Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Oktober 2015

Menuju Wawasan 2020 - Sekolah Dibina Atas Sungai, Kelas Dipenuhi Najis Anjing, Murid Tidur Atas Lantai, Ditumbuhi Lumut & Bangunan Tidak Siap.



WOAHH.

Menangis baca anak-anak miskin dilayan sebegini rupa. Alangkah bagusnya jika parti-parti pembangkang kau sedang bergaduh atas isu-isu begini.

Ini tidak.

Balik-balik buka berita.

LGE bagi janji baru untuk hapuskan TOL PLUS jika PH tawan PUTRAJAYA. PALER BUTOH DIA. EKVE menambahkan 5 tol baru. Itu di Selangor dan saf-saf Pakatan, haram berbunyi pula sedangkan dalam suasana sekarang jika rakyat yang kau pentingkan lawan la benda yang sedang berlaku ketika ini. Sesuatu yang kau mampu datangkan impak.

Hadi dan AMANAH pula tengah gaduh dengan Qardhawi.

Semalam gaduh tentang siapa yang patut bawa usul undi tidak percaya ke atas Najib.

Hmmmpftttt.

Sakit ahti aku. Pembangkang yang bodoh. Kerajaan yang bodoh. Aku hidup di kalangan pemimpin-pemimpin politik yang bodoh.

Kalau aku tahu mereka sebegini bodoh sejak dari dalam perut mak aku lagi aku akan sasarkan kerusi perdana menteri sebagai kerusi yang aku perlu duduk untuk ubah negara aku dan membela nasib golongan marhaen yang tertindas.

Haizhh.

Tadi baca laporan TMI. Sangat sadis. Menuju ke wawasan 2020, negara berpendapatan tinggi dan maju. Perkara ini terjadi di negara kita dan selalu terjadi di mana-mana.

Baca ;

Harapan mendapatkan sebuah bangunan sekolah baharu yang moden untuk anak Kampung Long Sukang di Lawas, Sarawak tidak kesampaian 5 tahun lalu apabila kontraktornya melarikan diri.

Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang ketika ini hanya tinggalan bangunan 3 tingkat yang ditumbuhi lalang dengan lumut semakin menjalar pada koridor separuh siapnya serta najis anjing mengotorkan ruang bilik darjahnya.

Di asramanya pula, jumlah katilnya tidak mencukupi hingga memaksa sebahagian muridnya tidur beralaskan tilam nipis di atas lantai konkrit.

Projek terbengkalai ini adalah satu lagi contoh bagaimana masyarakat di pedalaman Sarawak terpaksa hidup dengan infrastruktur serba kekurangan walaupun Putrajaya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh 5 tahun akan datang.


Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Sukang Yaris Semayong berkata bangunan itu hanya kira-kira 70% siap dibina ketika pihak kontraktor meninggalkan projek itu pada 2010.
Daripada keseluruhan projek, hanya 3 bangunan siap dibina – 2 asrama dan sebuah dewan makan – walaupun begitu, kemasan terakhir masih belum selesai sepenuhnya.

Guru dan murid berpindah ke sekolah berkenaan sejak 3 tahun lalu, dari bangunan sekolah lama mereka yang diperbuat daripada papan, dan sejak itu, mereka terpaksa belajar dalam persekitaran bangunan separuh siap.

Salah satu bangunan asrama ditukar menjadi bilik darjah dan dilengkapi dengan meja, kerusi dan alat tulis.

Satu lagi bangunan asrama digunakan sebagai tempat penginapan 120 murid.

Murid lelaki dan perempuan terpaksa ditempatkan di bangunan asrama yang sama di SK Long Sukang apabila projek pembangunan sekolah itu terbengkalai sejak 5 tahun lalu.

Tetapi, tidak seperti sekolah berasrama lain di mana murid lelaki dan perempuan ditempatkan jauh di bangunan berasingan, kanak-kanak di sini tinggal dalam bangunan yang sama.


Lawatan The Malaysian Insider ke sekolah itu baru-baru ini mendapati murid lelaki ditempatkan di sebelah barat bangunan manakala murid perempuan di sebelah timur.

Sebuah meja pengawal keselamatan, diletakkan di tengah-tengah laluan pejalan kaki antara tempat tidur murid lelaki dan perempuan.

Murid SK Long Sukang, Sarawak tidak sanggup lagi tinggal di asrama bangunan kayu menyebabkan mereka nekad berpindah juga ke bangunan sekarang, walaupun ia terbengkalai.

Ditanya mengapa sekolah memilih untuk menempatkan murid ke asrama berkenaan, Semayong berkata:"Mereka tidak tahan tinggal di asrama kayu lama itu lagi.”


"Kami menunggu begitu lama untuk sekolah baharu tetapi ia tidak siap. Kami hendak sangat berpindah, jadi kami terpaksa membuat penyesuaian di mana yang patut."

Tanda projek belum selesai ada di mana-mana, termasuk di bangunan asrama. Laluan utama tidak mempunyai tangga konkrit dan terpaksa dibina tangga kayu sementara.

Walaupun ia mempunyai perabot, tetapi katil tidak mencukupi, membuatkan murid lelaki terpaksa tidur di atas tilam nipis di atas lantai konkrit.

"Sekolah ini tidak ada duit, walaupun hanya untuk membeli tikar plastik bagi mengalas lantai konkrit. Pihak PIBG terpaksa berganding bahu membelinya," kata Semayong.

Kelewatan akibat 'masalah dalaman'

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pembinaan dihentikan selepas pihak berkuasa mengesan pergerakan tanah dan aliran air semula jadi pada cerun di belakang blok pentadbiran dan bilik darjah.

"Oleh kerana faktor keselamatan, arahan berhenti kerja dikeluarkan. Tetapi pembinaan pada blok lain yang tidak terjejas diteruskan," kata Ketua Setiausaha KPM Tan Sri Dr Madinah Mohamad menerusi emel yang dihantar.


Madinah berkata, sekolah ini dibina dalam satu pakej dengan projek lain dan mengakui ia lewat dari jadual asal kerana masalah dalaman kontraktor, usaha sama antara NCSB Engineering Sdn Bhd dan Sebiro Holdings Sdn Bhd.

Beliau berkata, kementerian itu sedang memuktamadkan rancangan untuk menstabilkan dan memperbaiki cerun itu. Selepas semua itu selesai, pembinaan di blok yang ditinggalkan itu akan disambung semula.

Sementara itu, usaha turut dilakukan bagi membantu murid tinggal di asrama dalam keadaan seberapa selesa yang mungkin.

Ini termasuk memastikan terdapat kakitangan yang mencukupi untuk memantau pergerakan mereka pada waktu malam memandangkan kanak-kanak lelaki dan perempuan ditempatkan di bangunan sama.

"Ada 3 pembantu pengurusan murid untuk menjaga keselamatan, kebersihan, kesihatan dan tatatertib semua murid di asrama. Guru itu juga bertindak sebagai warden yang memantau asrama dan pergerakan murid pada waktu malam," kata Madinah.

Kementerian juga sudah memulakan proses membeli perabot dan katil untuk murid, kata Madinah, sambil menambah tikar linoleum sudah dibeli untuk murid meletakkan tilam dan barangan peribadi mereka.

"Proses perolehan akan mengambil sedikit masa. Jabatan Pelajaran Sarawak juga memastikan perabot asrama akan disediakan secepat mungkin untuk murid," kata Madinah.

Dibina di atas sungai

Semayong berkata PIBG dimaklumkan mengenai sebab kelewatan dan kerja dihentikan, tetapi mereka mempersoalkan mengapa sejak awal kontraktor dibenarkan menjalankan kerja di tapak itu.

"Mereka bina blok pentadbiran itu di atas kawasan yang sebelumnya sungai. Mereka mengalihkan aliran asal sungai itu bagi membolehkan ia mengalir di sekitar bangunan baru.

"Tetapi tanah yang mereka bina bangunan atasnya itu, masih mempunyai takungan air," kata Semayong, menunjukkan bahagian tingkat bawah yang mempunyai kolam air besar walaupun pada hakikatnya tidak hujan di Long Sukang pada hari itu.

Semasa lawatan The Malaysian Insider, Semayong menunjukkan bagaimana tanah di bawah separuh daripada bangunan pentadbiran dan bilik darjah itu kelihatan berpaya dan air bertakung di lantai.

"Jadi, persoalannya ialah, mengapa bina bangunan di atas sungai?
," dia melontarkan soalan tanpa jawapan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...