Rabu, 9 Disember 2015

Ini Pula Penjelasan Najib Tentang Penjualan EDRA Ke Firma China.

Sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya membeli syarikat pengeluar tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Energy, akan timbul dakwaan Putrajaya cuba membantu syarikat berkenaan, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, proses penjualan Edra juga dilakukan melalui tender antarabangsa dan syarikat CGN, yang berpangkalan di China, menawarkan bidaan lebih tinggi berbanding TNB.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kepada pemberita, Najib menerangkan perkara itu dalam taklimat tertutup bersama ketua Umno bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

"Beliau nyatakan, program rasionalisasi berjalan dengan baik, walaupun pada satu ketika, beliau dituduh sebanyak RM42 bilion hilang dan lesap.
 
"Tetapi jelas, apabila pihak CGN bayar dengan harga RM17 bilion untuk pembelian Edra, dan terpaksa tolak tawaran TNB, kerana tawaran TNB RM2.3 bilion lebih rendah daripada CGN.

"Dan jika TNB diberikan peluang, maka timbul permasalahan seolah-olah 'bailout' oleh kerajaan terhadap 1MDB.

"Kerana tender ini tender antarabangsa terbuka maka 'highest bidder' memperoleh dan memenangi tawaran itu," kata Zahid.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan naib-naib presiden Umno selepas selesai taklimat berkenaan.

Putrajaya sebelum ini dikritik kerana menjual anak syarikat 1MDB tersebut kepada firma asing.

Sebelum ini dilaporkan, 1MDB menjual semua asetnya kepada CGN dan menjadikannya perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016, juga merupakan sebahagian pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Dipetik menerusi laporan The Malaysian Insider.

Pendapat.

1. Pada Najib lebih baik jual EDRA ke firma luar berbanding menjualnya kepada TNB.

2. Sekurang2nya boleh menafikan peluang rakyat untuk memperkatakan 1MDB dibailout oleh TNB.

3. Tetapi Najib, adakah dia faham?

4. Samada dia jual EDRA ke firma China, ke TNB atau ke sesiapa sahaja, dia tetap akan terpalit dengan pelbagai jenis sangkaan buruk.

5. Alang-alang buat keputusan apa pun tetap 'kena lauk' dengan rakyat, maka sebagai PM dia seharusnya meminimumkan sangkaan buruk dan risiko yang bakal dihadapi dalam usaha merasionalisasikan hutang-hutang 1MDB.

6. Pelan rasionalisasikan 1MDB itu sendiri tidak akan wujud jika bukan kerana 1MDB itu sendiri yang bermasalah.

7. Dengan kewujudan pelan tersebut ia secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa 1MDB menghadapi masalah kewangan. 

8. Oleh kerana 1MDB perlu selesaikan masalah aliran wang tunai mereka, maka sebaik-baiknya buat la keputusan yang memihak atau memberi kelebihan kepada kerajaan. 1MDB perlu selesaikan masalah berkaitan hutang-hutang mereka namun dalam masa yang sama jangan la sampai jual aset strategik negara ke pihak luar.

9. Apatah lagi menafikan peraturan KETTHA yang menetapkan pemilikan asing sepatutnya terhad ke 49%. Kenapa menteri-menteri kabinet tak pertikaikan syarat penting itu? Adakah kerana itu Najib yang melanggarnya maka ianya halal? Sebagai piem kau pun gagal ikut satu peraturan atau dasar yang kerajaan sendiri gubal macam mana kau boleh mengharapkan rakyat akan hidup mengikut peraturan. Kau telah gagal menjadi contoh yang baik kepada rakyat di negara neh. Kau piem dan kau langgar polisi kerajaan. Kau tak dikritik malah dipuja. Jadi apa sebab rakyat perlu hidup berdasarkan peraturan sedangkan kau tidak? Adakah peraturan di negara neh flexible boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan serta kehendak seorang perdana menteri? Adakah Malaysia dan seluruh isinya kepunyaan Najib Razak?

10. Risiko diperkatakan kerana 1MDB dibailout oleh TNB lebih baik dan sedap didengar kerana aset-aset strategik negara masih kepunyaan kita.

11. Sekurang2nya nasib pekerja, keuntungan dan operasi perniagaan milik tempatan dan dibawah pengurusan tangan kita.

12. Ini lebih baik dari jual ke syarikat asing sekaligus kita kehilangan kawalan ke atasnya. Bukan itu sahaja, bahkan sudah tentu ada perjanjian-perjanjian tertentu yang dimeterai bersama bagi memastikan firma asing yang mengambilalih EDRA dapat memperolehi manfaat akibat membeli EDRA dari 1MDB. Pelabur takan buat pelaburan yang merugikan. Apatah lagi 1MDB ialah syarikat GLC. Jika ada jaminan tertentu, ianya kukuh disebabkan taraf 1MDB sebagai GLC itu sendiri.

13. Harus diingat, krisis hutang 1MDB berlaku disebabkan kegagalan pentadbiran 1MDB sendiri menguruskan syarikat tersebut.

14. Rakyat bukan pencetus masalah. Apabila cerita 1MDB sampai kepada kita, 1MDB telah pun terpalit dengan masalah.

15. Tetapi sungguh pun bukan rakyat yang mewujudkan masalah di dalam 1MDB atau di dalam mana-mana GLC, seringkali rakyat juga yang akan menjadi mangsa dan menerima kesan akibat dari kegagalan kerajaan menguruskan syarikat dengan cekap dan telus.

16. Melihat kegagalan Najib menguruskan 1MDB sehingga kehilangan aset strategik negara seperti EDRA, seperti itula Najib gagal uruskan negara apabila rakyat terpalit dengan pelbagai kenaikan dan kos sara hidup semakin tinggi dengan pengenalan cukai GST serta pemahsuhan subsidi demi subsidi. Syarikat pun kau tak mampu urus dengan betul ini kan pula negara. 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...