Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Julai 2014

Beberapa Masalah Di Selangor Yang Wakil Rakyat Selangor Perlu Tumpu - Bukan Gila Kuasa Pasal Jawatan MB.

Isu mengenai jawatan MB. Ada solution dia. Jika Shamsul tak suka sangat, jika Azmin tak mahu sangat, jika Zuraidah sakit ahti sangat, jika Wan Azizah ialah penganti yang layak sangat, maka buatlah satu usul undi tidak percaya di DUN Selangor untuk singkirkan Khalid secara terhormat.

Semua yang menjadi adun boleh mengundi sama rata.

Baik adun PKR, PAS dan DAP.

Undi la korang bagai nak rak. Jika Khalid kekal atau Khalid disingkirkan maka itula keputusan yang perlu diterima oleh rakyat Selangor. Jika rakyat Selangor protes pada tindakan itu maka rakyat Selangor boleh membuktikan protes mereka pada pilihanraya yang mendatang. Tak guna korang bercakaran di media sosial dan portal online. Rakyat jelak, jemu, menyampah dan rasa nak muntah.

Jadi jujur pada diri sendiri. Tak payah nak temberang untuk jaga ahti. Alih2 kerjanya dok mengumpat orang akibat hak untuk bercakap benar, menjadi jujur dinafikan oleh tindakan diri sendiri. Aku perhatikan ramai geng2 PR takut menjadi jujur atas alasan nak menjaga ahti dan tidak mahu BN nampak PR berpecah-belah. Orang kata ego mao jaga. Tapi apa la sangat ego-ego itu jika ia akhirnya tak membawa kita ke mana-mana hala.



Terlalu focus mencari salah Khalid. Sampai lupa bahawa ramai rakyat tertindas di bawah pemerintahan PKR di Selangor. Di Selangor double tertindas.

- Ditindas oleh polisi yang zalim oleh kerajaan BN selaku kerajaan pusat.

- Ditindas juga oleh polisi yang zalim oleh PR selaku kerajaan negeri.

Ingatkan bila dah undi PR keadaan di Selangor menjadi lebih baik. Tetapi hakikatnya keadaan yang baik itu tidak bertahan lama apabila masing2 mula bercakaran isu MB yang sudah berlarutan hampir 2 tahun lamanya. Cuma sekarang neh nampak lebih parah selepas agenda #kajangmove dan bila hari2 media menghiglightkan kenyataan2 oleh pimpinan PKR dan adun2 nya bahawa mereka mahu Khalid berundur sebagai MB. Bahkan cakap besar pula yang kononnya kerusi MB itu milik PKR. 

What the hell is that.

Kerusi MB bukan milik mana2 partisan pun. Bukan kira minoriti atau majoriti. Kerusi MB layaknya diduduki oleh orang yang boleh buat kerja untuk serve rakyat Selangor. Siapa orang neh? Rakyat Selangor nampaknya tidak diberikan fully access untuk memilih siapa MB mereka. Apa yang berlaku ialah mereka mengundi. Mana2 parti yang menang secara majoriti akan diberikan hak untuk memilih seseorang di kalangan mereka untuk diangkat menjadi MB. Maka disinila rakyat Selangor akan perhati. Adakah dia boleh buat kerja atau teruskan track record lama kepimpinan terdahulu.

Jadi. Suka ataupun tidak, cuba hormati rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai kerajaan pada PRU yang lepas dengan tidak bergaduh2 pasal kerusi MB menggunakan media sebaliknya selesaikan masalah berbangkit melalui mesyuarat dan usul undi tidak percaya. Saluran untuk menyelesaikan sudah ada. Kenapa heret media dan permainan persepsi disini? Rakyat terima ke atau rakyat tak terima sekalipun, sesiapa pun jadi MB rakyat takde hak nak menolaknya on the spot. Ianya hanya boleh dibuat dalam PRU semata2. So, apa yang geng2 PR nak takut? Buat aje la usul undi tak percaya bila korang bising sangat cakap Khalid tue teruk nak mampos.

Aku pun teringin juga nak tengok penganti Khalid tadbir Selangor. Adakah dia betul2 baik nak mampos ataupun sebenarnya teruk nak mampos juga macam Khalid yang dikata2.

Ada beberapa masalah di Selangor yang baik Khalid, baik adun2 PKR dan PR tak respon secara kolektif jauh sekali menyelesaikan masalah berbangkit sebaliknya menyalahkan BN setiap masa setiap saat dan setiap kali mereka bernafas.

Ada dua isu pasal bazar ramadhan. Aku tengok lokasi berbeza2. Pada mulanya aku sangka ia satu isu yang sama. Tapi bila aku melihat kepada lokasi, nampaknya ia di lokasi yang berbeza maka baru aku tahu rupa2nya ia dua isu yang berbeza.

Perobohan bazar ramadhan di Taman Putra, Kajang.


- Bazar kena roboh walaupun belum meniaga.
- Duit sewa antara rm600 hingga 1,000 lenyap begitu sahaja.
- Bazar dibuat atas private land.
- Dan MPKJ merobohkan bazar.
- Alasan MPKJ ialah tidak mematuhi piawaian peraturan perniagaan yang ditetapkan oleh MPKJ.
- Operator bazar ramadhan dah usaha berkali2 untuk memastikan mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh MPKJ tapi nampaknya seperti ada cubaan sabotaj untuk memastikan bazar ramadhan itu GAGAL. Bahkan. Siap cuba mendapatkan bantuan adun lagi.

Yang sebenarnya. Adun tiada kuasa untuk ;

- Campurtangan
- Tentukan
- Larang atau halang

Mana2 perobohan yang akan dijalankan oleh PBT. Jika selama neh korang nampak geng2 ADUN BN yang berupaya campurtangan itu adalah kerana MEREKA DAH LANGGAR BIDANG KUASA MEREKA.

Adun. Peranan dia menasihati dan mengambil peduli masalah yang dihadapi oleh penduduk dan di kawasan yang dia wakili. Namun. Apa yang berlaku di Taman Putra, Kajang, bukan kawasan Wan Azizah pun. Walaupun MKPJ yang robohkan. Cuma kat sini, sebagai adun, sekurang2nya ko boleh buat lebih dari sekadar menasihati memandangkan kerajaan negeri adalah datang dari parti yang sama. Baik adun, baik exco dua2 gagal mengembalikan hak kepada peniaga tertindas di Taman Putra, Kajang. Then alih2 salahkan BN bila mereka dapat millage politik. Salah sendiri yang tak nampak. Tak cekap uruskan masalah tapi BN yang dipersalahkan.

Perobohan karnival bazar ramadhan di Bandar Baru Bangi.

 

- Bazar kena roboh walaupun belum meniaga.
- MPKJ juga yang robohkan bazar.
- Alasan MPKJ ialah pengendali aka operator telah melakukan penipuan dan pemanipulasian dari segi permohonan permit.
- Mereka tidak memohon permit untuk membuka bazar ramadhan.
- Apa yang diluluskan oleh MPKJ ialah permit untuk juadah. Which is aku sepatah haram faham apa maksud permit untuk juadah itu.
- Maka disebabkan wujud unsur2 penipuan dan keraguan, MPKJ dengan segera telah melakukan kerja2 perobohan.
- Pihak AJK masjid amat kesal dengan perobohan tersebut kerana mereka anjurkan karnival bersama pihak operator untuk mencari dana bagi membiayai pembinaan masjid Al Hidayah.

Yang tersebar di laman sosial.


Adun Bangi boleh tampil menafi la kalau kandungan wassap ini fitnah ataupun wujud unsur2 pemanipulasian maklumat.

Tapi kemon la. Isu pasal bazar ramadhan neh boleh diselesaikan jika ada campurtangan dari exco negeri dan mereka2 yang berauthoriti di kerajaan negeri. Bukannya masing2 dok kerah tenaga nak lawan ataupun nak pertahankan kedudukan MB. Kalau hal kecik pun tak boleh settle nak citer pasal masalah besar? Memang bangang ah puak2 PKR neh kan.

Yang pasal masjid tue, kalau isu permit jadi alasan maka keluarkan la permit. Kalau isu menganggu jalan jadi alasan, maka kerajaan negeri keluarkan peruntukkan untuk bagi dana kepada masjid yang memerlukan. Ke, kita nak bantu orang ikut warna politik juga. Kalau UMNO jangan bantu. Kalau PR baru bantu. Itupun kalau PR yang jenis menjilat dan membodek baik punya. Ye tak?

Yang pasal bazar tue pula, apa salahnya bagi mereka kelonggaran selama sebulan ini untuk meniaga. Lepas tue pastikan ia tak berulang lagi di masa2 mendatang. Pihak operator diminta jangan menjalankan apa2 karnival tanpa permit meskipun di atas private land tanpa keizinan majlis. Aku faham juga. Nak buka bazar neh perlu melalui proses yang sistematik. Nanti satgi peniaga jual makanan basi, rosak, macam mana? Peniaga tak patuhi undang2 kebersihan yang sepatutnya macam mana? Lepas habis meniaga, sapa nak kutip sampah pula. So ada banyak proses yang perlu dipeduli. Hal2 teknikal yang kita tak nampak tapi ianya perlu dipatuhi bagi memastikan piawaian perniagaan itu dipatuhi untuk melindungi hak pengguna.

Ini apa pula?


Sistem letak kereta berkupon di Pandaraman. Gagal patuhi amaran, saman rm300 menanti. Woahh.. di satu sisi penyokong2 PR akan bercakap. Nak mendidik rakyat agar parking dengan betul menggunakan sistem kupon. Penyokong2 BN pasti sentap. Jika perkara yang sama dilakukan oleh BN maka penyokong2 PR akan memakai hujah2 penyokong2 BN pula dalam isu tersebut. Nampak tak permainannya disitu oleh kedua2 penyokong partisan ini?


Ini satu lagi masalah berbangkit yang tidak ditanggani dengan baik oleh kerajaan negeri Selangor dan wakil2 rakyatnya.

Dan mereka bercakap pasal TRANSPARENCY dengan kita.

Sejauh mana TRANSPARENCYnya mereka itu jika hal2 kebajikan rakyat Selangor tertindas menjadi no 3 atau 4 selepas isu kerusi MB, bolot projek dan jawatan2 di Selangor?

Jawapannya. Lue tengokla cara setiap wakil2 rakyat di Selangor buat kerja dan lue nilai sendiri. Yang baik tue baik la. Yang bagus tue bagusla buat kerja. Yang tak baik pun ada. Yang gila jawatan pun ada. Yang mengata kawan tue tak buat kerja dan dalam waktu yang sama dia pun tak buat kerja pun ada.

Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Rujukan : sini, sini dan sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...