Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 November 2013

Dua Adun PKR Bakal Keluar Parti.

Nak keluar dari PKR ek? Masuk dalam BN? Atau keluar dari PKR. Dan jadi BEBAS? Yang mana satu pendirian dorang neh hah?

Aku ingatkan kisah lompat2 parti neh dah tamat. Maksud aku yang melibatkan wakil rakyat. Sekali tersilap tafsir la pula.

Masih ada lagi yang mahu mengugut keluar2 parti apa seme. Gasak korang la.. gaduh la sampai mampos. Di pihak rakyat, sejujurnya ia tak menganggu langsung perjuangan kami. Yang kami tahu korang nak lompat parti ke, terjun parti ke, apa ke kami tetap lawan BN macam biasa. With or without pembangkang sebab kewujudan rakyat itu sendiri merupakan pembangkang yang kuat terhadap BN.

Oke?

KAH KAH KAH

Baca bawah ;

Ketiadaan dua pemimpin PKR Sabah pada pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hujung minggu lalu sekali lagi bagai mengiyakan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak berpuas hati dengan parti itu.
Kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) ini - Jailani Hamdan (Matunggong) dan rakan sejawatannya, Jeremy Malajad @ Malazad (Kadamaian), dikatakan berada di ambang untuk meninggalkan PKR.
Ketika dihubungi, Jailani memberitahu 'The Star', "Saya belum mencapai tahap itu lagi. Walau bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti."
Jailani berkata, beliau dan Jeremy tidak menghadiri mesyuarat perhubungan PKR Sabah dengan Anwar pada Sabtu (1 Oktober) kerana mereka melihat tidak ada gunanya untuk mereka menghadirinya.
"Kami tidak boleh bekerja dengan ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin lagi," katanya, Isnin.
Beliau berkata, Anwar dan Lajim telah mengabaikan panggilan berulang mereka untuk mendapatkan wakil yang lebih baik untuk masyarakat Kadazandusun - Rungus dalam barisan perhubungan negeri PKR.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...