Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Disember 2013

Rosmah Mansur Sambut Hari Jadi Lagi - Kali Ini Di Seri Perdana.

Sebelum neh mama Rosmah kita yang cun melecun hebat mewah terbaik banyak jasa pada negara, berkorban apa saja untuk rakyat, wanita besi dan sebagainya ini telah pun diraikan dalam satu majlis hari jadi yang gilang gemilang dan kelihatan nya agak mewah.

Rujuk sini => http://sozcyili.blogspot.com/2013/12/gambar2-majlis-sambutan-hari-jadi.html

Kali neh aku tengok tersebar satu lagi gambar mengenai majlis hari jadi mama Rosmah yang akan berlangsung pada malam ini = 16 Disember 2013.

Perghhh.

Lihat gambar yang berlegar2 di media sosial sekarang neh ;

 
Amboi Mama Rosmah. Tak hagak2 you sampai sambut dua kali. Jemput aku ke tak neh? Kalau jemput rasa macam nak pergi je. Boleh la juga sekali sekala makan beradap dengan Mama Rosmah kan. I kan peminat dan pemuja setia mama Rosmah. Semua orang tahu kot.

KAH KAH KAH

Apa pun beberapa persoalan terbit dalam minda aku neh. Siyes.

1. Sambutan di Seri Perdana. Seri Perdana kediaman rasmi perdana menteri.

2. Sambutan ini gunakan duit rakyat ke tidak? Ini majlis peribadi. Tapi mungkin la juga PM akan gunakan elaun keraian yang dia ada. Tetapi bukan kah elaun keraian ini hanya terpakai untuk acara2 atau majlis2 yang berbentuk kekerajaanan? Sambutan hari lahir Rosmah tak nampak macam majlis yang berbentuk kekerajaanan pun, kan?

3. Majlis neh berskala kecil, serdahana ataupun besar? Sudah tentulah rakyat mahu tahu memandangkan yang bayar bil elektrik dan air rakyat juga.. bukan berkira, jangan marah ahh.. tapi rakyat terpaksa ambil peduli memandangkan menteri start berkira dulu pasal subsidi dengan rakyat..

Hehe..  

4. Lebih baik kalau kerajaan boleh keluarkan official statement pasal perkara ini memandangkan mama Rosmah Mansur terkenal dengan ikon pemborosan 1Malaysia. Rakyat mahu tahu adakah majlis2 ini membabitkan wang rakyat ataupun tidak. Jika tak babitkan wang rakyat takpela. Rakyat anggap je la depa hadiahkan mama Rosmah bil elektrik dan air satu hari di Seri Perdana sebagai hadiah hari jadi. Tapi jika ia babitkan wang rakyat, Najib perlu jawab. Apa kena mengena plak sambutan hari lahir mama Rosmah dengan rakyat plak. Betul tak?

Minta tolong la ek. Rakyat mahu kan jawapan.

Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...