Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 November 2015

Penasihat Komunikasi PM, Paul Stadlen Rupanya Penduduk Tetap Malaysia Dedah Zahid Hamidi.

Errrr..

Macam mana dia boleh menjadi penduduk tetap negara neh?

Baca jap ;

Paul Stadlen, ketua badan perunding APCO Malaysia yang dikatakan mengetuai pasukan komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang pemastautin tetap di Malaysia, kata menteri dalam negeri.
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen PKR Wong Chen, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata warga Britain berkenaan bebas bergerak dan bekerja di mana sahaja di negara tanpa permit kerja.  
“Untuk makluman, semua rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen seorang penduduk tetap di Malaysia.
“Maka beliau bebas bergerak dan bekerja di negara ini tanpa memerlukan permit kerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen,” kata timbalan perdana menteri.
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang pada Februari lalu mendesak Putrajaya mendedahkan butiran jawatan Stadlen dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Lim berkata butiran ini diperlukan kerana Stadlen didakwa mengetuai operasi komunikasi PMO dan mengeluarkan kenyataan awal semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas kesalahan meliwat, Februari lalu.

Sumber : The Malay Mail Online

Paul sebelum neh dihujani dengan pelbagai kontroversi. Antaranya, gaya hidup mewah dan bebas akibat dibayar mahal-mahal oleh kabinet Najib untuk mengetuai unit komunikasi antarabangsa, terlibat dengan APCO WORLDWIDE (sebuah syarikat berkait israel), dipersoalkan oleh bloggers UMNO bahawa kenapa Najib sanggup gunakan khidmat orang luar untuk mengetuai pasukan komunikasi Najib dan penglibatan firma-firma asing sebagai perunding kepada kerajaan selepas Paul dilantik dalam unit komunikasi Najib.

Dan, rupa-rupanya, malaon itu adalah penduduk tetap.

Macam pelik.

Dah berapa lama dia duduk di Malaysia untuk mendapatkan taraf penduduk tetap itu? Sejak bila dia menjadi penduduk tetap dan atas kapasiti apa yang melayakkan dia menjadi penduduk tetap?

Korang rasa fishy tak?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...