Beliau berkata polis juga kesal dengan laporan berita portal yang mendakwa kononnya empat disahkan maut.
"Setakat ini, cuma tiga yang cedera, media diminta membuat laporan yang betul dan sah.
"Pasukan penyelamat sedang berusaha mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu, dan keadaan mangsa masih belum diketahui," katanya.
Tersebar sejak malam tadi. Sampai sekarang ramai yang beranggapan sudah ada 4 orang yang maut dalam kejadian runtuhan tersebut. Berikut di atas ialah penafian dari PDRM sendiri.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/232275
Yang sahih ialah ;
1. 3 cedera. Termasuk seorang wanita.
2. Seorang sedang dikesan. Mungkin masih berada di bawah runtuhan. Keadaan mangsa belum diketahui.
Lihat berita sebelum nya kat sini.
Punca runtuhan dan kejadian tersebut masih dalam siasatan PDRM. Aku setuju PDRM siasat benda neh. Tapi kalau ada siasatan diraja, boleh jadikan ia lebih telus dan terbuka. Projek neh under kerajaan persekutuan. Bukan under kerajaan negeri. Tapi bagi aku itu bukan isu.
Isu sekarang kenapa ia runtuh? Apakah jaminan bahawa ia tidak akan berulang lagi? Ini point penting neh.
Fikir2kanlah ek.