Isnin, 7 Disember 2015

Shafie Apdal Terjatuh, Titian Kayu Reput - Bila Dah Tiada Kuasa, Nak Melawat Kawasan Tiada Peruntukan Membaiki Ke?

Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan beliau jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan.

Pulau Selakan, terletak 45 minit dari Semporna dengan menaiki bot, sebuah Pulau terpencil yang masih belum dicemarkan dengan industri pelancongan.

- Kejadian berlaku pada 5 disember lepas.

- Kejadian ini benar-benar berlaku dan disahkan oleh pegawai Shafie Apdal sendiri menerusi laporan Malaysiakini.

- Individu yang upload dan sebar gambar kejadian ' TUN RAZAK ' telah memadamkan gambar-gambar ketika Shafie Apdal terjatuh. Tak tau la kenapa. Aku start nampak hari sabtu. Ada page yang berkongsikan di wall. Then bila godek-godek balik, aik dah hilang pula. Kena sorok atau dia delete, aku tatau.

- Bukan besar sangat pun isu dia jatuh neh.

- Dulu Shafie Apdal neh menteri.

- Dan menteri-menteri Malaysia neh kalau nak datang melawat ke satu-satu kawasan. Pergh persiapan kemain.

- Jalan tar buruk sikit pun dorang betulkan.

- Signboard kasi cantik. Tukar baru.

- Semua jalan-jalan, persiapan dan laluan mana menteri2 perlu ikut dorang dah tetapkan.

- Kalau boleh taknak menteri2 tengok ada rumah buruk ke apa ke kat satu2 kawasan. Mungkin takut kena soal ataupun mungkin takut juga nak buat menteri2 sedar realiti penderitaan dan kesusahan sebenar rakyat.

- Shafie Apdal masa melawat ke Pulau Selakan takde ke peruntukan untuk membaiki jalan2 yang dia akan lalui?

- Biasanya peruntukan masuk ekpress wooo. Aku bercakap berdasarkan pemerhatian. Setiap kali Najib ke menteri2 ke datang tempat aku, tetiba je aku tengok ada kerja2 pembaikan sana sini. Pasal tu aku tau.. hehe

- Nampak gaya hilang kedudukan hilang la juga rasa hormat dan peruntukan ye tak?

- Tapi bagus juga untuk Shafie Apdal jatuh tu.

- At least dia tahu titian kayu yang dia lalu tu tak boleh digunakan untuk laluan beramai2 macam kumpulan dia lalu aritu.

- Titian tak kukuh, orang kampung tak duit nak repair atau memperkukuhkan titian tersebut.

- Kalau berat seorang-seorang mungkin boleh la kot tampung.

- Macam tu hidup orang2 kampung sebetulnya.

- Berbanding di bandar, jalanraya tersedia, org angkut sampah tersedia, prasarana berkaitan jalan dan kebersihan adalah lebih baik. 

- Di kampung, bahkan ianya berlaku di banyak penempatan, orang2 kampung kena keluar duit sendiri tambak tanah, buat jalan masuk ke rumah, repair jalan, organise tempat buang sampah, buat longkang dan sebagainya.

- Sesetengahnya pula cuba minta bantuan tapi digagalkan.

- Sebab dalam borang bantuan, ada ka kerajaan tanya, ada peti ais ka, mesin basuh ka, tv ka, astro ka, internet ka apa ka lebih kurang sebagainya.

- Aku tak pasti kenapa soalan-soalan seperti itu ditanya.

- Tapi bagi aku soalan-soalan tu bullshit.

- Kau fikir la, dalam pada orang2 kampung kumpul duit untuk memperbaiki keadaan tempat mereka tinggal, tak mustahil juga mereka terpaksa mendapatkan apa yang perlu terlebih dahulu. Contohnya peti ais dan mesin basuh.

- Jangan merendahkan orang2 miskin dengan menafikan mereka tentang kemudahan2 seperti itu.

- Ingatkan kerajaan akan mempermudahkan baiki jalan ke, tambak dan sebagainya sebab jalan2 itu pun akhirnya akan digunakan secara umum. Tapi di penempatan kampung dan ceruk2 sana seperti Sabah dan Sarawak, ia adalah penduduk2 itu sendiri terpaksa struggle untuk sediakan laluan keluar masuk mereka sendiri tau. Memang tak terpakai pada semua jenis penempatan luar bandar tetapi ada yang begitu beb.

- Nak minta lampu pun banyak karenah.

- Inikan pula jalan.

- Diskriminasi bandar dan luar bandar dari segi kemudahan memang teruk.

- Aku harap semua menteri2 neh jatuh dan luka kat mana-mana jalan yang teruk yang dorang lalui. Biar dorang rasa sikit apa yang rakyat rasa selama neh.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...