Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Disember 2013

Menteri Kata Khemah Tak Sesuai, Mangsa Banjir Beli Khemah Sendiri.

Mereka beli khemah sendiri rupanya. Dari harga rm40 untuk sebuah khemah sampai la kepada harga rm240. Alah kesian nya. Sudahla rumah habis belaka dek banjir. Barang rosak lagi. Kereta pula dimasuki air. Berapa pula nak berhabis repair kereta. Ini kena keluarkan duit sendiri untuk beli khemah?

APA JADAHNYA MANGSA BANJIR DILAYAN SEBEGINI RUPA?

LOW CLASS betul la sistem bantuan mangsa banjir di Malaysia neh. Ini betul2 BULLSHIT.



Nak tahu apa alasan yang dikemukakan oleh menteri kita?

Baca bawah sat ;




Point menteri kita ;

1. Penyediaan khemah untuk mangsa banjir tak pratikal di negara ini.

2. Namun menteri akan sedia mempertimbangkan la penyediaan khemah untuk ibu2 yang menyusu anak.

3. Jika mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan, maka tilam lebih pratikal daripada khemah.

4. Mula2 rakyat suruh sediakan khemah, tah2 lepas neh depa minta sediakan aircon pula..

5. Yang kita lihat orang tinggal di pusat banjir tak lebih dari 5 hari, apa jadahnya kita nak bekalkan khemah ataupun tilam yang empuk untuk mangsa2 banjir ini? (** untuk rekod, idea sediakan tilam tue idea dia, lepas tue dia kondem idea dia sendiri).

6. Jadi saya rasa kita patut sediakan tilam yang nipis. Kalau tilam tebal susah nak uruskan.

7. Sekarang kita ada 18k mangsa banjir. Nak kendalikan tilam ada masalah logistik, trak. 
(** tak faham aku apa point dia cakap macam neh).

Jawapan untuk Shabery Cheek. Kesian aku tengok menteri2 aku berfikir macam neh. Aku bukan kesian kat depa. Tapi aku kesian kat diri aku, rakyat2 macam aku neh hah. Disebabkan kebodohan sesetengah orang, maka sesetengah orang yang lain, yang takde kaitan turut sama terjejas dan terheret dalam keadaan yang sukar.. disebabkan sesetengah pemimpin2 di negara ini kurang pandai berfikir dan menguruskan sesuatu dengan cekap.

Pertama. Kita sudah set pusat2 pemindahan banjir. Maksudnya kat sini, pusat2 pemindahan banjir itu sudah ditentukan terlebih dahulu. Jadi masalah logistik ke apa ka dah tak timbul sebab apa yang perlu kerajaan buat ialah terus sediakan peralatan2 untuk mangsa banjir di kemudian hari di pusat pemindahan banjir. It means, nak guna aje, sudah ter-sedia ada di pusat penempatan banjir tanpa banyak citer.

Kedua. Khemah takde tarikh luput. Hanya perlu dijaga dengan baik. Jangan sampai ada yang hilang dan rosak dalam jagaan. Ini masalah amanah. Lantik mereka2 yang ber-amanah untuk jaga harta benda awam.

Ketiga. Panas juga merupakan satu isu. Jangan anggap hanya kerana mereka rakyat ko nak layan mereka macam ko layan sampah beb. Menteri pun tahu nak upgrade kemudahan dan gaji diri sendiri, so rakyat tak boleh di upgrade dari takde khemah kepada ada khemah? Dari takde kipas kepada ada kipas? Lue mulut jangan itu macam menteri. Lue ingat walaupun untuk 5 hari rakyat tak berhak ke nak rasa selamat dan selesa di pusat pemindahan banjir?

Keempat. Khemah pratikal. Panas ialah isu jadi panas boleh diatasi dengan sediakan kipas juga. Anak2 perlu berasa selesa sebab keselesaan anak2 akan memudahkan ibu bapa yang sedang kelam kabut dok fikir kerugian dan kehilangan harta benda untuk berfikir dengan betul. Pemikiran ibu bapa yang sedang emosi tidak boleh dikacau. Jadi mereka kena selesakan anak2 supaya fikiran mak bapa tak serabut sekali. 

Kelima. Khemah juga penting untuk salin baju dan sebagainya. Bukan semata2 nak menyusu anak. Menteri tak payah nak mempertimbangkan bagai idea yang sudah tentu2 logik ini. Rakyat dah bagi idea. Tinggal nak laksanakan pun banyak bunyi.

Keenam. Kalau nak sediakan tilam nipis, sediakan la juga. Takde masalah jika kemudahan2 untuk mangsa banjir diperbanyakkan. Lebih baik ada dari tiada.

Ketujuh. Banjir berlaku setiap tahun. Kadang2, 3 atau 4 tahun sekali. Jadi sudah ada pengalaman. Ini benda berterusan. Waima ia mungkin untuk 5 hari saja, ia benda berterusan. Jadi well preparation untuk kemudahan2 bagi mangsa banjir sudah boleh difikirkan. Bantuan banjir sistematik sudah patut diwujudkan. Rakyat tak sabar2 nak balik rumah. Salah satu faktor adalah disebabkan betapa teruk dan tak selesanya pusat pemindahan banjir. Tahu kah anda wahai menteri?

Minta tolong la pada menteri2 semua. Bila bercakap tentang sesuatu perkara tue, terai bincang2 dulu dengan sesiapa yang mampu bagi nasihat yang betul. Ingat, nasihat kena betul. Bukan sekadar nasihat yang baik aje. Setakat orang bagi nasihat baik (bodek) baik tak payah.. 

Wehh neh rakyat dok hentam2 pasal khemah neh apa nak buat.. hah? <-- menteri

Sabar menteri, sabar. Rakyat memang macam tue.. mereka ada aje benda nak dikatakan.. (nasihat baik).

Menteri, sabar. Cuba fikirkan kata2 rakyat itu. Penyediaan khemah memang relevant. Kita turutkan kehendak mereka sebab ini babitkan keselesaan untuk mangsa2 banjir (nasihat betul).

Makanya disini, menteri2 sekalian sudah boleh memikirkan untuk lantik penasihat2 yang bagi mereka nasihat yang betul, bukan nasihat yang baik. In order untuk berhenti dari terus terusan menyusahkan rakyat jelata.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...