Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 November 2015

Rahman Dahlan Rampas Mahkota Menteri Terbangang Dari Ahmad Maslan - Anugerah Dari Netizens.

Bangun awal untuk elak dari menggunakan laluan bertol. Keluar awal dan gunakan laluan alternatif supaya mengelak kesesakan jalanraya. Pengguna punya pilihan untuk berjimat jika mencari jalan ke arahnya. Itu sebab kerajaan menyediakan laluan alternatif kepada pengguna lebuhraya supaya mereka boleh membuat pilihan berdasarkan kepada kesuaian dan keselesaan diri mereka. 

Putrajaya masih menanggung sebahagian subsidi dalam kadar tol semasa. Tetapi Putrajaya tidak lagi boleh menyerap keseluruhan kos berkaitan tol oleh itu diserahkan sedikit kepada rakyat untuk menanggungnya.

Lebih kurang itu point menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang dipetik menerusi laporan pelbagai portal berita tempatan sejak petang tadi.

Susulan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri tersebut, netizens pelbagai lapisan tampil membidas saranan menteri berkenaan.

Ini hujah-hujah netizens tentang nasihat menteri tersebut ;

1. Jika bangun awal untuk keluar awal, perlu kah balik kerja awal untuk sampai awal bagi mengelak dari menggunakan laluan bertol?

2. Bukan hanya waktu pagi aje traffic jam, waktu tengahari, waktu pulang kerja sehingga jam 7,8 malam pun jalan tetap sesak.

3. Jalan alternatif memang sesak namun siapa kata laluan bertol tidak sesak? 

4. Kebanyakkan jalan alternatif tidak diselanggara dengan baik. Lampu jalan, traffic light rosak, jalan berlubang sangat lambat dibaiki. Itu tak masuk lagi jalan kecik dan terpaksa berhimpit dengan lori-lori besar yang juga mahu mengelak dari menggunakan laluan bertol.

5. Jika laluan bertol lebih dekat untuk tiba di tempat kerja, perlu kah pengguna memilih menggunakan laluan alternatif juga bagi mengelak tol? Jimat tol, tapi rugi masa dan & wang minyak?

6. Apakah setiap pengguna punya pilihan untuk mengelak tol dan mempunyai akses kepada jalan alternatif, menteri benar-benar pasti?

7. Jika ibu bapa bekerja keluar awal, maka kepada siapa yang harus diserahkan untuk menjaga anak-anak mereka yang mana taska, tadika, sekolah pun paling awal dibuka jam 6.00 pagi ke atas? Adakah menteri akan menyediakan kemudahan alternatif kepada golongan tersebut?

8. Kalau dah semua keluar awal, sama juga la akan berlaku kesesakan jalanraya bila semua dah sahut saranan menteri. Takde otak nak fikir ke?

9. Macam la kalau kerajaan bayar pampasan tu maknanya guna duit poket menteri. Sama juga rakyat yang keluar duit. Pampasan tu pun berlaku disebabkan kecuaian kerajaan dalam perjanjian bersama konsesi. Sendiri buat masalah, nak campak ke rakyat pula. Apahal?

10. Bagaimana dengan wanita yang bekerja? Perlu kah mereka keluar awal-awal pagi juga? Adakah menteri akan menjamin keselamatan mereka?

11. Sekarang neh rakyat memang keluar awal. Pukul 5 pagi dah bangun, sesetengahnya mula bergerak jam 6 pagi disebabkan tinggal di luar bandar kerana kos perumahan (kementerian yang menteri gila neh jaga) dalam bandar sangat mahal, pengguna tak mampu sewa apatah lagi beli. Jadi, awal pagi macam mana yang menteri harap rakyat bangun dan bersiap ke tempat kerja? 3 pagi? 4 pagi?

12. Apa kata menteri suruh rakyat tinggal aje kat tempat kerja dan jangan balik-balik langsung? Rasanya cara ini lebih jimat sebab bukan hanya bayaran tol bahkan bayaran petrol pun dapat dijimatkan sekaligus. Oke tak?

13. Tadi aku nampak menteri balas tweet orang. Menteri Rahman Dahlan cakap pukul 7 jam yang sesuai untuk keluar rumah. Memang dia bodoh. Orang sekarang pukul 5.30 pagi pun dah ada yang keluar ke tempat kerja 'min'. Adat orang senang dan berescort. Jam berapa rakyat bangun untuk ke tempat kerja pun dia tatau.

14. Itu kalau time kerja. Time musim cuti camna pula nak elak laluan bertol. Jalan alternatif dah tentu sesak. Tanya dia.

15. Kalau laluan alternatif ditutup sebab kerajaan buat event camna pula? Menteri nak cakap apa? BAHLOL!

16. Bukan semua laluan alternatif itu selamat. Ada yang takde lampu jalan pun. Bahaya pada pemandu wanita.

17. Kesian Malaysians dapat menteri bodoh macam neh. Bangun awal untuk elak tol, naik public transport untuk elak bayar petrol mahal, tukar kepada kenderaan cc kecil atau naik motor untuk jimat minyak, naik basikal untuk save bajet, makan ikan jangan makan ayam jika ayam mahal dan macam-macam lagi. Silap-silap, esok lusa menteri keluar nasihat kalau taknak menteri bodoh sila berambos dari negara ini.

18. Aku sampai sekarang tercari-cari ayam murah yang Najib beli ari tu. Tak jumpa-jumpa. Kalau jumpa memang aku nak campak kat menteri sakai neh. Jimat sikit dari beli ayam biasa. Ini la cara aku jimat belanja. Dan ini juga saranan aku kepada semua rakyat untuk jimat belanja semasa maki menteri kita.

Dan, macam-macam kritikan lagi yang Abdul Rahman Dahlan terima di laman sosial.

Susulan itu juga beberapa troll dibuat ke atas menteri berkenaan dan yang paling mendapat perhatian netizens ialah gambar yang dibuat oleh admin MalaysianGags.

Serentak dengan itu, warga maya mula mengatakan (merumuskan) bahawa Rahman Dahlan kini menjadi menteri paling bangang di Malaysia dan berjaya merampas mahkota yang disandang oleh Ahmad Maslan selama 2 tahun berturut-turut.

Tahniah aku ucapkan kepada menteri berkenaan.

Dan untuk Ahmad Maslan, sila usaha lagi. Tahun 2015 belum berakhir. YB boleh mencuba lagi dan lagi, jangan berputus asa sehingga tahun 2015 berakhir ya, sehingga itu salam membodek Najib kami warga netizens ucapkan pada menteri-menteri Malaysia sekalian..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...