Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Oktober 2015

KDN Beli Helikopter RM535.7 Juta Ketika Kerajaan Sibuk Menasihati Rakyat Berjimat Cermat.


Aku kurang pasti untuk tujuan apa aset-aset ini dibeli. Namun menurut Zahid Hamidi, aset-aset tersebut dibeli atas alasan 'sejajar dengan kemodenan pada PDRM'.

So, aku taknak huraikan bab yang aku tak tahu.

Cuma, yang aku nampak sekarang.

Jika kerajaan bercadang nak renovate kediaman rasmi ka, pejabat rasmi ka, pesawat rasmi ka, beli kapal selam baru ka (walau di peringkat cadangan), beli helikopter ka apa ka, semua tue mereka ada duit. Tahu pula menteri2 kau nak cekau duit kat mana.

Nak bail out kerugian syarikat GLC itu, syarikat GLC ini pun menteri2 kau reti nak cekau duit kat mana.

Tapi kalau part subsidi, kadar tol ka repair sekolah ka bina rumah kos rendah banyak-banyak ka depa tatau cara mana nak cekau duit.

Aku confuse betul la. Kenapa duit sentiasa tidak ada untuk kebajikan rakyat. Korang confuse tak? Satu lagi. Beli aset itu aset ini macam-macam aset depa beli, tapi kadar jenayah.. entah la. Lue fikirlah sendiri. Yang part paling tak boleh blah ialah. Andainya helikopter2 itu digunakan untuk angkut golongan VVIP ke sana ke mari. Aku pun hmmmmmmm.. nak ulas lebih2 karang.. ke lokap plak aku tak pasal-pasal.

Hihi.

Laporan oleh The Malaysian Insider ;
Walaupun sebelum ini Putrajaya pernah bercadang mengurangkan perbelanjaan negara kerana kejatuhan harga minyak dunia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membeli 2 unit helikopter Agusta Westland AW139 melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Pada majlis menandatangani dokumen kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) serta penyerahan surat penerimaan (LoA) di majlis "General Police and Special Equipment Exhibition and Conference" (GPEC) Asia itu, KDN menandatangani dokumen tersebut yang berjumlah RM535.7 juta.

Jumlah tersebut merangkumi 8 dokumen kontrak, 1 MoU dan 2 LoA.

"Sejajar dengan kemodenan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8 unit IAG JAWS Arrmour Personnel Carrier (APC) juga bakal tiba di negara pada hujung tahun ini," kata Zahid.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penangguhan pebelanjaan dari segi beberapa aspek seperti menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun bagi menjimatkan RM400 juta, memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan.

Belanjawan 2015 apabila dibentangkan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan.

Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga minyak itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...