Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 Jun 2013

Bloggers Umno Merajuk Kat Najib.

Sakan merajuk.

Atas beberapa isu. Dewasa neh aku melihat beberapa pendokong tegar umno sedang melakukan rajukan dan protes secara berjemaah terhadap keputusan2 yang di buat oleh Najib Razak baru2 neh yang di anggap cenderung memihak kepada pembangkang dan tidak menguntungkan umno dan melayu.

Sebelum neh mereka merajuk pasal Zahid dan KJ. Zahid proksi DSAI. Bagi mereka Zahid tak patut terus menjadi menteri. Boleh jadi Zahid akan buat beberapa keputusan yang memperlihatkan pembangkang di layan tidak adil oleh PDRM. Seolah2 nak dapatkan millage politik. Simpati di pupuk terhadap pembangkang. Mereka syak Zahid berpakat dengan Anwar dalam diam untuk jatuhkan bn dari dalam.

Begitu juga dengan KJ. Tapi KJ neh atas alasan Mahathir yang takmo tengok dia naik. Anggapan Mahathir, KJ pesaing kuat Mukhriz.

Tue rajukan mula2 la. Sekarang dah merebak. Mereka start merajuk isu cadangan Najib nak jadikan bn parti tunggal. Konon nya takmo kuburkan UMNO. Sayangkan UMNO dan bangsa melayu. Takmo melayu dan Islam di tindas. Setakat kondem Najib je apa barang. Bagi la idea sket.

Aku ada idea. Pendapat aku memang bagus BN jadi parti tunggal. Boleh gubal perlembagaan parti tue agar memihak kepada keadilan. Yang mendokong Islam as teras. Pemimpin utama mesti muslim. At least Islam masih tertinggi. Buatlah majlis ulama bn. Neh kan membantu memperkukuhkan Islam dalam bn. Tapi jangan bawa peranan cam ILMU. Setakat peranan pak pacak je apa cerita. Semua nasihat2 ILMU ke atas Umno tak digunapakai pun. Buat apa?

Tak pun buka je keahlian UMNO kepada semua kaum. Tiru macam pas pkr dan dap. Even pas pun ada kelab penyokong. Bahkan pas pun dah terbuka mewakilkan bukan islam as calon. Dap juga. Calon muslim jadi wakil.

Islam bukan racist pun. Boleh berbangga jadi melayu tanpa perlu merendahkan kaum lain juga. Antara nak dengan taknak jek beb. Jangan negatif sangat pada idea2 begini. Korang tak membantu BN jadi lebih baik jika menjadi racist tak tentu pasal.

Yang kedua pasal pemberian gelaran Datuk dan Tan Sri oleh YDP Agong baru2 neh. Depa marah orang2 cina mendapat gelaran tersebut. Bagi mereka orang2 cina tak layak dapat sebab 97% sokong PR.

Dah tue. Lagi 3% ko nak campak mana? Lombong? Atau suruh bunuh diri? Bagi aku amatla bengap dan bingai sekali nak pertikaikan isu neh atas dasar bangsa.

Bagi aku kalau nak pertikaikan merit dan kelayakkan aku setuju. Agak2 la orang macam Aznil (kisah lama) pun layak dapat gelaran. Setakat ajak budak2 berjoget baik tak payah. Sepatutnya kita jaga kualiti dan standard. Supaya mereka yang menerima gelaran, anugerah darjah kebesaran neh ialah individu2 yang benar2 layak berdasarkan kualiti. Bukan main bagi jek.

Apa pun aku tak percaya pada ayat main bagi jek. Aku lebih percaya pada ayat main beli jek.

Kah kah kah

Yang ketiga pasal SPR bawah Parlimen. Aku tengok neh la perubahan paling bijak yang Najib putuskan untuk buat setakat neh.

Actually aku macam tak percaya. Takan la si Najib boleh setuju nak pertimbangkan hal neh. Tapi aku fikir aku patut bagi peluang dan ruang untuk tengok sejauh mana Najib merealitikan perkara neh. Senang cakap bagi Najib masa la. Tengok perjalanan isu neh macam mana. Samada aku kena tipu lagi ke apa ke.

Kah kah kah

Meletakkan SPR bawah agung merupakan antara tuntutan berbangkit kita. Aku setuju. Dalam pada itu pengerusi SPR pun kena letak jawatan. Dia tak perform. Dakwat kekal antara masalah utama. Di samping kesalahan2 kecil yang terkumpul yang berbeza2 ikut lokasi. Ini di akui oleh UMNO juga sebab mereka turut failkan petisyen mengenai salahlaku petugas SPR baru2 neh. Ada dekat 50 tak silap aku.

Apa pun tak kira la perubahan dan tambahbaik apa yang Najib dan BN nak buat lepas neh, tue citer akan datang. Citer yang dah lepas, kesalahan2 lampau, korang tetap kena bertanggungjawab sepenuhnya. Ubah tetap ubah namun rakyat tetap mahu perasuah dan perompak wang rakyat dihukum sesuai dengan kesalahan yang mereka lakukan. Berhenti melakukan kesalahan tue bagus tetapi untuk betul2 bersih dari segala pertikaian dan persoalan2 berbangkit rakyat, yang buat salah harus dihukum juga.

Itu baru tepat. Bertanggungjawab la weh. Minta maaf tak menghilangkan penderitaan rakyat selama neh oke. Fikir2kan la. Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...