Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 November 2013

Gambar2 Proton Perdana Model Baru Yang Bakal Digunakan Oleh Menteri Malaysia.

Malu beb. Malu.

Sebelum itu geng2 depa juga melalak sakan. Pertahankan Proton kami. Jangan guna product luar. Rakyat Malaysia wajib sokong product tempatan [walaupun kualiti tak setimpal dengan harga]. Nasib baik tak boleh keluar fatwa pasal neh. Kalau boleh silap2 hari bulan ;

Kalau rakyat guna product luar hukum nya haram. Masuk neraka. Berdosa besar.

Nasib baik la sebab tak boleh. Kalau boleh mesti BN keluarkan punya fatwa neh. Bersyukurlah sebab tak boleh.

KAH KAH KAH

Bercakap pasal kenderaan rasmi. Mula2 kerajaan kita nak gunakan Honda setelah mereka sedar diri bahawa kos penyelengaraan Proton Perdana tinggi. 

Tapi selepas melalui pelbagai kecaman demi kecaman dari geng2 sendiri, mereka terpaksa tukar keputusan tersebut. Muka pun dah tebal gile kan. Dulu kemain kutuk PR. Sekali pemimpin ko pun lebih kurang sama peelnya. 

Makanya keputusan untuk menggunakan Honda ditukar kepada menggunakan model Proton Perdana model yang diperkemaskan.

Proton Perdana PRM = Proton Perdana Replacement Model. Macam aku sebut tadi. Proton Perdana yang diperkemaskan dari segi enjin dan rekabentuk.

Lihat gambar sat ;





Namun hasil pembacaan aku, aku mendapati bahawa ;

1. Ia sebenarnya menggunakan chassis Honda Accord yang diperkemaskan dan dilakukan beberapa perubahan dan diberikan nafas baru dengan nama Proton Perdana PRM.

2. Maksudnya kat sini body, model, reka bentuk, enjin, teknologi adalah dari Honda.

3. Namun ia diperkemaskan dan dilakukan beberapa perubahan dan diberikan nafas baru dengan nama Perdana PRM.

4. Usahasama antara Honda - Proton ini menggunapakai teknologi Honda Accord yang sebelumnya, bukan yang terkini.

5. Dan menurut Paultan juga, usahasama neh sebenarnya dah dirancang pada tahun 2012 lagi. Tapi baru sekarang ia direalisasikan.

Pelik gak aku beb. Kalau ko dah decided pada tahun 2012 untuk guna chassis Honda atas nama Proton, kenapa pula tiba2 ko twist kata nak guna Honda Accord then tetiba2 ko twist pula kepada jenama Proton Perdana PRM? 

Pening ke apa dorang neh?

Personally aku tak berapa kisah langsung sapa nak guna model sapa, sapa nak ubah logo sapa sapa nak guna teknologi sapa. Ia mungkin juga memberikan manfaat kepada Proton sendiri. Siapa tahu? Jika usahasama neh memberikan ruang dan peluang kepada Proton untuk dilatih oleh Honda agar mereka boleh meningkatkan kemahiran sekaligus membawa Proton ke satu tahap yang membanggakan suatu hari nanti, betul tak?

Ini juga satu peluang sebenarnya. Jika Proton boleh study betul2 teknologi depa. Bukan benda buruk beb. 

Well. Ia tak negatif langsung di mata aku. Itu bukan my concern. Seriously. Dan aku tak nafikan ramai di luar sana akan memperolok2 benda neh sebagai benda copy-paste.

Tak dinafikan bab tue. Tapi seriyus nak claim this is as product tempatan pun tak boleh bila ko guna chassis Honda, betul tak?

Lebih baik kita sebut terang2. Model Honda Accord yang diberikan nafas baru dengan nama Proton Perdana PRM.

Separuh tempatan [dipasang] separuh asing [teknologi]. Tapi ia bukan benda buruk.

Pandangan mata aku lebih terarah kepada harga. Adakah sesuai dengan apa yang ditawarkan? Bagaimana pula perbelanjaan yang perlu dikeluarkan secara harian, bulanan dan tahunan oleh kerajaan terhadap model ini? Ini yang aku dok fikir2. Pada aku walaupun model kenderaan itu memainkan peranan tetapi jika kerajaan benar2 berhemah, kat situ la kita sebut berbelanja secara cekap.

Model ini juga akan dilancarkan ke pasaran tempatan pada bulan disember nanti. Rata2 rakyat Malaysia tak berapa kisah bab persamaan dari reka bentuk. Apatah lagi bila Proton 100% confess yang mereka menggunakan pakai chassis Honda Accord reka bentuk technology previously. Yang orang dok teliti dok perhati, bab harganya.

Hopefully kerajaan faham la bila kita sebut elok2 neh. Harga mesti sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. 

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...