Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Mei 2013

UTURN - PAS Sertai Perhimpunan Esok !!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Takpela.

Aku faham. Apa pun bagi aku ini sikap biasa sebagai manusia. Setakat benda2 kecik gini takde la nak amek port nak terasa ahti apa bagaikan.

Mula2 begini ;



Dan sekarang begini ;

PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.


Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.


"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.

Bagi aku, kita alu2kan dan sambut positif akan UTURN PAS pada kali neh. Ini yang TERBAEK neh. Pasal apa? UTURN yang berpatah balik ke arah yang betul takde hal. Jangan ko UTURN dari tempat betul ke tempat tak betul. Itu baru isu.

Apa pun tahniah la di atas perubahan prinsip pada kali neh. Kita alu2kan dan sambut kedatangan PAS dengan tangan yang terbuka.

LAWAN TETAP LAWAN. LAWAN SAMPAI BN MAMPOS.

Jom.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...