Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Oktober 2015

"Rupa-Rupanya GST Jadi Penyelamat Kepada Kewangan Negara" - Ahmad Maslan.


Baca sampai habis dan fahamkan betul-betul ;
Jawatankuasa Penerangan Umno bahagian dikehendaki mengadakan ceramah dan kupasan mengenai Bajet 2016, sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.

Untuk itu, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno bahagian, Puteri, Wanita dan Pemuda di peringkat bahagian perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas, bagi memberi penjelasan tentang Bajet 2016, agar ia dapat difahami semua lapisan masyarakat.


“Semuanya (mengenai Bajet 2016) ada dalam surat khabar hari ini, tetapi tidak semua yang membaca dan memahami apakah tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’ dalam Bajet 2016. Maka, itulah peranan penceramah-penceramah ini dalam memberi kupasan dan pemahaman kepada rakyat.


“Sebagai contoh, rakyat rasa gelisah bila GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara. Jadi, kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah,” katanya selepas merasmikan Pertandingan Pidato Umno peringkat Zon Timur, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad berkata, pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah kupasan Bajet 2016 dan ia akan berkuat kuasa secepat mungkin.


Dipetik menerusi laman portal The Rakyat Post versi BM.


Point.

1. Ahmad Maslan mahu UMNO tubuhkan jawatankuasa khas.

2. Tujuan ialah untuk menerangkan kepada rakyat tentang bajet 2016.

3. Pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin.

Stop kejap.

"Pihaknya" = YANG MEMPUNYAI PERUNTUKAN itu ialah SIAPA?

MITI ke?

Ceramah oleh geng UMNO, peruntukan oleh MITI ke macam mana?

Jika ceramah oleh UMNO dan peruntukan oleh MITI itu namanya salah guna kuasa. Tambahan pula, masa nak ceramah bukan setakat ceramah saja. Nak bagi orang hadir bagai. Mesti sedia gula-gula untuk tarik perhatian umum. Almaklumla, ceramah UMNO mana laku zaman sekarang.

Pendapat aku secara peribadi. Takyah susah2 buat ceramah bajet 2016 bagai neh. Bukan ada impak apa pun. Lebih kepada kempen politik bersempena PRN Sarawak yang bakal diadakan tak lama lagi ada la kot.

Hihi.

4. Tapi yang paling penting ialah bila Ahmad Maslan tanpa sedar menunjukkan kebodohan diri.

5. Dia kata GST akhirnya jadi penyelamat negara.

6. Konon nak bayangkan keputusan kerajaan laksanakan GST itu tepat.

7. Lihatlah, GST terbukti selamatkan negara dari defisit.

8. Memang bodoh. Dah lama rakyat kata, ulang sebut banyak kali bahawa GST dilaksanakan untuk tampung ketirisan kerajaan yang berboros dalam membelanjakan wang negara = selamatkan negara ini dari terus lingkup.

9. GST = yang dibayar rakyat = untuk selamatkan negara dan kerajaan = rakyat ialah punching bag = apabila kerajaan sedar bahawa wang yang terbazir sudah terlalu banyak dan tidak mampu diganti.

10. Dalam erti kata lain, RAKYAT DAH LAMA TAHU BAHAWA GST ADALAH UNTUK SELAMATKAN NEGARA INI. KENAPA NEGARA INI PERLU DISELAMATKAN? SEBAB BN TERLALU BERBOROS DAN TIDAK PANDAI URUSKAN KEWANGAN NEGARA. TERLALU BANYAK KETIRISAN DI SANA SINI. MAKA MEREKA PERLU KEPADA MODAL TAMBAHAN BAGI MENAMPUNG OPERASI PENTADBIRAN NEGARA. DARI MANA BOLEH MEREKA DAPATKAN MODAL TAMBAHAN TERSEBUT UNTUK MENAMPUNG / MENUTUP KECUAIAN DAN KELEMAHAN MEREKA? JAWAPANNYA IALAH DARI RAKYAT MALAYSIA. DENGAN CARA MENGENAKAN CUKAI. GST IALAH SISTEM YANG MENGANTI SST. DI MANA SISTEM CUKAI GST INI MENCUKAI LEBIH BANYAK BARANG DAN PERKHIDMATAN BERBANDING SST DAN INI MENYEBABKAN KERAJAAN BERHASIL PEROLEHI MODAL TAMBAHAN BAGI MENJALANKAN URUSAN PENTADBIRAN NEGARA (BACA : MEMBAZIR MACAM BIASA).

11. Dengan nada penuh bangga, siap cakap rupa2nya GST selamatkan kewangan negara.

12. Kononnya macam orang tak tahu.

Memang kelakar gila. 

13. Sepatutnya dia malu.

14. Jika kita mentadbir dengan penuh amanah = wang habis kerana pentadbiran telus = rakyat tentu rasa gembira juga membayar GST bagi membantu kerajaan mendapatkan lebih dana memajukan negara.

15. Ini sudah la wang habis  kerana ketirisan = pentadbiran tak amanah, tak telus bahkan penuh dengan ugutan sana sini kejap sosma, kejap isa kejap akta hasutan kejap osa semua cukup = lepas tue nak bangga2 sebut GST rupanya selamatkan kewangan negara.

16. Apa nak dibangganya bila ko terpaksa laksanakan GST untuk korek wang rakyat bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan.

Alahai Ahmad Maslan. Kadang2 aku confuse. Ko neh sebetulnya faham ke tak faham apa yang ko ucapkan depan orang ramai.. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...