Itu jawapan menteri yang dipetik dalam sidang parlimen hari neh. Kenyataan itu dilaporkan oleh The Malaysian Insider ;
Malaysia memilih membawa masuk pekerja Bangladesh adalah kerana mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Zahid menjawab kebimbangan susulan rancangan Putrajaya membawa 1.5 juta pekerja dari negara tersebut dalam tempoh 3 tahun, keputusan tersebut mengundang banyak kritikan khususnya daripada kesatuan kerja."Tanpa prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh adalah lebih baik, lebih amanah berbanding pekerja lain."Dan kita dapati, mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kalau jaga kaunter mereka lebih amanah. Mereka (majikan) yang minta, bukan KDN," katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
Jika anak Zahid runding sistem pekerja China, maka adakah pekerja China yang akan dianggap lebih amanah & setia?
KAH KAH KAH
Jawapan Zahid neh memang membentuk prejudis sebab anak dia berbisnes yang berkaitan dengan pengambilan pekerja asing.
Rakyat mahu tahu. Dengan rekod dan angka. Apa bukti untuk 3 tahun mendatang neh, negara kita perlu kepada 1.5 juta pekerja asing dari BANGLADESH.
Setakat cakap setia ka, amanah ka memang la. Sapa-sapa pun boleh. Majikan? Memang la puji melambung pekerja asing sebab pekerja asing dorang kawal kaw2 sampaikan ada yang kena dera.
Bukan takde kes. Berlambak-lambak. Dorang dah la warga asing nak lari pun tatau ke mana, permit boss pegang, redha je la kena buli2 pun.
Macam tu majikan nak buat kat warga tempatan? Sesia jadi kes polis dan viral di media Malaysia.
Haha.
Apa pun di Malaysia, lambakan PATI dan PADI berlaku di mana-mana. KDN sepatutnya focus kepada apa yang ada dalam negara dan jangan bawa masuk yang di luar negara.
Banteras dulu semua PATI-PATI neh hah. Masalah2 yang dibawa PATI, kasi selesai satu kali. Borong sampai ada konklusi muktamad dan settle habis.
Warga asing neh kan, siap ada penempatan lagi.
Runsing lahai aku tengok. Khabarnya di area Selangor dan Wilayah, dah ada beberapa area memang puak2 warga asing neh conquer. Siap berlagak macam warga tempatan. Warga tempatan pula jadi cuak dan takut sama dia.
Bahkan, kononnya ada rumah kos rendah yang disewakan kepada warga asing oleh rakyat tempatan.
Ewah-ewah..
Masa apply kata ko nak duduk. Bila kerajaan tak bina rumah kos rendah siap marah-marah. Bila dah dapat sewa ke orang lain pula..
Apa yang tak kena kat sini?
Pasal penguatkuasaan dan pemantauan ka? Ataupun masalah kelulusan dan pengagihan? Memang diberi secara salah kepada mereka2 yang tak berkelayakan ka sehingga menafikan mereka2 yang memang berkelayakan untuk duduk/beli di rumah kos rendah, gitu?
Rosak negara kita.
Kalau yang tak amanah tu melibatkan pemimpin negara aje, kurang sikit beban nak hasut orang tukar kerajaan. Ini kalau dah yang kerja biasa-biasa, kat bawah-bawah neh pun sama juga meniru perangai buruk pemimpin, maonya kita kena bermatian2 sampai tahap berperang sesama sendiri nak betulkan negara kita dari atas ke bawah, bawah ke atas. Mao makan 3,4 generasi juga nak betulkan semua neh. Harap2 korang menyemai la benih banyak2 untuk menjadi pewaris kepada perjuangan korang kelak.
KAH KAH KAH