Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Mei 2013

Kakitangan Utusan lempar mihun pada Hata Wahari.

Memang rezeki turun dari langit. Sudah la kaki menfitnah. Suka sebarkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia. Bagi sesama rakyat bergaduh bertekak dengan sebarkan benda2 merepek tak tentu hala. Di tambah dengan perasa fitnah dan tohmahan yang melampui batas.

Sekarang neh berlagak kau. Makanan pun main campak2 je. Almaklumla orang kaya. Mana pernah mampos tak dapat makan. Mampos sebab terlebih makan lagi la ada, kan? Sebab tue kemain berlagak lagi. 

Hebat.

Gunakan rezeki untuk campak2 kat orang.

Tahniah di ucapkan.

Apa pun aku sokong tindakan Hata Watari. Utusan memang perlu ditarbiah agar kembali ke niat dan matlamat asal mereka, menulis kebenaran, bukan menulis fitnah dan memaksa rakyat menerimanya sebagai kebenaran. 

Utusan Malaysia, selagi masih ada nyawa, peluang dan masa, ubah. Jangan sampai Allah tarik nikmat tue dari korang seme, nanti menyesal tak sudah, sendiri mao ingatlah.

Baca bawah ;

Kakitangan akhbar Utusan Malaysia hari ini hilang sabar apabila seorang bekas wartawan kanannya, Mohd Hata Wahari muncul di hadapan pejabat mereka untuk menyatakan bantahan ke atas laporan akhbar itu.

Dengan tidak semena-mena, individu tidak dikenalpasti dalam kumpulan seramai kira-kira 40 orang kakitangan Utusan yang berhimpun itu dilihat melemparkan dua bungkusan ke arah Hata.

Bungkusan yang gagal mengenai Hata itu kemudiannya didapati berisi mihun goreng.

NONEIa berlaku selepas Hata, yang muncul seorang diri dalam demonstrasi tersebut, cuba menunjukkan satu kain rentang ke arah pemimpin redaksi akhbar tersebut.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang ini, beliau dihalang oleh seorang kakitangan Utusan yang meluru ke arah Hata dan cuba menarik kain rentang tersebut, sementara kumpulan kakitangan lain bersorak.

Kakitangan berkenaan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya merampas kain rentang berkenaan.

Kumpulan kakitangan Utusan itu antara lainnya melaungkan  "boo", "balik", "komunis" dan "hidup Utusan".

Kain rentang yang cuba ditunjukkan Hata itu antara lainnya menyeru ketua pengarang Utusan agar menghentikan “kewartawanan tidak bertanggungjawab”.

“Jadilah wartawan yang menjunjung etika kewartawanan. Jangan gadaikan masa depan Utusan untuk kepentingan diri. Jangan jadi wartawan rasis," kata Hata lagi dalam pesanannya itu.

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/230690
   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...