Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 11 Julai 2014

Kadar Faedah Naik - Check Bayaran Bulanan ASB Dan Loan Perumahan Masing2.

Ya.

Ia akan terkesan kepada pinjaman sedia ada. Bukan pada pinjaman baru semata2. First time baca berita tersebut di Malaysiakini pun aku rasa perkara yang sama tapi aku nak tunggu dulu untuk dapatkan informasi pada member2 yang memang pakar mengulas dalam isu ekonomi, perbankan dan kewangan neh.

Then. Memang dah dipastikan oleh rakan2 aku. Beberapa bank juga dah start informing peminjam2 mereka atas isu berkaitan seawal bulan lepas lagi. Pengumuman yang dibuat oleh Zeti ialah pengumuman rasmi tapi secara tak rasminya pihak2 BANK sudah tahu akan ada kenaikan kadar faedah tersebut sebelum ia dilaporkan oleh pihak media tempatan.

Apa yang berlaku ek?

Baca jap ;

So, kadar faedah naik juga terpakai untuk pinjaman sedia ada. Apa istilah ekonomi yang merujuk keadaan ini ek? Fixed and flexible rate kan? Fixed = kadar faedah tetap. Flexible rate = kadar faedah berubah2. Fixed = kadar faedah tetap, andai BNM mengumumkan bahawa mereka akan turunkan kadar faedah, yang meminjam ikut mode FIXED, tetap perlu membayar ansurans mengikut kadar faedah yang telah ditetapkan ikut perjanjian mereka. Berbanding flexible rate. Jika kadar diturunkan, jumlah pinjaman bulanan akan dikurangkan. Tapi jika naik? Mampos la nak membayarnya. Ini risiko yang perlu ditanggung. Tapi setahu aku, ISLAMIC BANKING guna kadar FIXED. Bukan FLEXI. Dan ramai di antara kita cenderung kepada ISLAMIC BANKING. So mungkin ramai la yang takan terjejas. Tetapi yang meminjam ASB akan menghadapi sedikit perubahan. Panjangkan tempoh bayaran ataupun lebihkan bayaran bulanan.

Ada yang cakap. BNM buat ini bagi mengurangkan jumlah peratusan isi rumah yang membuat hutang. Terutamanya yang membabitkan kad kredit. Aku fikir itu satu langkah yang bijak. Ini kerana tak sedikit jumlah mereka2 yang diisytiharkan bankrupsi akibat penggunaan kad kredit. Tapi kenapa babitkan ASB dan PINJAMAN PERUMAHAN? Tahu tak harga rumah kat Malaysia neh dah macam GILA? Tahu tak rakyat MALAYSIA separuh gila kerja bagai nak mati untuk membayar ansurans rumah? Itu bagi yang dah ada rumah. Bagi yang takde plak? BAGAI SEPARUH GILA TENGOK HARGA RUMAH MAHAL NAK MAMPOS.

So kalau BNM nak buat polisi, maka tolongla buat polisi yang disesuaikan dengan kemampuan rakyat Malaysia. Jangan lari laju sangat. Gaji rakyat berjalan macam siput babik jek. Korang plak naik LRT. Lepas tue ajak orang berlumba. Siot betul la.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...