Esok mungkin ada lagi 15 laporan polis oleh NGO apa2 tah.
Lusa dan tulat begitu juga agaknya.
Seterusnya setiap hari mungkin ada je orang buat laporan polis bagi mempertahankan Rosmah Mansur.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Kata dorang ;
15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban berhubung dengan tindakan seorang pengguna Facebook bernama Syed Saifullah yang dikatakan menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata laporan polis itu dibuat untuk menggesa pihak polis mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook tersebut.“Facebook bernama Syed Saifullah menghina dan mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan mengatakan pesawat yang dinaiki Datin Seri Rosmah terhempas dan meletakkan foto mayat berkecai.“Ini merupakan hasutan untuk membenci pemimpin negara. Ia perlu dibendung agar pihak lain tidak menggunakan Facebook untuk memfitnah pemimpin negara.“Kami menggesa polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dan mengambil tindakan keras dan mendakwa pemilik akaun Facebook tersebut.“Tindakan tegas perlu diambil agar perkara seperti ini tidak berulang dan memberi pengajaran kepada masyarakat. Perbuatan ini memalukan rakyat Malaysia.“Saya yakin seluruh rakyat negara ini marah dan kecewa dengan pihak yang menyebar fitnah menggunakan medium laman sosial,” kata Razali.Razali berkata isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana satu Malaysia mendapat malu.Selain GMPN, antara NGO lain ialah Majlis Ayahanda Negeri Sembilan, Persatuan Silat Merongmahawangsa, Kelab Veteran Tentera, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Umno Cawangan Rasah Jaya, Umno Tampin, Persatuan Belia Gagah Malaysia, Pertiga, Pertubuhan Islam Gabungan Amal dan Al Ehsan.
Kata aku ;
1. Tetiba je nama2 NGO yang tak pernah didengari selama neh menjadi wujud.
2. Tetiba je Rosmah Mansur jadi pemimpin negara.
3. Tetiba je seluruh rakyat marah dan kecewa bila Syed trolling Rosmah.
HAHAHA..
Lantak korang la. Yang aku nak tahu satu aje. Apa beza penyokong2 PR trolling Rosmah dengan penyokong2 BN trolling pemimpin2 PR?
Cuba jawab sikit.
Kalau trolling bab kematian itu jahat nak mampos sangat bagaimana pula dengan trolling TGNA dah meninggal dunia?
Tolong bagi ulasan sket. Bukan apa, senang la kami nak mengelak apa2 yang patut di kemudian hari.
KAH KAH KAH