Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Oktober 2015

Tol Patut Dinaikkan Lebih Tinggi, Menteri Kepada Rakyat Malaysia - Owh, Kena Bersyukur Laju2 Ke Neh?


Apa dosa yang kita buat sampai orang-orang sebegini dilantik menjadi menteri kita hah?

Korang baca jawapan menteri JKR jap ;
Kenaikan kadar tol baharu yang diumumkan minggu lalu sepatutnya lebih tinggi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan telah mengambil jalan tengah bagi menampungnya.
Jelasnya, kadar tol di kebanyakan lebuh raya sepatutnya dinaikkan sehingga RM2.00 tetapi memutuskan kadar kali ini tidak melebihi RM1.00.
“Menaikkan kadar tol merupakan jalan tengah yang diambil oleh kerajaan.
“Jika ingat semula pada tahun 2008, kita bercadang untuk menaikkan kadar tol pada tahun 2014, tetapi kita telah tangguhkan, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2015.
Kepada pengguna yang masih merungut dengan kenaikan itu, Fadillah menasihati mereka supaya menggunakan jalan alternatif.
“Kita ada jalan alternatif. Kalau tidak mahu bayar, gunalah jalan utama, kenaikan harga tol memang perlu dilakukan pada masa ini,” katanya. -FMT

Kenyataan yang membela tindakan kerajaan yang menaikkan kadar tol turut dilaporkan.

Baca ;
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menjelaskan kenaikan tol yang diumumkan minggu lalu tidak membebankan rakyat.
Presidennya, Datuk Ir. Zainuddin Kadir berkata, ia dibuat selepas kajian dilakukan.
Katanya, kenaikan itu juga memastikan syarikat konsesi dapat mempertingkatkan penyediaan kemudahan dan keselesaaan kepada pengguna lebuh raya.
“Kenaikan tol menerusi hasil kajian merupakan sesuatu tindakan terkini yang dipratikkan.Kami juga akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menambahbaik usaha ini,” katanya, lapor Berita Harian.
Kenaikan tol yang sebahagian besarnya melibatkan lebuh raya antara bandar di Lembah Klang dan Johor telah berkuatkuasa Khamis lalu.
Akhbar itu juga melaporkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, pernjanjian konsesi ditambah baik untuk memastikan kerajaan tidak berada di pihak yang rugi. -FMT.

Saja nak bagi orang mencarut. Puak2 neh memang sohai gila kot.

Kenyataan pertama dikeluarkan oleh menteri JKR. Satu jawapan yang sangat bangsat. Kadar tol sepatutnya dinaikkan lebih tinggi? Pasai apa? Konsesi tol dah nak bankrupt ka apa? 

Semua tahu kerajaan bagi alasan PAMPASAN ialah PUNCA UTAMA KENAIKAN KADAR TOL.

PAMPASAN = IALAH SATU BENTUK PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI DAN DIPERSETUJUAN DI ANTARA KERAJAAN DAN SYARIKAT KONSESI.

Yakni, rakyat Malaysia tidak dilibatkan sama sekali dalam membuat atau menentukan apa-apa keputusan berkaitan perjanjian tersebut. In fact rakyat dinafikan hak sama sekali untuk menilai, melihat dan mengetahui tentang isi perjanjian. Kita kosong. Tak tau apa-apa. Takde hak untuk tahu apa-apa. Dan takan diberitahu apa-apa.

Ya, rakyat mahukan kemajuan. Sistem jaringan jalanraya yang effisen dan diselanggara dengan baik. Tetapi ia mestilah dalam satu bentuk perjanjian yang tidak menekan, memanipulasi, menipu dan memperbodohkan rakyat.

Iaitu, konsesi boleh mendapatkan semula pelaburan dan keuntungan yang berpadanan sesuai dengan apa yang mereka laburkan, pengguna juga boleh mendapat manfaat sesuai dengan apa yang mereka bayar.

Bukan dengan cara pengguna bayar mahal-mahal dan perjanjian tol diikat bertahun2 lamanya dan konsesi makan untung sampai seribu keturunan pun tak habis-habis. Perjanjian mesti bersifat boleh-ubah. Sebagai seorang menteri, dia patut berada di side kita. Dia p berada di side konsesi pasai apa.

Boleh pula dia suruh kita guna jalan alternatif. Apa punya lancau la statement dia. Tak reti langsung nak jaga ahti dan perasaan rakyat. Aku tak ralat sangat sebab guna highway tidak kerap. Tetapi orang yang guna highway dengan kerap, mereka akan terasa dengan point menteri. Siyes jawapan macam gampang.

Yang sign deal ialah mereka.
Yang setuju perjanjian berat sebelah pun mereka.
Yang buat agreement tentang kadar pampasan pun mereka.
Alih-alih rakyat yang kena terima segala.
Kan, itu salah mereka.
Kenapa rakyat dipaksa hadap juga?
 
Menteri2 neh ada ka bayar tol, minyak bagai?

Balik2 menteri karang ayat nak bagi mengambarkan betapa sucinya tindakan mereka. Maka dikatakan kenaikan tol patut lebih tinggi lagi.

Nampak?
Nampakk?

Nak kena bersujud ucapkan terima kasih ka sebab tak naik sampai 10000% ke macam mana?

Heh.

Then tah ceruk mana tah si dia neh datang. Mewakili syarikat konsesi dengan mengatakan kenaikan tol tidak membebankan rakyat. Ya tuhan. Bodoh sangat ke manusia di Malaysia neh sampai tak reti nak tangkap bahawa diri kau ialah individu yang berkepentingan? Dah mewakili syarikat konsesi obviously membela tindakan tersebut. Hak ala.

Aku sampai sekarang tengah fikir apa maksud "kenaikan tol menerusi hasil kajian merupakan sesuatu tindakan terkini yang dipratikkan".

Aku betul2 tak dapat tangkap malaon neh punya point. Saf2 depa neh kalau nak karang ayat untuk memperbodohkan minda rakyat yang merepek2 pun takpe. Janji mereka fikir ayat2 begitu boleh membahlolkan otak rakyat.

Haizh. Nak cakap apa pun kosong je hasil. Menteri JKR dan syarikat konsesi relax je collect duit setiap hari. Kita neh melalak ja la terdaya. Lepas tue depa dok gelakkan kita. Menang. Menang. Bila la kita boleh menang.

Huhu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...