Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 September 2015

Kurangkan Kawasan Parking, Naikkan Caj Parking Antara Cadangan Kurangkan Kesesakan Kata Menteri.

Sebenarnya. Cadangan macam neh tak layak langsung diberikan pertimbangan sekalipun. Ini bukan cadangan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar sebaliknya ini ialah cadangan untuk semakin menyusahkan dan membebankan rakyat.

Cuba kau semua fikir. 

- Kerajaan kurangkan kawasan parking di bandar.
- Kita bergerak guna kenderaan.
- Ada ke kita tahu bahawasanya kawasan parking dah penuh ke belum semasa keluar dari rumah?

Itu aku tak citer bab orang tua, orang yang datang jauh-jauh sebab urusan apa bagai, OKU apa lagi. 

Nampak? Apa motif je cadangan neh dengan kurangkan kesesakan lalu lintas? Langsung takde kaitan sebetulnya. Itu sebab aku kata. Menteri2 kat Malaysia neh spesis munkee. Sesetengahnya kacuk babee hyutan. Spesis tu mana reti nak selesai masalah rakyat. Kita neh pula spesis manusia. Yang undi munkee-munkee tu pun spesis manusia gak. Bezanya mereka-mereka tu spesis manusia ada otak takde akal. Jadi kita banyak-banyak bersabarla melayan kebodohan kedua-dua spesis tu ya.

Kemudian. Cadangan munkee neh lagi. Naikkan kadar parking.
Lebih kejam. Naikkan kos pembangunan bagi bangunan-bangunan yang menyediakan kawasan parking.

Ko tau apa.

Cadangan mengurangkan kos pengangkutan awam.
Cadangan menambahbaik pengangkutan awam.
Cadangan memperbanyakkan pengangkutan awam.
Cadangan memperluaskan jaringan pengangkutan awam.
Cadangan memastikan pengangkutan awam mematuhi masa, selamat, beroperasi lebih lama.

Itu semua depa tarak otak mao fikir.

Perempuan yang balik kerja malam-malam bukan selamat pun kalau naik bas. Jika laluan ke rumah dia takde lampu sesia jadi mangsa. Ko tahu?

Even dalam LRT pun orang boleh raba-raba kau.
Barang kau boleh hilang kena curi.
Tak selamat mana pun.
Lagi mao sembang munkee-munkee neh.

Cadangan munkee-munkee neh mesti ada kaitan dengan duit.
Di mana mereka boleh mendapat keuntungan daripadanya.

Bila kurangkan kawasan parking. Orang akan parking merata, depa saman. Saman dapat duit. Nampak?

Bila naikkan kadar caj parking. Syarikat dapat lebih untung, bayar lebih cukai dan mungkin kena GST pada kita. Munkee-munkee tu dapat duit lagi. Nampak?

Bila naikkan kos pembangunan, munkee-munkee tu dah tentu dapat duit. Nampak?

DUIT. DUIT. DUIT. 

Munkee-munkee tu bukan nak selesai masalah. Depa cuma nak duit je. Itu sebab kau boleh tengok, cadangan-cadangan mereka kesemuanya berakhir dengan di mana munkee-munkee itu akan mendapat keuntungan dalam bentuk duit.

Fikir-fikirkanla.



Bilangan ruang meletak kenderaan di bandar raya ini akan dikurangkan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata idea itu adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kami sedang mengkaji rancangan ini (untuk mengurangkan ruang meletak kenderaan) secara menyeluruh dari segi kesannya dan akan melaksanakannya selepas selesai pembinaan Jajaran 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 2017," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketujuh mengenai Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2015 (WCSC 2015) di ibunegara semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin dan Pengerusi WCSC 2015 Datuk N.K. Tong.

Katanya rancangan itu termasuk mengenakan kadar caj tempat letak kenderaan yang lebih tinggi dan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk tempat meletak kereta.

Loga berkata projek seperti MRT dan Light Rail Transit (LRT) membolehkan orang ramai bergerak tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Persidangan WCSC 2015 anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL REHDA), Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Persidangan itu bermatlamat meningkatkan kesedaran warga kota dan lain-lain pihak berkepentingan membolehkan bandar raya berfungsi.

- Bernama

Apa Rahsia Anak EXCO DAP Menjadi Kaya Dalam Sekelip Mata?

Cerita neh viral. Dan aku cadangkan agar laporan SPRM dibuat bagi menyiasat exco DAP tersebut beserta anaknya. Exco DAP yang dimaksudkan ialah Danny Law Heng Kiang. Exco bagi Pulau Pinang. Dan anaknya tiba-tiba menjadi kaya dalam usia yang muda. Lahir tahun 1989. Umur dia sekarang ialah 26. Dalam usia semuda itu dia mempunyai kenderaan mewah dan cara hidup gemar berparti seperti yang didedahkan oleh individu yang bernama Jadryn Loo Hooi Yee.

Tuduh menuduh tidak akan selesai. Moga2 kes neh ada penghujungnya dan aku pun memang nak tahu apa setan2 politik neh buat selama mana mereka berpolitik. Cari duit kayakan diri sendiri dan kroni ke atau sebenarnya nak bantu rakyat? Perangai madafaka neh kena dedahkan biar rakyat tahu wajah sebenar ahli politik Malaysia. Moga2 ada pihak yang tampil membuat laporan SPRM bagi menyiasat kekayaan dan punca kewangan Nigel Law.

Baca ;
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Danny Law Heng Kiang, Exco Pelancongan Kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai anak yang berjaya dan terkenal, muda serta tampan.
Apabila saya melihat foto anak Danny Law yang berjaya, Nigel Law, yang turut tersebar di laman sosial, perkara pertama yang saya fikirkan ialah seorang lagi anak Pulau Pinang yang berjaya, Jho Low.

Di ketika Jho Low terkenal kerana berparti dengan selebriti seperti Paris Hilton, Lindsay Lohan seperti tiada esok, Nigel Law tidak jauh berbeza dengan longgokan botol wain Moet & Chandon terpapar.
Ia tersebar di laman sosial mendakwa 100 botol minuman arak wain Moet & Chandon dijamu di sebuah kelab terkemuka di Kuala Lumpur, Providence bagi meraikan harijadi anak Danny Law ini.
Bagaimanapun, saya kurang pasti dengan dakwaan itu namun melihatkan kepada akaun Instagram milik Nigel Law, ia bagai mengesahkan dia menyambut harijadi awal di Providence dengan foto dia dikelilingi gadis jelita dan seksi serta minuman arak Moet.
Kerana ingin tahu lebih lanjut, saya turut memeriksa akaun Facebook Nigel Law. Saya mendapat tahu sama ada dia memiliki sebuah salon rambut untuk kenamaan, Blonde & Brunette Malaysia di Gurney Paragon yang dirasmikan oleh bapanya, Danny Law pada 2013.
Selain itu, juga daripada Facebook Nigel Law, ialah fotonya bercuti dan menginap di hotel mewah, berjamu selera di restoran terkenal di Eropah dan banyak lagi foto dia berparti sakan, sentiasa dengan gelas di tangan.
Dan, memandangkan jam tangan dipakai ahli politik menjadi isu baru-baru ini, saya turut ternampak Nigel Law memakai Rolex Submariner.

Satu lagi foto yang dilihat di akaun Nigel Law yang saya kurang pasti sama ada dia atau orang lain memandu sebuah kereta jenis Bentley namun berdasarkan jam tangan di tangan kiri pemandu itu dan dipakai Nigel Law ketika bercuti di Siem Reap Disember lalu, serupa.

Jangan salah faham, saya bukannya cemburu akan ‘kejayaan’ Nigel Law.
Faktanya, saya kagum namum curiga!
Saya juga banyak bercuti di serata dunia, menjamu selera di restoran yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin, menginap di hotel mewah, kapal persiaran dan keretapi seperti kabin penerbangan.
Saya bersyukur makan malam di Hotel J.W Marriot di Kuala Lumpur hampir setiap minggu dengan Chef Wong Wing Yuk secara peribadi menjaga hidangan saya. Saya bertuah dipandu oleh Azman dalam kereta Rolls Royce saya dan beberapa kereta lain. Saya juga selesa dengan koleksi jam tangan Patek Phillipe saya.
Sementara saya boleh memperincikan sumber kepada keselesaan dan kemewahan ini, dan bagaimana saya melalui kesukaran bagi mencapai apa yang saya miliki hari ini seperti rakyat Malaysia lain, saya curiga dengan ‘kejayaan’ Nigel Law.
Parti DAP sering mendakwa kerajaan mereka menguruskan wang rakyat dengan baik dan tidak menyalahgunakan kuasa, sentiasa bersih dan jauh dari rasuah serta mengenepikan pertolongan kepada ahli keluarga dan lain lain.
Mungkin ada satu keajaiban berlaku di sini di mana saya percaya kerajaan negeri dipimpin ketua mereka untuk menguruskan hal ehwal keluarga mereka juga, maka jika ada lebihan boleh diperolehi dan boleh dibelanjakan kemudian nanti sebab saya masih ingat Danny Law memulakan kariernya sebagai pegawai bank sebelum memenangi kerusi Dewan Undangan Batu Lanchang pada 1999. Dia bagaimanapun tewas pada 2004 namun berjaya merampas semula kerusi itu pada 2008 sebelum dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Jadi Danny, bolehkah anda berkongsi dengan kami, cerita mengenai kejayaan anak anda, Nigel Law? Kisah kejayaannya tentu menarik apatah lagi ketika saya mengenali anda semasa di DAP dahulu, anda masih memandu Proton Wira dan tinggal di sebuah pangsapuri kos sederhana di Greenlane.
Anda juga sangat cemburu dengan saya, seorang gadis muda berusia 22, baru pulang dari New Zealand dengan dua ijazah, memandu sebuah Toyota Camry baru dan tinggal di Gurney Drive. Dan saya berterima kasih kepada datuk dan ayah saya, yang berjaya dalam bidang perniagaan mereka.
Anda boleh katakan saya berjaya kerana bapa saya, dan saya akui, saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya.

Saya masih ingat pada satu ketika, anda turut meminta saya untuk lebih bersederhana kerana mengatakan terdapat ramai yang cemburu akan saya. Dan selepas saya keluar daripada DAP, anda ada menyebut masih cemburu dengan saya dan kejayaan saya.
Mungkin anda terlupa anda menyatakannya kepada wartawan dan kenalan anda. Saya, saya adalah ketua kepada wang saya, dan saya tiada apa hendak disembunyikan, dan bagaimana agaknya anda hendak menyuruh saya untuk berpura-pura?
Tidakkah anak anda sudah menunjukkan, kekayaan yang diperolehi daripada titik peluh kita mesti dibelanjakan demi keselesaan dan kemewahan dalam hidup, yang sangat tipikal bagi generasi X dan Y?
Aiyaa Danny Law, daripada cemburu pada saya, lebih baik anda berkongsi kisah kejayaan Nigel Law supaya kisahnya boleh dijadikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia bagaimana hendak menjadi kaya tanpa mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional yang korup sebagaimana dakwaan parti anda.
Rasanya saya boleh menganjurkan satu bengkel dan seminar juga, bagaimana hendak menjadi sangat kaya sebelum usia 30 tanpa pengaruh bapa.
Ia mampu menjana pendapatan daripada penganjuran bengkel seumpama itu pada hari ini, dan saya yakin orang ramai akan beratur panjang daripada Jelutong hinggalah ke Johor Bahru untuk mendapatkan tiket masuk bagi mengetahui kisah luarbiasa Nigel ini.
Atau mungkin boleh masukkan sekali seminar bagaimana menjadi kaya dalam program Lawati Pulau Pinang yang dikendalikan jabatan anda, serta promosi istimewa bagi mendapatkan khidmat merias rambut di Blonde & Brunette? Blonde & Brunette tidak mengenak caj RM1,200 hanya untuk mewarnakan rambut bukan? Atau caj lebih tinggi memandangkan sewa mahal di Gurney Paragon?
Atau Danny Law, adakah anda akan berkata masyarakat tersilap orang? Atau berkata foto Nigel Law yang tersebar di internet bukan anak anda tetapi foto yang sudah dimanipulasi orang Barisan Nasional? Tetapi saya tidak fikir ia foto yang sudah diubah. Ia adalah anak anda. Mungkin anda terlupa yang saya pernah berjumpa Nigel ketika rumah terbuka Tahun Baru Cina.
Dan oh, baru saya treeing anda ada menyebut, Nigel Law Hun Chuen dilahirkan pada 1989!
Maka Danny Law, ahli Exco yang dihormati daripada kerajaan Pulau Pinang yang bersih, adakah anda bersetuju untuk berkongsi kisah kejayaan anak anda, Nigel Law dengan rakyat Malaysia? Parti anda sentiasa mengaku akan ketelusan bukan?
Sumber : http://mynation.my/nigel-law-the-son-of-dap-penang-state-exco-that-suddenly-became-so-rich/

Selasa, 29 September 2015

Menteri Malukan Diri Sendiri - Rakyat YG Pilih Internet Berkelajuan Rendah Kerana Murah Kata Salleh Keruak.

Menteri komunikasi yang bodoh. Dia sendiri tak faham apa yang dia cakap sebenarnya menunjukkan dirinya yang bodoh nak mampos. Mentang2 dia pegang menteri komunikasi. Kejap lagi dia bengang aku kata dia bodoh nak mampos mao aku kena siasatan. 

KAH KAH KAH

Baru2 neh LKS complain Salleh Keruak.

"Aiya lue menteri komunikasi apa bikin. Keleja talak ka. Malaysia punya internet banyak slow la. Lue sibuk jaga dan bodek Najib saja buat apa. Bikin keleja la. Kasi upgrade Malaysia punya internet connection la. Banyak susah la saya. Mao baca twitter Najib pun susah juga. Tak boleh gilak-gilak baca itu troll. Ahti banyak panas woo".
 
Then.

Dia reply LKS.

- Rakyat sendiri pilih internet berkelajuan rendah/lambat

- Kerana kosnya yang lebih murah

"Hello LKS, di Malaysia kini ada high speed, slow speed and moderate speed. Kenapa slow speed popular di Malaysia? Sebab kosnya yang murah le. Rakyat sendiri pilih ma. 71% pilih itu connection tau. Mereka takmao bayar lebih untuk fast connection. Tah pape ar lue neh LKS".


Point dia apa?

Nak bekap kerajaan ke nak sindir ke atau dia sebenarnya pandir? Konon nak bekap tapi tersindir pula secara tak sengaja?

Tau pula dia yang rakyat pilih internet kelajuan rendah kerana kosnya yang lebih murah dan mampu dimiliki berbanding internet mahal.

Bukan menteri sendiri sembang hidup sebagaimana yang kamu mampu.
Dah itu je yang rakyat mampu maka itula yang mereka pilih.
Ada ke itu jawapan yang sepatutnya keluar dari seorang menteri?
Sememangnya tak la.
Tapi di Malaysia yang jadi menteri semua spesis munkee.
So ko semua jangan heran kenapa itu yang dia keluarkan dari mulut dia.
Memang dah tak berjenis akal. Nak cakap apa lagi.

Hihi.
 
Sepatutnya sebagai seorang menteri dia rasa malu.
Internet laju di Malaysia neh mahal gila babi.
Berbanding negara2 jiran.
Tak payah pergi jauh kot.
Tapi taknak pula setan2 neh pergi banding bab kadar internet.
Oleh kerana menteri sendiri pun dah akui.
Cuba banding dengan negara lain.
 
Kelajuan paling rendah dengan charge paling mahal. Sial punya menteri. Memang betul la kata LKS. Tak buat kerja. Telekomunikasi di Malaysia memang raja kot.

- Boleh tipu pengguna slumber mak bapak dia. Charge itu ini. Ko komplen pun tak guna. Amek contoh kes P1 dan TMnet sudah. Ada apa berlaku?

- Boleh jual/lelong no kita. Tau2 je mesej2 jual itu ini masuk. Cam jilake. Aku asyik dapat mesej2 macam tue sambil penat fikir macam mana nak block total. Sampai satu tahap, depa mai serbu wassap pun ada. Lepas tue WeChat. Dengan mesej2 lucah. Aku buang terus WeChat. Semak.

- Boleh kena hack. Ini pun biol gak. Ada ke patut no hp kita boleh dihack untuk hantar mesej bukan2. Lue fikirla sendiri. Takan ini kerja satu dua orang kot?

- Boleh plak sound menteri pasal GST. Dan menteri boleh plak pening kepala nak urus macam mana kes GST ke atas topup. 

- Bila takde khidmat internet dengan muka tak malu charge kita tetiap bulan. Bukan nak potong ke apa ke bila tak serve kita. Tapi bila kita lambat bayar tahu pula nak kenakan penalti. Gampangan sungguh. Semua internet gitu. Semua khidmat telekomunikasi gitu. Kalau yang takde macam tue confirm line pula macam haram. 

Dan tengok neh. Bab kelajuan.

 
Sepatutnya ini kerja Salleh Keruak. Cari jalan bagaimana rakyat patut dikenakan kadar yang sepatutnya. Sesuai dengan kelajuan yang ditawarkan. Menteri2 terdahulu dah gagal. Spesis makan gaji buta. Salleh neh pun sama aku rasa. Murah tak murah la juga sebenarnya kadar internet di Malaysia. Yang slow connection tue pun sebetulnya tak setimpal dengan apa yang ditawarkan dari segi harga. Satu kali lempang Salleh. Amek giliran. Hampir 30 juta rakyat Malaysia. Moga2 dia tersedar selepas dilempang.

KAH KAH KAH

Saya Main Golf Dengan Obama Demi Rakyat - Najib Razak.


Dilaporkan oleh Malaysiakini ;
Najib: Hanya saya saja PM main golf dengan Obama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.

"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.

Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

Macam aku kesah kalau pun ko satu-satunya PM Malaysia yang bermain golf dengan Obama. PM2 lain masa jadi PM, Obama pun bukan presiden US kot.

Hihi.

Sekarang cakap banyak takmau. Memandangkan Najib mengakui secara terang-terangan bahawa dia bermain golf dengan Obama adalah demi rakyat maka sila ;

- Buktikan apa keuntungan yang rakyat terima melalui tindakan tersebut?

- Berapa yang dibelanjakan Najib menggunakan wang pembayar cukai ketika bermain golf bersama Obama?

- Siapa yang di angkut Najib pada ketika itu? 

- Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Najib selain bermain golf bersama Obama?

- Apakah yang dibincangkan oleh Najib ketika bermain golf bersama Obama?

Jawab semua persoalan di atas dulu. Demi rakyat ye? Kalau setakat sembang kencang pongpangpongpang aku pun terer. Buktikanlah dulu memang ianya memberikan manfaat kepada rakyat di negara neh beb. Sembang airliur ko bukan laku pun. 

Cuba ko ulang balik apa yang ko sebut kat atas depan aku. Tengok camne aku sound ko setepek Najib. PM tak PM. Jangan lepas aku sound kau, kau SOSMAkan aku pula. Itu memang ale utoo la jawabnya.

KAH KAH KAH

Isnin, 28 September 2015

Najib PM Paling Lemah Sampai Duta China Ratah Malaysia.

3 hari bercuti. Rehat sekejap memandangkan dah lama asyik terperuk. Memang malas nak layan citer politik atau nasional sebab bikin otak semak saja.

Dan betul juga tindakan aku. Sebaik saja membaca cerita politik, memang otak makin berserabut.

Ringgit semakin jatuh.

Media sosial kecoh isu Saiful Nang. Hak eley. Ringgit kau jatuh kot.

Kevin Morais. 8 didakwa. Hmm. Mekanik pun terlibat sama? Hmm. Pening. Ada dapat info dari geng polis. Nak tulis tak berani. Pasal risiko kena tangkap dan risiko aku mungkin ditipu sama banyak. So batalkan hasrat. Biar kami bertekak saja di private chat.

Then berita 3 hari lepas, kes duta China melawat PS. Petaling Street. Takde cerita ceria. Cerita happy. Cerita lawak bodoh dari geng2 UBN ada la.

Aku baca laporan berkaitan ;

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang memberi isyarat kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.
Beliau dilaporkan melawat kawasan Jalan Petaling yang menjadi pusat komersial yang didominasi oleh peniaga Cina, semalam.
Dalam tinjauan sebuah portal liberal, Huang mengharapkan keharmonian antara kaum yang dipamerkan peniaga di Jalan Petaling di akan terus berkekalan.
“Saya berjalan-jalan di Jalan Petaling dan semuanya baik-baik sahaja. Bisnes berjalan baik dan ada ramai pelancong antarabangsa. Namun lebih penting lagi, saya lihat orang Cina hidup harmoni dengan kaum lain. Saya senang hati.
.
“Kita tak mahu situasi sebaik ini dirosakkan orang lain dengan niat tidak baik,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan terdapat kumpulan baju merah merancang untuk mengadakan himpunan protes jika pihak berkuasa gagal bertindak keatas penjualan barang tiruan di Jalan Petaling dan mahu bumiputera juga diberi peluang berniaga di kawasan itu.
Bagaimanapun himpunan tersebut dibatalkan semalam berikutan Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mengumumkan pembatalan protes tersebut. Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Dalam pada itu Huang berkata, negaranya menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.
“Tiada mana-mana pihak berhak memperlekehkan undang-undang atau menghina undang-undang.
“Kerajaan China sentiasa menghormati kewujudan bersama secara aman melalui hubungan antarabangsa dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain,” katanya. - ISMA

Ada yang aku bersetuju dengan point dia. Bagi aku takde masalah jika lawatan berkenaan sekadar nak gambarkan betapa aman dan makmurnya Malaysia neh. Walaupun sebenarnya bukan la begitu.

Tapi aku tak berapa faham point dia melawat ;

- Sebelum perhimpunan berlangsung, walau dah dibatalkan last minit atas alasan tak masuk akal.

Alasan sebenar aku tatau tapi aku syak ini mungkin antara faktor la. Kalau pun bukan penyebab utama ;


Kih Kih Kih

- Cerita bab keganasan dan perkauman? Hak eley. Negara kau sendiri bersepah dengan isu keganasan dan perkauman. Google saja la. Negara kau lagi teruk dari Malaysia kot.

- Kata hormati undang2 dan taknak campur tapi lagak melawat PS itu adalah bermaksud kau sedang campur tangan, tapi bagaimana?

Ini sekadar analisis aku la. 

Aku baca disini, katanya duta China, Huang Hui Kang melawat PS ditemani Persatuan penjaja dan peniaga kecil. Pendapat aku, tekanan digunakan oleh geng2 peniaga kat sana supaya demo berkenaan dibatalkan. Duta China boleh dianggap sebagai 'penekan' kepada kerajaan agar campurtangan terlebih awal dengan cara mempengaruhi geng2 MERAH agar batalkan demo. Atau sebagai hint bahawa demo esok jika berlaku apa2 yang tidak diingini akan dihightlightkan secara besar-besaran sehingga menjejaskan persepsi pelancong China terhadap Malaysia. Atau mungkin saja nak bagitau betapa terkenalnya PS sebagai pusat pelancongan sampai DUTA CHINA pun mai melawat, kau apa tahu?

Budak2 MERAH maybe dah kena sound jangan berhimpun. Hak berhimpun hak mereka tapi aku tak setuju tujuan perhimpunan. Tapi kalau orang luar digunakan untuk mengawal kebebasan kau berhimpun, adakah kau akan terima?

Kat sini memberikan satu gambaran bahawa Najib kau memang spesis PM takde konek. Tatau konek dia sapa makan. Anjing atau kucing.

Masalah sebegini kecil pun perlu campurtangan orang luar.
Apatah lagi kalau masalah besar gedabak.
Ke siapa negara kita dia nak campak nanti?

Dan ke mana hala tuju rakyat negara kita neh? Dorang betul2 takde jatidiri ke apa?

Daripada minta simpati US membawa kepada mengheret CIA, FBI hingga la kepada DUTA CHINA, apa kita di negara kita? BONEKA?

Walau begitu kita bencikan Najib tetapi jangan la sesekali kita biar diri kita dikawal oleh pihak ketiga. Ini prinsip aku.

Tak payah susah2 heret orang luar campurtangan masalah negara kau.
Sekarang g Putrajaya ramai2.
Protes depan2.
Demo hari-hari.
Maka berambos la Najib tue nanti.
Dah la sendiri tak berani nak melakukan pengorbanan.
Ingat bila kau heret orang luar kau semua dah cukup bagus?
Ikat tepi la korang punya pemikiran.
Terjun lombong lagi bagus.
Taknak dijajah Najib, BN konon.
Tapi mengupah penjajah untuk bebaskan diri dari penjajahan.
Bangsa mana la yang bodoh nak mampos sangat tue.
Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Selasa, 22 September 2015

Pakatan Rakyat Bubar, Pakatan Harapan Lahir - Terima Kasih Keluarkan Perkataan 'Rakyat'.


Apa yang paling seronok dalam penubuhan Pakatan Harapan (selepas neh akan dikenali sebagai HARAPAN ataupun PH) ialah mereka secara sedar dirinya membuang perkataan rakyat dari nama perikatan mereka.

Bagi rakyat seperti aku tindakan itu perlu kerana pembangkang memang bukan perjuangkan rakyat pun. Terima kasih kerana tidak babitkan rakyat dari segi 'nama/label' dalam political millage korang selepas neh. Kita sama kita tahu kat posisi mana pembangkang Malaysia berdiri. Rakyat selamanya bersendiri. Kita takde tempat paut yang sahih pun. Apa yang ada di hadapan rakyat hanyalah kesempatan, manipulasi, peluang dan salah guna. Rakyat memang selamanya bersendiri.

Hari ini pembangkang memasuki dimensi baru.

- Mereka secara rasminya akui PR terbubar.

- Dengan penubuhan HARAPAN.

- HARAPAN dianggotai oleh ;

1. PKR
2. DAP
3. AMANAH

4. HARAPAN membuka ruang penyertaan kepada parti2 lain untuk menyertai perikatan mereka.

5. Anwar ialah PM pilihan mereka jika PH menangi PRU ke 14 kelak.

Ketika ini, PAS belum memberikan kata rasmi muktamad tentang pendirian mereka mengenai penubuhan HARAPAN.

Apa PR di Selangor?
PR sudah tiada.
Jadi apa itu di Selangor?

Jangan tanya aku. Aku sendiri pun tidak tahu. Kita tunggu kenyataan rasmi pembangkang dalam episode Selangor.

Apa2 pun aku harap selepas dengan penubuhan HARAPAN, pembangkang Malaysia akan perkemaskan lagi methode perjuangan mereka.

Aku mencari kelainan.

Aku taknak pembangkang nama baru tetapi cara mereka membangkang, masih menggunakan kaedah lama.

Aku taknak pembangkang yang suka ponteng sidang dan ada pengikut yang taksub.
Aku taknak pembangkang buat kerja cincai boncai atau buat pendedahan separuh masak.
Dan aku taknak pembangkang jual agama.

Banyak juga di kalangan kawan2 aku bertanya. Tentang pandangan aku mengenai AMANAH. Aku hold pendirian aku tentang AMANAH kerana aku nak melihat terlebih dahulu apa itu mereka dan bagaimana hala tuju mereka.

Dari segi kenalan, jujur aku katakan. Di antara mereka ialah dedikasi. Mereka ada aura mahu perubahan.

Tetapi dari segi parti, aku nampak AMANAH ialah nama baru bagi PAS.

PAS, tanpa hudud.

Dan diri aku ialah seseorang yang tak suka agama dijadikan catur dalam politik. Bukannya salah menjadikan agama sebagai bahan rujukan supaya keputusan politik kita menepati kehendak Islam. Kita kata Islam adil. Jadi bila keputusan politik kita menepati apa yang ISLAM sarankan, maka ianya bermaksud adil.

Akan tetapi ianya menjadi celaru jika kita menggunakan ISLAM bagi memperlihatkan perjuangan parti kita itu suci dan rahmat (pinjam kata-kata Mat Sabu).

Aku tak boleh terima doktrinisasi seperti ini. Aku takan bagi peluang pada parti politik memperbodohkan dan memperjumudkan minda aku. Mereka ada pengikut untuk itu.

Apa2 pun, aku ucapkan selamat berjaya kepada PAKATAN HARAPAN.

Serangan pertama aku ialah ;


Salah satu faktor yang menjadikan wajar ahli parlimen dinaikkan elaun ialah dengan lebihan tersebut mereka boleh membantu rakyat. Point ini diucapkan oleh lidah MP kerajaan dan pembangkang.

Dan aku mendapat tahu, setiap parti utama (AMANAH terkecuali kerana aku tidak tahu) seperti PAS, PKR dan DAP perlu infaq pendapatan bulanan MP kepada parti. Peratusan infaq itu aku kurang pasti (sebenarnya aku malas nak elobrate, hehe).

Tetapi moga2 infaq korang ke atas parti itu boleh la parti gunakan untuk bantu rakyat, tak gitu ke?

Hehe.

Oleh kerana dah alang2 korang mendapat 'rezeki terpijak' pada bulan ini, aku cadangkan ahli2 parlimen bersiap sedia dengan jadual parlimen pada sesi mendatang.

Jangan ponteng, lagi. 

Jangan bagi alasan jadual korang clash, lagi.

Sekalipun korang semua boleh cakap besar bahawa itu wang gaji korang dan korang berhak ke atasnya (berhak ke? Bos = rakyat yang naikkan gaji korang tak diberikan hak untuk undi di parlimen pun, korang undi kenaikan gaji korang sendiri lagi la ada kan?) tetapi bukan la bermaksud rakyat takde hak nak amek duit tue dari poket korang.

Rakyat boleh amek melalui dua cara.

Pertama. Tidak undi kau lagi.
Kedua. Terus amek dari kocek korang. Sebab korang gunakan rakyat sebagai alasan kenaikan gaji, remember?

Jadi pandai2 la hidup sebagai pembangkang lepas neh. Jadi la MP yang layak terima kenaikan elaun kerana melaksanakan tanggungjawab. Jangan makan gaji buta.

Kbai.

Isnin, 21 September 2015

Anak Panda - Malaysia Kena Bayar US 600,000 Kepada China.


600k US dollar tau.

Bayaran sewaan itu merujuk kepada nilai seekor anak panda semata-mata. Kalau dua ekor, tiga ekor, empat ekor lain kira.

Bagaimana dengan kos makan?
Kos penjagaan?
Kos kesihatan?

Itu pun citer lain gak. 

Almaklumla. Kita petik duit dari pokok. Mana la heran bab jimat cermat neh kan.

Kah Kah Kah

Laporan oleh THE SUN.
Malaysia has to pay US$600,000 to China for each panda cub that is born here after 12 months and return the cub to China when it is two years old, Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar said.
This is stated in the Malaysia-China Giant Panda International Conservation Agreement programme, in which two giant pandas, Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang), were loaned to Malaysia for 10 years, he told a press conference at the Giant Panda Conservation Centre here at Zoo Negara after making an official visit to the zoo.
"No, the pandas do not belong to Malaysia, even if it was born in Malaysia.
"We have to return the panda cub to Chengdu, China, after two years. We also have to give a gift for the birth of the panda, that is pay US$600,000 for each panda cub that is born here," he added.
"Even to name the panda cub, we need China's approval as per the agreement," Wan Junaidi said, adding that the ministry will organise a naming contest for the cub like the one held to name its parents.

Katanya ;

1. Malaysia kena pulangkan semula setiap anak2 panda yang dilahirkan di negara neh. Memang itu ada disebut dalam perjanjian.

2. Dan ianya perlu dipulangkan selepas 2 tahun.

3. Dan ketika nak memulangkan, kena sediakan hadiah.

4. Hadiah itu ialah wang US600,000.

5. Nak bagi nama anak PANDA pun kena tunggu kelulusan CHINA.

Lepas dua tahun kalau ringgit mengukuh, mata wang dollar jatuh takpe la. Kalau lepas dua tahun ringgit semakin jatuh, meroyan gak nak bayar US600K tu. Tahun 2014, 600k US tue persamaan 2 juta ringgit kita. Now berapa? 

2.5 juta beb. 

Nasib China kata bayar lepas 2 tahun. Ada la harapan nak naikkan balik ringgit kita.

Dalam bisnes neh, CHINA memang bijak dan yang bahlolnya kerajaan kau neh. Dah tahu takde duit, sesak sana sesak sini sampai kena potong macam2 peruntukan tetapi sanggup pula dok menyara dua ekor panda.

Kos makan je cecah puluhan ribu sebulan.

Masa nak ubahsuai zoo negara bagi menempatkan panda, Malaysia memperuntukkan 25 juta ringgit. Rujuk Awani.

Setahun 1.5 juta dah buta2 'letgo' untuk sara 2 ekor panda. Itu 2 ekor aje tau. Tak masuk yang baru lahir tue. Kiraan dah jadi lain.

So fikir la. Di zaman negara kita bising potong subsidi sana sini apa bagai tak ke macam setan perangai dorang bila sanggup bela panda 2 ekor tue? Bukan benci pada panda tapi benci pada pemimpin negara yang buat keputusan tanpa memahami risikonya kepada rakyat.

Dah kaya, berkemampuan apa semua takpe juga buta2 nak buang duit untuk jaga panda. Tapi rakyat menanggung impak dari tindakan di atas. Macam-macam impak. Pemahsuhan subsidi minyak paling ketara, di ikuti dengan pelaksanaan GST dan kenaikan kos sara hidup. Bagi sektor awam, peruntukan dipotong dan kini mereka bergerak dengan bajet yang terhad.

Memang tak boleh blah bapak angkat si panda neh. Menyusahkan rakyat je dia pandai. 

Huhu.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...