Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 November 2013

Rakyat Malaysia Seru Kerajaan Jangan Sembang Kencang Bab Rokok Haram Atau Halal.

Mari sini sekejap pemimpin2 negara. 

Terutamanya orang2 dari kementerian kesihatan. Minta tolong korang baca apa benda yang aku cuba nak sampaikan dulu. Aku sesungguhnya memang tak berpuas ahti la dengan pemikiran korang berhubung rokok halal dan haram neh. Siyes.

Cuba korang tengok dulu sikap korang macam mana. Boleh lihat contoh kes kat bawah neh hah ;



Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=214931218679980&set=a.169365469903222.1073741827.169361723236930&type=1&relevant_count=1

Apa rokok sah?

Apa pula rokok tak sah?

Rokok sah = yang masuk ikut laluan cukai.

Rokok tak sah = yang masuk tanpa cukai.

Tengok berita yang dilaporkan oleh tv3 pula ;



Biar aku jawab ulasan tv3 kat atas neh terlebih dahulu. Cubaan memperbodohkan rakyat jelata yang rata2 TV3 ingat RAKYAT MALAYSIA takde OTAK.

1. Rokok tidak sah ancaman kepada orang2 yang baru nak merokok ataupun yang takde bajet nak merokok. 

2. Kalau beli yang murah mungkin terdedah kepada pelbagai2 penyakit yang sedia ada.

3. Kalau ada kencing tikus, dan mati dia nak rujuk pada sapa.

4. Harga yang murah menyebabkan remaja mudah membelinya.

5. Keuntungan2 dari penjualan rokok tidak sah disalurkan kepada sindiket jenayah.

Jawapan.

1. Ini masalah penyeludupan. Bila kerajaan gagal membanteras penyeludupan maka rokok2 tidak sah boleh bebas masuk terjual di negara ini. Memang la ancaman bila penguatkuasaan tak reti buat tugas dia. Tak betul ke anggapan aku neh?

2. Kalau rokok sah = tidak sah = sama2 membuahkan penyakit, pasal apa rokok sah masih dibiarkan dijual secara berleluasa? Bukan kerajaan dok sembang kencang bab kesihatan rakyat ke?

3. Kalau si penghisap rokok sah mati juga, dia boleh rujuk pada sapa? Ada sesiapa nak bayar pampasan, ganti rugi dan sebagainya? Ini hujah yang memperbodohkan rakyat jelata. Tak kira la rokok apa pun yang depa hisap, kesan dan akibatnya sama saja. Samada rokok sah ataupun tidak sah, bila sesiapa mati angkara rokok jawapannya mati saja la. Terus rujuk pada Allah. Bukan ada special treatment by government pun kalau si penghisap rokok tue mati angkara hisap rokok bercukai.

4. Ya betul, semakin murah semakin mudah la remaja membelinya. So pergi la jalankan penguatkuasa undang2.

5. Keuntungan rokok sah pula disalurkan kepada kerajaan yang rasuah dan penuh dengan pelbagai penyelewengan. Ini bukan fitnah. Rujuk laporan audit tahun demi tahun. Ini fakta tahu tak. 

Apa beza disitu? Satu kumpulan penjenayah yang tak berlesen, satu lagi kumpulan yang juga melakukan jenayah kepada rakyat tetapi berlesen. Sama aje pun.

Kesimpulannya?

Jawapan untuk KKM pula.

1. Sebagai orang yang bertanggungjawab bercerita pongpang2 pasal kesihatan. Apa jadah KKM hanya tumpukan perhatian pada rokok tidak sah?

2. Sepatutnya KKM mencegah dan menghalang sesiapa saja menghisap rokok tanpa kecikkan skop rokok sah ke tak sah ke dan sebagainya sebab asal nama saja ROKOK ia membahayakan kesihatan.

3. Tak silap aku pakar dari negara mana tah penah buat ujikaji yang rokok jenama tertentu ada mengandungi DNA babi. Awat taknak perhalusi kajian tersebut untuk mencari tahu fakta? Awat taknak dedahkan benda tue di akhbar2 arus perdana? Melayu kan jijik gila babi dengan babi?

4. Yang hisap rokok neh sebenarnya bukan ikut agama atau bangsa. Semua orang tahu tue. Tapi bila fatwa tak jalan mungkin babi boleh memainkan sesuatu peranan disitu bagi umat melayu [Islam] . Hehe. Bukan nak cakapla. Tak susah nak jumpa orang2 melayu yang merokok. Tapi senang nak jumpa orang2 cina yang tak merokok. Tak caya sudah.

5. Jika kerajaan prihatin jangan biarkan seinci rokok pun tak kira la sah ke tak sah ke masuk ke dalam negara ini. Abu Chin Peng dorang boleh halang takan la rokok dorang tak mampu sekat?

6. Ini baru betul2 menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Bukan sibuk naikkan harga gula semata2.

7. Yang sebenarnya semua orang tahu kerajaan sembang kencang bab rokok bukan sebab kesihatan.

8. Tapi sebab cukai. Di ulangi, CUKAI.

9. Sengaja menggunakan ayat untuk mislead pemikiran rakyat. Rokok sah la, rokok haram la apa la. Padahal ayat yang sebetulnya adalah rokok bercukai ataupun rokok lari dari cukai.

10. Tak kira lah hisap rokok apa sekalipun, kesan nya kepada si penghisap rokok dan si penghidu asap rokok = sama. Ia memudaratkan dan mendatangkan pelbagai penyakit.

11. Jangan sembang bab kencing tikus pada rokok tak sah la. Ini semua taktik2 propaganda nak memperbodohkan orang je. HARAM aku PERCAYA. Melainkan ko bagi bukti dan fakta yang JELAS disitu oi TV3. 

12. Sepatutnya kempen2 kerajaan mendorong kepada jauhi rokok tak kira la rokok apa2 sekalipun. Sebaliknya dalam sebulan neh boleh tengok kerajaan beria2 canang bab rokok halal dan haram. Bertebaran kempen di laman2 sosial, blog, dan sebagainya.

13. Tak mustahil suatu hari nanti jenama2 rokok yang lari dari cukai ini dibenarkan masuk atas jalan cukai.

14. Korang tunggu dan lihat. Jika korang rasa kerajaan ini cekap, amanah, bersih dan telus, sila tunggu sampai babi boleh terbang.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...