Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Jun 2013

Ustaz Harun Taib, Ko Mai Sini Kejap.

Jangan.

Pendapat aku jangan dikeluarkan kenyataan2 seperti neh. Kerana kenyataan2 seperti neh jika dikeluarkan oleh pimpinan akan menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak enak di kalangan penyokong2 pakatan rakyat.

Bila Ustaz Harun Taib [UHT] keluarkan statement kat bawah neh ;
Perbezaan dalaman PAS berhubung himpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat terus menghantui parti itu apabila Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, Harun memberitahu akhbar China Press bahawa PAS tidak akan menghalang PKR menganjurkan perhimpunan protes atau mengarahkan ahli parti itu supaya tidak menyertainya.

Laporan itu memetik Harun sebagai berkata beliau tetap berpegang dengan pendiriannya bahawa PAS tidak akan menyertai himpunan seperti itu kerana parti itu telah menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka.

Katanya, Dewan itu tidak akan menyertai perhimpunan tersebut 15 Jun ini, sebaliknya memberi fokus kepada persiapan pilihan raya umum akan datang. 

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/232257

Maka apa yang akan timbul ialah ;

1. Kenapa UHT berbeza dengan TGHH?

2. TGHH cakap kita redha dengan kekalahan tetapi tidak redha dengan penipuan. 

3. Maksudnya kat sini ialah kita [PAS] menerima bahawa penipuan telah berlaku, namun dalam masa yang sama TGHH / PAS telah failkan petisyen di mahkamah agar penipuan2 tersebut akan diadili menerusi proses undang2.

4. So kat sini secara automatik PAS melalui PRESIDEN nya juga menzahirkan bahawa mereka tidak menerima keputusan PRU ke 13. Jika terima untuk apa petisyen2 tersebut?

5. Dan tetiba UHT buat satu statement yang berbeza dari TGHH.

6. Apa neh? Nak bagitau dan tunjuk kat orang yang TGHH vs UHT?

7. Nak bagitau dan tunjuk kat orang yang dalam majlis syura ada beberapa kelompok yang sedang bercakaran?

8. Masalah dalaman PAS settle cara dalaman sudah. Jangan diheret dan ditunjuk pada media massa la. Rasanya pimpinan veteran patut dah matang dengan semua benda2 gini.

9. Bila persepsi dan telahan timbul, often nak salahkan orang awam. Public. Penyokong. BN. Umno. Tapi tak pernah nak cermin diri sendiri.

10. Siapa yang paksa mulut kita bercakap depan press? Kita juga. Sapa yang paksa kita bagitau itu ini dekat press? Kita juga. Dah tue bila ada orang buat telahan, persepsi dan blogger umno amek kesempatan, wajar ke kita salahkan mereka padahal diri sendiri yang memandai2 citer depan press?

11. Sebab tue untuk keluarkan apa2 statement, biarlah parti ataupun pimpinan tertinggi, jelas bahawa kenyataan dia itu tidak akan menimbulkan perpecahan ataupun konflik yang tidak di ingini.

12. Menyatakan PAS tidak akan bersetuju dengan Jun 15. Ini juga memberikan gambaran bahawa PAS dan PKR seolah2 berbeza pendapat dalam perhimpunan Jun 15.

13. Walaupun tidak menghalang/menolak dan menghormati pendirian PKR, kan bagus kalau cakap dalam bilik mesyuarat jek. Sesetengah situasi, cakap depan2 oke. Tapi tak terpakai la untuk semua situasi ma. Kita kena pandai tengok keadaan juga.

14. Cakap depan2 actually orang anggap as sabotaj.

15. Apa pun aku setuju sangat jika himpunan pada 15 jun neh jika sekadar himpunan memang ia tidak akan datangkan apa2 hasil pun.

16. Jadi mungkin PAS PKR dan DAP patut duduk semeja, bincangkan langkah2 yang lebih memberikan kesan kepada apa yang sedang berlaku sekarang neh. Dari apa yang aku fahamkan, BN tak heran dah dengan himpunan2 neh. Depa rilex je. Kalau dah begitu, mungkin kah PR patut ubah dan cipta strategi baru dalam mengusarkan kembali pertahanan BN?

Aku rasa UHT mungkin ada pendapatnya tersendiri. DSAI pun ada pendapatnya tersendiri. So cara terbaik, korang jumpa dan berbincang la. Jangan berbincang through media. Bincang la dalam bilik tertutup. Luahkan apa2 yang rasa perlu diluahkan. Capai satu solusi dan resolusi. Macam tue baru la korang dapat selesaikan perbezaan masing2 dengan bijak ma. Penyokong pun tak keliru. UMNO nak amek kesempatan pun tak boleh. Apa daaa..

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...