Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 17 Disember 2013

Syiah - Mat Sabu Saman Zahid Hamidi.


Nampaknya Mat Sabu amek tindakan drastik untuk membersihkan diri dia daripada sebarang pertuduhan kaitan dia dengan fahaman syiah. Ini juga membuktikan yang Mat Sabu benar2 mahu membebaskan diri dia dari persepsi yang beranggapan dia menganuti fahaman syiah.

Kaitan antara Mat Sabu dan syiah sebenarnya dah lama berlaku. Even orang2 PAS pun ada yang mempercayai dan mengatakan bahawa Mat Sabu ialah penganut fahaman syiah.

Dengan langkah keras dan tegas dari Mat Sabu ini dapatlah memberikan tanggapan sekurang2nya Mat Sabu mahu membersihkan kembali imej nya dan dia bukan la penganut fahaman syiah.

Apa pun kita tunggu keputusan mahkamah. Kalah atau menang, Mat Sabu syiah atau bukan, biar ia diselesaikan dan ditentukan melalui jalan undang2 oke.

Berita berkaitan ;
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan beliau dengan fahaman Syiah.

Mohamad berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada panel peguam Pas untuk tindakan selanjutnya ke atas Ahmad Zahid yang menuduhnya terlibat dengan fahaman Syiah, satu ajaran sesat yang mengancam keselamatan negara.

"Saya telah ambil keputusan untuk menyerahkan kepada peguam untuk ambil tindakan mahkamah terhadap Ahmad Zahid saja.

"Pada masa ini peguam saya akan failkan saman ke atas Ahmad Zahid saja kerana bagi saya Ahmad Zahid adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan beliau ke atas saya didasari niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...