Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Mei 2014

Muhammad Nabi Bersumpah Dia Ahli PAS, Tunjuk Bukti Keahlian.


Menafikan dia ahli UMNO. Dan menunjukkan bukti dia ahli PAS. Sambil menguatkan dakwaan tersebut dengan ucapan sumpah.

PERGGHHH

Saiful patut berbangga. Sumpah dia di ikuti ramai orang sekarang neh. Asalkan dah bersumpah confirm la kenyataan itu benar.

KAH KAH KAH

Pada aku. Lantakla dia ahli apa pun. Yang penting PAS tak bagi dia watikah untuk bertanding di Bukit Gelugor. Dia bertanding secara bersendirian tanpa sokongan parti. BEBAS. So peduli la dia ahli parti apa pun. Yang penting masa berkempen dia tak jaja dan bawa bendera parti. Masa pangkah kertas undi kita tak pangkah simbol PAS. Apa ada hal ye tak?

Pengakuan Muhammad Nabi Bux di bawah ;

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya.

Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno.

“Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno.

“Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mungkin ada pihak beranggapannya sebagai ahli Umno kerana ada ahli parti itu yang mengikutkan pada hari berkenaan.

“Mungkin yang ikut saya hari itu orang Umno, tapi saya tak kenal, itu bukan masalah saya. Saya bersumpah, sehingga hari ini, saya masih ahli Pas yang sah,” tegasnya.

Beliau turut bersedih apabila pemimpin tertinggi Pas sendiri menuduhnya bukan ahlinya sedangkan menyertai parti itu sejak 1998.

“Mungkin ahli Pas di negeri ini tidak kenal saya tetapi saya yakin, pemimpin tertinggi kenal saya. Saya masih tidak berubah wajah. Jika masih ada yang ragu-ragu lagi, mereka boleh rujuk kepada Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

“Saya sangat terkilan dan dukacita dengan pemimpin tertinggi Pas yang sanggup memfitnah ahli sendiri semata-mata mahu menjaga hati beberapa orang pemimpin DAP. Saya tidak kisah jika mereka tidak mahu bantu saya, tetapi jangan tuduh saya macam-macam,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nabi Bux menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK Bukit Gelugor atas tiket Pas selepas mendaftar sebagai calon di pejabat SPR, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beliau mengakui belum meminta kebenaran dari pemimpin Pas Pusat berhubung perkara itu.

Mengenai dakwaan itu, Mohamed Nabi Bux mencabar pemimpin Pas supaya membuktikan tindakannya yang ingin bertanding di PRK Bukit Gelugor itu melanggar mana-mana peraturan perlembagaan Pas.

“Saya cabar kepada pemimpin yang tuduh saya, tunjukkan bukti yang saya ada melanggar mana-mana peraturan parti setelah saya daftar sebagai calon untuk bertanding.

“Terus terang saya katakan, jika bukan saya ahli Pas, mengapa ada tiga ahli Pas yang sudi bantu saya membayar deposit calon tempoh hari? Malah, ada seorang ahli Pas dari Kedah sudi bantu saya buat poster untuk berkempen. Mustahil mereka ahli Pas mahu bantu saya jika benar saya orang Umno,” katanya. -SH-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...