti minta derma orang ramai pula untuk buat perubahan dalam kempen PKR baru-baru neh. HARAM AKU FAHAM.
KAH KAH KAH
Oke la. Selepas MP-MP kau semua naik gaji, aku tengok takde apa pun yang berubah. Tatau la kalau perubahan akan berlaku selepas neh.
Dan bila membaca laporan dari MSTAR ;
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.Rang undang-undang itu yang dibentang oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata elaun ADUN sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri-negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor."Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri."Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya.Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan utama mereka untuk tidak menaikkan elaun ADUN kepada RM11,000."Ini kerana kerajaan Persekutuan sentiasa membantu kerajaan negeri terutama berkaitan belanja mengurus pada setiap tahun," katanya.Sementara itu, Ahmad (PAS-Pasir Pekan) ketika menggulung perbahasan berkata pihaknya memahami apa yang disampaikan oleh pembangkang berhubung kenaikan elaun berkenaan.Ahmad berkata bagaimanapun terdapat kekangan kewangan daripada kerajaan negeri pada ketika ini yang digunakan bagi pembangunan negeri."Elaun sebanyak RM8,000 adalah sesuai pada ketika ini memandangkan enakmen berkenaan tidak menyebut tempoh masa untuk menyemak kembali elaun berkenaan."Kita akan lihat kepada keupayaan dan keselesaan kerajaan negeri (dalam hal ini) dan kerajaan kekal dengan angka yang diberikan dalam dewan," katanya.Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sokongan kesemua 45 ADUN. Kali terakhir elaun itu disemak adalah pada 2010.Persidangan Dewan Undangan Negeri disambung esok.
- Aku dapati, kerajaan negeri sedar mereka akan kekangan kewangan. Naik elaun pula. Ini kira nak menambah hutang ka atau memang kerajaan pusat akan menambahkan lagi peruntukan kepada Kelantan untuk bantuan mengurus? Ini tanya ja. Bukan buat tuduhan pun.
- Kemudian, kenaikan elaun neh atas alasan apa tak diberi sebab juga.
- Mangsa banjir masih melepak kat khemah, penempatan sementara. Duit kenaikan tu kau salurkan kepada yang memerlukan lebih bagus. Tapi tatau la kalau adun2 Kelantan kena ikat perut juga macam menteri BN. Tak best juga kan tengok adun Penang, Kedah, Selangor, Sarawak naik elaun. Kita pun patut follow juga.
- Penyudahnya sama aje la semua. Masing2 memang jenis tak peka kepada kesusahan rakyat. Mereka tetap naikkan elaun untuk diri sendiri juga. Yang berapi2 dok maki BN dulu tatau la nak cakap apa melihat tindakan parti mereka pun 2 x 5 juga.
- Subsidi rakyat dimahsuhkan secara berperingkat selama neh dan akan diteruskan pada tahun 2016.
- Apakah mereka mahu peduli dengan kita? BN ka PR ka PH ka apa ka, bila tiba bab elaun, dorang memang boleh bersatu, bekerjasama dan UG.
Tapi aku paling simpati kepada penyokong2 tegar mereka sebenarnya. Masa menteri BN dok bahas relevancynya kenaikan elaun, mereka kutuk tak hingat donia.
Kemudian selepas krisis Kajang Movie, DUN Selangor, Penang lulus usul kenaikan elaun. Budak2 pembangkang neh kemain puji plak. Betul takde pendirian. Aku ingat ular pun pening tengok gelagat budak2 pembangkang neh. Dorang punya belit, ular pun kalah siot. Dak2 PAS ada gak sindir-sindir. Sikit-sikit.
Then, sekarang DUN Kelantan pula buat benda sama.
Korang yang tegar pertahankan pemimpin, parti, individu, tubuh badan pemimpin dapat apa? Menyumbang lebih banyak cukai dan hasil kepada kerajaan pusat dan negeri supaya mereka boleh mendapat kenaikan gaji ka?
BTW, hujah2 tegar lepas neh akan jawab. Syukurlah. Nasib baik 8,000, kalau 11,000 macam mana? Cuba banding dengan Najib. Mana lagi tinggi? At least mereka buat kerja bukan menyusahkan rakyat macam BN. Korang tak percaya korang tengok arhh.. aku dah masak dah dengan pe'el depa kot.
KAH KAH KAH