Semua benda yang melibatkan wang sejak akhir2 neh naik dan naik secara mendadak serta berjemaah kat Malaysia neh. Tetapi perkara tersebut tidak pula membabitkan dividen ASB. Semalam ASB mengumumkan kadar dividen yang diagihkan kepada pemilik2 saham ASB.
Dan kalau baca apa yang disediakan oleh portal BeritaSemasa, rujuk sini ;
Kalau ikut patern yang dikaji oleh penulis portal tersebut kita dapati bahawa ;
- Dividen 2012 : 7.75 + 1.15 Menjelang PILIHANRAYA (Dividen naik)
- Dividen 2011 : 7.65 + 1.15
- Dividen 2010 : 7.50 + 1.25
- Dividen 2009 : 7.30 + 1.25 Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
- Dividen 2008 : 7.00 + 1.75 Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
- Dividen 2007 : 8.00 + 1.00
- Dividen 2006 : 7.30 + 1.25
- Dividen 2005 : 7.25 + 1.75 Selepas PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
- Dividen 2004 : 7.25 + 2.00 Tahun PILIHANRAYA (Dividen Kekal)
- Dividen 2003 : 7.25 + 2.00
- Dividen 2002 : 7.00 + 2.00
- Dividen 2013 : 7.70 + 1.00 Selepas Pilihanraya (Dividen Turun)
- Dividen 2001 : 7.00 + 3.00
- Dividen 2000 : 9.75 + 2.00 Selepas Pilihanraya ( Naik)
- Dividen 1999 : 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa) Tahun Pilihanraya (Naik)
- Dividen 1998 : 8.00 + 2.50
- Dividen 1997 : 10.25 + 1.25
- Dividen 1996 : 10.25 + 3.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
- Dividen 1995 : 10.0 + 3.00 Tahun Pilihanraya (Naik)
- Dividen 1994 : 9.50 + 4.50
- Dividen 1993 : 9.00 + 4.50
- Dividen 1992 : 7.50 + 5.00
- Dividen 1991 : 8.50 + 4.00 Selepas Pilihanraya (Naik)
- Dividen 1990 : 8.00 + 6.00 Tahun Pilihanraya
1. Sudah dua kali selepas PRU, dividen ASB turun.
2. Semasa dan sebelum PRU ia naik.
3. Selepas PRU ia turun.
Ini mungkin satu kebetulan. Boleh jadi juga. Tapi boleh jadi juga ia memang disengajakan.
Hahaha..
Apa pun ada satu benda sahih berlaku tiap2 tahun samada selepas PRU mahupun sebelum PRU. Kualiti hidup rakyat menurun. Itu yang pasti. Samada selepas PRU ke sebelum PRU ke sejak2 Paklah dan kini Najib memegang tampuk pemerintahan, kualiti hidup rakyat memang menurun. Bahkan menurun dengan banyaknya. Itu patern yang confirm sahih dan fakta beb.
KAH KAH KAH