Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Oktober 2015

Kronologi Penahanan Khalid Ismath & Kaitannya Dengan Kamal Hisham.


Semalam ada baca berita bahawa Pakatan Harapan mengesa aktivis yang ditahan atas akta SKMM & akta hasutan 1948 yang dinafikan hak untuk ikat jamin agar bersegera dibebaskan dengan ikat jamin.

Kata pimpinan PH. Kes Khalid tidak sama seperti Ali abdul Jalil. Khalid sudah berkahwin, ada isteri dan anak sedangkan Ali masih bujang.

Jadi tidak mungkin pula Khalid akan lari meninggalkan anak bini. Dan melihatkan kepada dakwaan-dakwaan yang telah dibuat oleh PDRM menerusi akta hasutan ke atas beberapa tokoh pembangkang, mereka semua dibenarkan bebas dengan ikat jamin maka kenapa dinafikan hak tersebut ke atas Khalid Ismath?

Godek punya godek, rupa2nya Khalid Ismath kini di salah sebuah penjara di Johor dan yang dicabar itu bukan calang-calang kedudukannya.

Kat sini ada kronologi tentang penahanan Khalid Ismath dan nampaknya bertitik tolak dari kes Khalid Hisham juga serba sedikit. 

Sumber : Aduka Taruna.

Kronologi Penangkapan Khalid Ismath dan Aktiviti Bebaskan KhalidIsmath.

7hb Oktober 2015 (Rabu)

• Khalid Ismath (KI) ditahan pukul 1.40 petang di tempat kerja Sudong Sdn Bhd, Jalan Batu Tiga Lama, Klang.
• Dalam jam 2 lebih, ASP Syamsyul Anuar bin Saad, memaklumkan bahawa KI ditahan dibawah 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan ASP Syamsyul akan tunggu isteri balik rumah kerana KI sudahpun dibawah ke rumah di Bandar Puteri Klang.
• Polis merampas 1 unit Router Model; 1 unit telefon bimbit Oppo; 1 unit modem model Innacomm; 1 unit CPU warna hitam;1 unit mouse;dan 1 unit monitor jenama ACER. Polis ada menyerahkan borang pengambilan barang. (di rumah)
• Semasa polis berada di rumah, Isteri telah bertanyakan kenapa Khalid ditahan ASP Syamsyul telah memberitahu bahawa ada orang telah membuat laporan tentang posting Khalid di facebook.
• KI dibawah ke lock up Air Molek pada jam 4 petang dan sampai dalam lebih kurang 9 malam.

8hb Oktober (khamis)

• KI dibawah ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pukul 10 pagi. Majistret tolak permohonan 4 hari reman oleh polis dan hanya berikan 2 hari untuk siasatan.
• Tempat penahanan/ditahan KI tidak pasti dan IO tidak memberikan sebarang maklumat dan tidak benarkan keluarga jumpa dengan Khalid walaupun IO berjanji boleh berjumpa dengan Khalid dalam pukul 4 petang.
• Isteri buat panggilan ke lock up Ayer Molek untuk pastikan tempat KI ditahan. Pegawai yang bercakap inform yang KI ditahan di balai polis Taman Pelangi tetapi dia telah dibawah untuk siasatan kesatu tempat yang keluarga tidak pasti dan tidak diketahui oleh keluarga. Keluarga risau keselamatan KI.

9hb Oktober (Jumaat)

• Pukul 9.20 pagi, kawan dari media menghubungi dan bagi tahu yang dia nampak KI dibawah ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.
• Pada 9.22 pagi, keluarga hubungi dan tanya apa status KI dan ASP Syamsyul bagitahu yang reman dilanjutkan 2 hari. Isteri tidak tahu dan tanya kenapa Khalid dibawah ke mahkamah tanpa bagitahu peguam dan keluarga.
• Peguam KI Hassan Karim hanya diberitahu melalui sms sahaja oleh IO. Dia menuntut untuk KI diwakilinya
• Polis minta reman selama 3 hari, Majistret luluskan hanya satu hari dan mengarahkan KI harus dibebaskan sebelkum tengahmalam 9hb Oktober.
• Isteri sign surat jaminan polis untuk KI dibebaskan walaupun dia masih memakai baju lokap.
• Selepas sign, Korporal Munawar dia buka gari KI, dan dia pasangkan gari lain.
• Tanya polis kenapa dia digari semula dan polis jawab dia ditahan semula kerana ada report terhadap KI dan Korporal itu tak pasti pasal report dan minta check dengan IO.
• Semasa IO Hoo (IO baru) membuat siasatan, polis beritahu bahawa KI ditahan dibawah Akta Hasutan 1948.
• Semasa dalam siastan, KI memaklumkan kepada isteri bahawa, ASP Syamsyul menggunakan taktik menakutkan KI bahawa hanya jika KI menjawab soalan dia akan dibenarkan jumpa dengan keluarga.
• KI juga bagitahu polis memaksa KI untuk mengaku ke atas tuduhan yang dikenakan terhadap dia.

10hb Oktober (Sabtu)

• Pukul 10 pagi KI sampai di mahkamah. Polis minta 4 hari reman dan Majistret pun berikan reman selama 4 hari.
• 8pm: Vigil Solidariti diadakan dihadapan IPD JB Sentral.
11hb Oktober (Ahad)
Perjumpaan dengan Khalid di IPD JB Sentral)
• Perjumpaan yang singkat pada jam 11 pagi.
• KI kata tak ada siasatan langsung
• Dia mengadu bahawa, 
- Lock up kotor
- Persekitaran lock up buat tak selesa
- Lock up tak ada air
• KI kata siasatan sehingga kini hanya fokus pada penghinaan keatas sultan dan PDRM
• Ada soalan tentang Kamal Hisham tetapi tidak banyak
• 4 petang: perjumpaan dengan DSP Yazid oleh SUA PSM dan AJK Pusat V.Selvam mengatakan bahawa Siasatan masih dijalankan terhadap KI walaupun Ketua bahagian siasatan jenayah daerah, DSP Yazid memaklumkan bahawa siasatan sudah habis dan akan maklumkan pada keesokan hari.
• 8pm: Vigil Solidariti diadakan dihadapan IPD JB Sentral.

12hb Oktober (Isnin)

Perjumpaan dengan Khalid di IPD JB Sentral
• Namun, semasa kami melawat Khalid di IPD, kami diberitahu bahawa Khalid dibawah ke IPD dan disimpan dalam bilik siasatan SB dan siasatan dijalankan oleh SB. Jam lebihkurang 3.30pm

• Antara soalan2 yang ditanya: 
 
Kenapa lawan kerajaan
Apa hubungan Khalid dengan Kamal Hisham
Adakah Kamal memberikan funding kepada Khalid atau mana2 gerakan politik yang lain
Apakah yang Khalid maksudkan dengan “berhala”?
Pada hari ini (12/10) soalan tidak ada kaitan dengan Kamal tetapi berkaitan dengan berhala, adakah bertujukan kepada Sultan? Dan soalan kenapa lawan kerajaan diulang

- 4pm: Perjumpaan Arul dengan Timbalan OCPD Haji Nadzir. Perjumpaan yang ringkas
Dengan Timbalan OCPD Tim. OCPD menghubungi DSP Yazid dan mendapatkan maklumat tentang status siasatan terhadap Khalid. Yazid memberitahu bahawa kata siasatan sudah habis dan tunggu feedback dari DPP (Nusajaya) dan masih belum buat keputusan
Masih dalam perbincangan tentang status Khalid.

• 5.30pm Arul menghubungi Bhg Pendakwaraya Nusa Jaya dan diberitahu bahawa 
belum diputuskan samada hendak dakwa atau tidak
• 6.30pm: Ketua cawangan Khas Daerah, Zakaria bercakap dengan Arul kata SB tak ada involve dalam siasatan terhadap KI
• 8.30pm: Vigil Solidariti diadakan dihadapan IPD JB Sentral.
• Malam (lebih kurang 1130 malam) keluarga dan peguam menerima berita bahawa Khalid akan didakwa di Mahkamah atas 11 tuduhan.
• Pihak polis memanggil isteri dan ayah Khalid ke Balai polis lebih kurang pada tengah malam untuk mendapatkan maklumat. Namun selepas keluarga sampai di IPD mereka disoal siasat oleh polis berkenaan dengan candle light vigil yang diadakan pada malam itu di hadapan IPD. Soalan2 yang ditanya adalah seperti: siapa penganjur vigil, apa yang diberitahu dalam ucapan; ada tak menghasut.

13 hb Oktober (Selasa)

: Mahkamah Seksyen 4, Johor 
KI dihadapkan di Mahkamah untuk didakwa.
• Selepas sampai di Mahkamah baru tahu yang Khalid akan didakwa untuk 14 tuduhan. 11 dibawah MCMC dan 3 dibawah Akta Hasutan
• Kes dijalankan dihadapan Hakim Mohd Hadrul Bin Abdul Aziz
• Sebelum kes lagi, DPP cukup yakin bahawa hakim tidak akan berikan jamin.
• Ketua DPP telah sarankan agar KI tidak diberikan bail kerana kemungkinan besar akan hilangkan diri seperti Ali Abdul Jalil. DPP tidak kemukakan sebarang hujah yang lain dan hanya fokus pada penafian bail.
• Peguam Dinesh Muthal mewakili keluarga pula memberikan hujah2 yang bernas seperti:
Ini adalah kes Khalid Ismath bukan Ali Abdul Jalil. Ramai yang ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan masih dibenarkan ikatjamin. Kes2 bunuh pun dibenarkan ikat jamin dan kes ini harus diberikan ikat jamin.
Sehingga dibuktikan bersalah KI harus diberikan bail dan diberikan peluang untuk bela diri
• Namun, Hakim putuskan untuk nafikan bail untuk KI
• Khalid dihantar ke Pusat/Lock up Tahanan Reman di Ayer Molek pada jam 4.30 petang.
• Isteri KI membuat aduan polis tentang keadaan dan keselamatan KI
3pm: Sidang Akhbar di PSM HQ berkenaan penafian bail keatas KI. Juga dihaditi wakil dari PSM, SUARAM, AMNESTY dan GHAH

14hb Oktober (Rabu): Awal Muharam

Tiada lawatan dibenarkan

15hb Oktober (Khamis): 
 
Perjumpaan dengan Khalid di Ayer Molek
• Khalid nampak sihat tetapi beremosi
• Khalid kata tak ada siasatan yang terperinci dijalankan tetapi kadang2 ada pegawai (tidak pasti polis atau warden penjara) yang datang ke sel dan tanya soalan; berhala merujuk kepada sultan ke atau tidak?
• Keadaan Khalid: 
- Kepala dibotakkan
- Sel berasingan – mental torture
- Makanan okay
• 9pm – Vigil Solidariti dianjurkan di Ipoh oleh PSM

16hb. Oktober 2015 (Jumaat)

• 11am - Satu memorandum diserahkan kepada pegawai di pejabat Ketua Hakim Negara berkenaan penahanan Khalid dan penafian ikat jamin.
• 3pm – Mesyuarat dengan peguam
• 8pm – Vigil solidariti dihadapan Sogo oleh Pemuda Sosialis

17hb. Oktober 2015 (Sabtu)

• 2pm – Meeting aktivis/blogger/NGO

18 Oktober 2015 (Ahad)

• Filling Kes di JB
• Solidariti event di SOGO 5pm
• Solidariti event di Brickfields 6pm

19 Oktober 2015 (Isnin)

• Solidariti oleh OKT GST Kastam di Mahkamah Sesyen PJ

Koleksi kertas pertuduhan / collection of charge sheets -https://m.facebook.com/bebaskhalid/albums/509553315879425/?ref=bookmarks

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...