Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Disember 2013

Penyokong UMNO Kantoi Lagi - Pahang Akan Siasat Aduan Songlap Bantuan Banjir.

Bagus.

Ini yang aku raikan neh. Bila kita bagi aduan depa siasat. Bukan nya macam sesetengah orang. Bagi aduan je, lepas tue kerja dia tuduh2 kita. Fitnah2 ke. Cuba ko buka sikit minda ko tue. Bila orang bagi aduan, siasat dulu la. Orang pun bukan suka2 nak tuduh. Ingat ada masa ke nak buat kerja2 bodoh tue semua. Penat weh. Orang tengah sibuk menghadap banjir kot. Fikir masalah2 penting. Sapa ada masa nak buat fitnah2 bodoh lagi bangang di saat kepala hotak serabut dilanda masalah? Lue otak kasi service la sikit. Masuk la mana2 hospital, makan ubat supaya lue boleh jadi orang normal ma. Ikhlas aku cakap neh. Khas untuk orang2 UMNO oke..

KAH KAH KAH

Baca ;







Respon dari pihak berkaitan ;
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang, Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail akan meminta pegawainya menyiasat dakwaan bahawa barang keperluan harian di pusat pemindahan banjir tidak diagihkan dengan betul.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar, bekalan yang disimpan akan diuruskan pihaknya sendiri kepada mangsa yang memerlukan.

“Sekiranya bekalan tersebut tidak mencukupi untuk keperluan mangsa-mangsa di pusat pemindahan, kita akan meminta penambahan stok bekalan daripada kerajaan negeri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berharap, pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengagihkan bekalan itu, menjalankan amanah yang diberi dengan telus.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/siasat-dakwaan-barangan-keperluan-tidak-cukup-1.228804

Pelan tindakan.

1. Siasat semua laporan yang timbul. Aduan dari orang ramai perlu di ambil perhatian. Jangan pula main gertak2 depa. Kang depa malas nak berkata2 benar oke.

2. Lepas tue umumkan hasil siasatan. Kalau salah, katakan terus terang. Salah. Kalau betul, katakan terus terang ia benda betul. Samada yang mengadu tersalah sangka ataupun si pengagih bantuan tue betul2 lakukan bantuan terpilih, dedah semua. Supaya masing2 diberitahu jalan cerita yang sebenar. Jika rakyat salah, kita akur. Jika yang salah tue di pihak yang uruskan bantuan, mereka juga harus akur.

3. Kalau benar wujud salah laku dalam urusan agihan bantu, hukum mereka2 yang terlibat. Ini bagi menjaga kredibliti kerajaan sendiri.

4. Jika tidak, kes yang sama akan berulangan dan mungkin orang2 yang sama akan songlap dengan cara lain pula, dan ini akan menyebabkan nama UMNO dan BN terpalit tak pasal2 sebab masih mengekalkan mereka2 ini dalam kesatuan korang..

Apa pun kita ucapkan terima kasih kepada pihak2 yang berlapang dada dengan aduan rakyat dan bertindak untuk menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam. Ini yang kita mahukan. Tapi jangan buat kerja separuh jalan yer. Harus siasat habis-habisan. Dan umumkan hasil siasatan..

Terima kasih.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...