Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Mei 2013

GST - Menteri Atau Kakitangan Kerajaan Yang Berbohong?

GST belum dilaksanakan lagi oke. GST kalau dilaksanakan pun 4% jek. Mana ada sampai 6% pun. Tatau ka?

Yeke?

Lihat penjelasan kat bawah neh sat ;




Oke, fine. Neh penjelasan yang diperolehi oleh berita semasa dari mereka yang mewakili kerajaan.

Rujukan ;  http://beritasemasa.com/gst-malaysia-2013

Sekarang lihat bawah neh pula ;

  
Tak sampai pun 6 peratus? GST 4 percent ja?

Tue, yang update dalam paper tue tulis 4 percent ka atau tulis PADA KADAR 7%?

Salah tulis? Kalau salah tulis mohon wartawan tue p betulkan balik la. Ia mengundang salah faham neh. Oke, sekarang berbalik pada cukai GST. Orang2 yang bekerja di KASTAM sendiri sahkan bahawa GST memang belum dilaksanakan. Well informed dah aku.

Apa yang wujud ialah di resit2 tercetak perkataan GST tue bukan lah merujuk kepada GST yang sedang diperkatakan neh. Pendapat aku ialah GST itu ka, GST ini ka dua2 nya still cukai dan still kena bayar gak.

Apa kalau bukan GST, kita bayar cukai guna daun ka?
Apa kalau bukan GST, kita tak perlu keluarkan duit ke?

Still cukai, still kena keluarkan duit. Still cukai dinaikkan dari 5% kepada 6%. Apa isunya kalau orang marah kerana kadar cukai dinaikkan pada tahun 2011?

Tak boleh dijadikan isu sebab ia bukan GST? Mungkin penekanan di sini sepatutnya menggunakan istilah yang betul. Istilah yang betul di samping pemahaman yang betul. Somehow aku setuju bab neh. Gunakan istilah yang betul untuk mengambarkan sesuatu, barulah apa yang ingin disampaikan tidak menimbulkan konflik. Ini kalau staff yang bekerja di syarikat2 yang mencetak GST atas resit pun tak faham, dan berikan keterangan yang salah kepada pengguna, macam mana pula customer tidak salah faham?

Lagi satu, selalunya depa cetak GOVERNMENT TAX je. Mana ada tulis GST2 sebelum neh pun. Tah bila masa tah mereka tukar istilah neh seme aku pun tak pasti. Kenapa tak tanya kepada syarikat2 tersebut kenapa tukar istilah GOVERNMENT TAX kepada GST?

Bagaimanapun, bila difikir2kan balik, parking dikenakan TAX, itu tak melampau ka?

Aku menerima positif pelaksanaan GST neh. Jujur. Tetapi hanya selepas kerajaan selesaikan isu korupsi dan rasuah yang berleluasa dalam negara kerana ia babitkan wang pembayar cukai. Semakin banyak wang, semakin banyak rasuah yang boleh diwujudkan. Jadi kenapa kita sibuk nak tambahkan wang dan peluang kepada perasuah2 neh untuk terus melebarkan sayap rasuah? 

Banteras rasuah dulu, dan kemudian fikirkan cara terbaik untuk tingkatkan pendapatan negara bagi kebaikan bersama. Ini rasuah sana sini bersepah, itupun takde GST lagi. Kalau dah ada GST tah rasuah baru apa pula yang timbul. Sudah2lah tue. 

Hanya yang tidak berfikir je setuju GST dilaksanakan oleh kerajaan yang mana JENAYAH RASUAH nya berada pada KADAR yang sangat tinggi. Tak setuju bukan kerana kita nak semua FREE. Jangan salah faham. Tak setuju sebab tukang pelaksana nya terbabit dengan pelbagai skandal RASUAH dan PENYELEWENGAN. Terbabit satu hal, tak diadili, tak disiasat bahkan ditutup kes, itu satu hal lagi.  Macam mana kita nak berikan amanah kepada mereka2 yang tidak amanah? Lue fikirlah sendiri. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...