Anggota TUDM : Dakwat kekal tak kekal. Saya report polis minta siasatan dijalankan kenapa dakwat kekal tak kekal di jari saya.
TUDM : Kita penjarakan dia sehari, dakwa dia di bawah mahkamah tentera sebab memalukan tentera, turunkan pangkat dia dan pindah dia ke negeri lain kerana berkata2 benar.
Rakyat : Dakwat kekal tak kekal. Kenapa ini berlaku? Lakukan siasatan kerana ini kes seriyus. Pengundi boleh menipu jika dakwat kekal boleh dihilangkan dengan mudah.
SPR : Pembangkang bohong! Ini ujikaji dakwat kekal depan press. Ujian ini terbukti sahih dengan rakaman video yang membuktikan dakwat kekal sememangnya kekal. Kami akan amek tindakan tegas terhadap penyebaran maklumat palsu.
Bloggers UMNO : Pembangkang hanya pandai sebarkan citer auta dan tak terbukti sahih. Dakwat kekal sebenarnya kekal. Dorang nak menipu sebab nak huru harakan keadaan dan jatuhkan imej dan kredibliti SPR.
Rakyat : Tapi kami dah ada bukti. Bukan sorang je mengaku mengatakan dakwat hilang selepas proses pengundian awal. Ada beberapa pengundi awal memberikan maklum balas yang sama berserta bukti dan rakaman gambar serta video. Siapa yang berbohong?
SPR : Yang sebenarnya dakwat kekal kena goncang sebelum guna. Kita akan arahkan kepada semua petugas SPR agar goncang botol dakwat sebelum guna. Walaubagaimanapun dakwat kekal terbukti kekal sehingga 3 hingga ke 7 hari. Tiada masalah dari segi hukum islam.
Penyokong BN : Tah nya. Dakwat kat jari bapa aku kekal je. Dakwat kat mak aku kekal jek. Dakwat kat atuk aku, nenek aku, abang aku, kakak aku, sedara mara aku, eh kat jari aku kekal jek pun. Dorang neh memang suka buat citer. Dah dasar pembangkang.
Pada hari pengundian.
SPR : Lihatlah dakwat kekal di jari saya. Kekal kan.. selepas beberapa minit mengundi, dakwat di jari saya masih kekal.. apa lagi yang pengundi mahu?
Rakyat : Tapi kenapa dakwat di jari kami hilang pula? Adakah dakwat ini memilih2 jari untuk kekal di jari2 tertentu pula?
Bloggers umno : Apa lagi yang pembangkang mahu? Hari tue sibuk nak dakwat kekal, neh dah dapat nak memekak je kenapa? Lainkali jangan basuh tangan tue terus. Tunggu la sampai 5 petang baru cuci.
Pembangkang : Bukan kah dakwat kekal itu sepatutnya bertindak sepertimana yang ditugaskan/diperanankan ke atasnya? Wang pembayar cukai digunakan untuk beli dakwat kekal yang tak berfungsi sepertimana peranannya, adakah ini isu kecik? Adakah 5juta ialah angka yang kecik?
Rakyat : Kalau dah dakwat kekal boleh hilang selepas dicuci dengan air biasa, apa pula jaminan tiada apa2 isu lain yang boleh dipertikaikan sepanjang SPR melakukan PRU? Ini isu intergriti. Dakwat kekal berperanan untuk menghalang pengundian 2 kali. Kena faham isu pokok kat sini.
Penyokong BN : Pembangkang cuci dakwat kekal sebab nak mengundi 2 kali. Dorang la yang main tipu. Bukan nya SPR.
PDRM : Sebarang penyebaran maklumat berkaitan pengundian di laman sosial akan dikenakan tindakan tegas.
Selepas pengundian.
Ahmad Maslan : Dakwat kekal tue sebenarnya ada silver nitrate. Silver nitrate boleh menyebabkan kanser. Kena faham yang kita kurangkan kandungan silver nitrate menyebabkan dakwat tue tak berapa nak kekal di jari pengundi. Ini kita buat sebab nak jaga kesihatan para pengundi.
SPR : Kita ada terima laporan dari kementerian kesihatan yang menyatakan kandungan silver nitrate yang tinggi menyebabkan risiko penyakit ginjal dan kanser. Walau bagaimana pun kita akan mengkaji apa sebab dakwat kekal di sesetengah tempat tidak kekal. Kita juga akan fikirkan langkah2 penambaikan antara nya memastikan botol dakwat kekal digoncang 2 jam sekali bagi memastikan dia kekal.
KKM : Sejak bila pula KKM keluarkan laporan silver nitrate boleh menyebabkan kanser? Tak pernah tahu pun.
Rakyat : Kanser? Penyakit ginjal? Hello, rokok yang terang2 mendatangkan kanser dan yang lebih besar mudharatnya, slumber je korang jual dan kutip cukai? Arak yang terang2 mendatangkan masalah ahti, slumber je korang jual secara berlebihan tanpa kawalan semata2 nak collect cukai? Ini 5 tahun sekali punya citer korang sembang kencang bab kesihatan?
Kesimpulan :
TEMBERANG.
BILA DAH SEKALI TERKANTOI tue mula la bagi macam2 alasan nak tutup penipuan lain. Penipuan atas penipuan tidak akan mengubah apa2.
KAH KAH KAH