Masih ingat semalam aku ada update isu neh di kbsb?
Semalam ada orang yang risau yang statement2 yang dikeluarkan oleh facebooker Nik Abduh Fan Club akan di anggap sebagai statement2 yang mewakili Nik Abduh personally.
So dia pun minta aku highlightkan isu neh agar takde la penyokong2 pr sewenang2nya terpedaya dan tertipu dengan statement2 dari Nik Abduh Fan Club (NAFC) tue.
Statement2 dia memang provokasi gile. Menyakitkan ahti je kalau korang baca. Seolah2 nak bagi PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT.
So aku rasa agaknya Nik Abduh terkesan kot dengan tindakan dari si peminat faker tue. Tue yang dia terpaksa keluarkan official statement untuk nafikan sebarangan kaitan dengan individu tersebut. Berikut di bawah penafian Nik Abduh. Lepas neh jangan kait2kan lagi oke.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.
Sambil tidak tahu menahu siapa dalang di sebalik kenyataan itu, menurut Nik Abduh yang juga Timbalan Pemuda Pas Pusat, beliau tidak pernah menulis kenyataan tersebut dan turut tertanya-tanya tentang pihak yang bertanggungjawab menggunakan namanya untuk tujuan itu.
“Saya menafikan apa yang tercatat itu dan tidak pernah menulis kenyataan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Nik Abduh berharap rakyat negara ini lebih bijak menilai selain mengkaji maklumat diperolehi sebelum mempercayainya agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang kenyataan disebarkan media sosial.
Dalam laman sosial Nik Abduh Fan Club semalam tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menyaksikan Nik Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dengan majoriti 8,047 undi.