Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mei 2013

Penyokong UMNO Wajib Baca Ini Sebelum Mengundi Esok !!!

Ye.

Penyokong UMNO, korang meh sini kejap. Jangan nak berlagak tak tentu hala. Taknak aku kawan dengan penyokong2 PR neh.

Puiii !!

Pemecah belah umat islam. Sanggup pilih2 kawan atas perbezaan idelogi politik. Dasar taksub membuta tuli.

Taknak aku baca blog2 yang tak sokong BN neh.

Puiiiiiii lagi.

Sanggup sempitkan minda sendiri. Taknak dengar dan memahami pendapat dari orang lain sebelum kondem melulu. Nak kondem biarlah selepas memahami hujah2. Then nak bidas ka nak berbeza ka ikut suka lue la. Bagi fakta, bukan balas dengan fitnah mahupun lucah.

Oke. Kat sini aku spot 10 hujah2 korang yang takmo undi PR. Aku dah kaji. Korang seme ada persoalan yang standard berserta jawapan yang standard. Aku tatau sapa sediakan template supaya otak korang seme berfikir senada je tapi rilex, aku cadangkan korang baca dulu hujah2 di bawah neh sebelum buat keputusan esok. 

Satu undi untuk BN, bermaksud satu undi untuk ketaksuban.

Ingat tue.

1. Admin, aku takmo undi pr. Sebab pas taknak laksanakan hudud. Hudud mana hudud dalam manifesto admin? Sudah la admin. PAS diperkudakan oleh DAP je tue admin weh.

Sejak bila UMNO pernah perjuangan hudud sehingga membuatkan ko tegar undi BN. Ini yang aku sering terfikir2 dalam kepala hotak aku bila penyokong2 UMNO bagi hujah seperti di atas. Aku tak faham. UMNO tak perjuangkan hudud, boleh di undi. PAS kalau tak masukkan hudud dalam manifesto, tak boleh undi? 

Walaupun HUDUD bukan sebahagian dari manifesto PR, tetapi PAS menegaskan bahawa mereka sentiasa berusaha ke arah itu. Ada dalam AGENDA PAS. Nak tahu betul tak betul, kena la bersatu undi PAS. 

2. Laksanakan hudud di kelantan dulu la oi admin.

Jadi Johor bukan di pimpin oleh orang Islam? Jadi Perak, Perlis, Melaka, Sarawak dan lain2 negeri bukan ditadbir oleh pemimpin2 islam?

Kenapa mesti pinpoint kepada Kelantan? UMNO sendiri menegaskan bahawa draf hudud pas terlalu banyak kelompangan nya. Jadi sampai sekarang kelantan masih menunggu respon balas dari umno untuk bersama2 mencari solusi. Ko ingat nak laksanakan hudud neh boleh gunakan kuasa kerajaan negeri je ka?

Duit untuk laksanakan sistem neh bagaimana?
Kakitangan untuk diperlukan untuk melatih dari mana?
Modal + usaha = kerajaan pusat kena sedia membantu.

Tapi PAS tak pernah mendapatkan apa2 seperti itu. Ko taknak tolong satu hal, ko kritik lagi, ko perlekehkan lagi dan tambah burukkan keadaan, ko menfitnah dan mencerca hudud. Itu menyakitkan ahti aku. Aku bukanla orang yang alim. Terus terang aku cakap. Tetapi bila sesiapa yang berikan mesej yang salah tentang islam, tentang hudud, ahti aku tetap merasa sedih. 

Sepatutnya dalam kes seperti ini, berhenti menyalahkan tanpa berbuat apa2. Cukup. Ada apa2 yang PAS salah dalam hudud, hulurkan tangan. Kita bersama2 terangkan kepada masyarakat apa itu HUDUD. Bukannya memberikan ruang dan peluang untuk sesiapa saja menghina hudud. 
 
3. Admin, cuba ko tengok, sejak2 pas berkawan dengan dap slogan negara islam dah bertukar. Sah2 pas dah berubah jadi lebih teruk admin wehhhh..

Aku suka bila pas tukar slogan negara islam kepada negara kebajikan. Sebenarnya aku tak berapa suka sangat stail pas yang sebolehnya nak menunjukkan diri mereka lebih islamik dari orang lain, parti lain dan etc. Aku tak suka. Sama seperti aku tak suka sesiapa kafirkan sesiapa, sesiapa setankan sesiapa, sesiapa sesatkan sesiapa, sesiapa murtadkan kenapa, aku tak suka langsung. kenapa?

Aku sentiasa berpendapat, selagi kita belum mati, ruang untuk kita mengubah keadaan sentiasa terbuka luas. Jadi pendekatan PAS yang menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan, PAS for All ialah adalah perkara yang bagus yang mana keterbukaan PAS dalam mendekati semua kelompok masyarakat dan agama kerana ISLAM itu bukan sekadar agama. Ia adalah satu cara hidup.

Bila PAS membuka pintu mereka, bila PAS mula memahami bahawa ISLAM ialah untuk semua, itu bermaksud PAS mula mengubah corak perjuangan mereka agar lebih menyeluruh, dan ini juga bermaksud PAS semakin lama semakin ke arah universal. Apa masalahnya? Ini kebaikan kerana PAS yang tertutup kini mula berubah. 

4. PAS sokong kristian guna kalimah Allah weh admin. Tue pe ko nak citer? Mula2 sokong lepas tue tak sokong. Sebab undi PAS tukar kenyataan..

Aku berbeza pendapat dengan PAS dalam isu neh. Tetapi aku akan beritahu hal yang PAS dokong. PAS mula2 memang menyokong. Ini fakta. Takmo cakap tipu2. Tetapi selepas itu PAS telah bermuzakarah dan memilih pendapat yang tidak menyokong berdasarkan situasi kehidupan masyarakat islam di malaysia. Simple.  

PAS telah membuat keputusan akhir. Kebetulan pula ia selaras dengan kehendak ahti ko. Jadi apa masalahnya? Mengejek2 tak tentu hala. Bila pimpinan dah tukar keputusan jadi terima je sebaik2nya lebih2 lagi ia mengikut apa yang ko fikirkan. Kenapa ini boleh jadi isu kepada sesetengah orang macam korang? Sebab undi? Jadi ko rasa keputusan yang PAS buat di atas neh tidak ikhlas? Sebenarnya salah. Sebelum neh memang terdapat perbezaan pendapat yang jelas dalam PAS. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Mereka menyatakan perbezaan masing2 dan putuskan dalam majlis syura ulamak. Undi tiada kaitan langsung disini sebab perbezaan itu wujud sebelum ko menzahirkan persepsi undi sebagai alasan. 

5. PKR parti yahudi admin. Anwar Ibrahim Gay. Rafizi Gay. Semua Gay. Anwar Ibrahim peliwat. Dia juga terkantoi dengan isu video seks. Mustafa Ali pun kaki seks. Nurul Izzah pun kantoi seks. Azmin Ali pun kantoi seks. Pendek kata PKR dan PAS parti yang dipenuhi dengan skandal seks. Taknak aku sokong.

Setuju. Kalau semua yang ko cakap itu betul, aku juga takmo sokong. Aku bukan perisai pemimpin.  Jadi aku tak berminat nak melayan dan membekap mana2 pemimpin yang ada apa2 skandal sekalipun. Tetapi, kita ada saluran yang betul untuk melakukan apa2 tuduhan sekalipun. Gunakan saluran itu. 

Buktikan guna hujah undang2. Ada bukti nanti, datang sini dan tunjuk. Admin, ini bukti dorang semua kaki seks. Dah kantoi. Dah kena hukum pun. Oke, masa tue aku akan berlapang dada untuk tidak menyeru memangkah mana2 pemimpin di atas. Bukan dengan sebarkan kelucahan dan tuduhan tak berasas. Even ada bukti pun sekalipun, menyebarkan kelucahan itu sendiri tak pernah jadi betul. Jangan membelakangkan ahti nurani kita, atas nama politik. Kita tahu, memang kita tahu, apa yang kita buat itu tak pernah betul. Ikut hati nurani kita, dan lakukan siasatan ikut saluran undang2. Undang2 ada, guna. 

Tetapi jangan salah faham. Tidak menyokong mana2 pemimpin yang ada apa2 skandal bukan bermaksud kena sokong BN oke. Seperti mana pemimpin skandal seks ditolak, seperti itu juga la pemimpin skandal rasuah ditolak. SAMA.

6. Eley, pemimpin BN pun takde bukti, tapi elok je korang sebarkan admin. Ada ke pemimpin BN didakwa ikut proses undang2? Sembang lebat je la lue neh admin.

Salah. Semua salah laku pemimpin BN kita ada bukti dan hujah yang berasas. Kita dari awal tak pernah ada niat nak sebarkan apa2 bukti di media sosial pun. Tetapi kita dides desak untuk berbuat demikian. Kita pergi polis. Kita mengadu apa yang kita tahu. Kemudian kita ke SPRM. Kita tunggu siasatan. Kita tunggu dan kita tunggu. Kita sentiasa menunggu dan tetap terus menunggu. Sampai satu tahap kita melihat penantian kita takde apa2 progress. Bahkan ada di antara kita menjadi mangsa ugutan, fitnah dan serangan peribadi dilakukan hanya kerana memberitahu terdapatnya penyelewengan. 

Takde kesan.

Kita sabar. Kita tunggu. Kita sudah report. Dan akhirnya inila cara yang kita ada. Berbeza dengan orang2 umno yang boleh gunakan polis dan media untuk siasat apa2 salah laku pimpinan PR, kami, tiada jalan itu. Kami tidak ada ruang itu. Sesiapa pun tak sudi buka kes dan siasat tuntutan kami. Kami terpinggir. Tetapi haruskah kami berhenti? Tidak. Kezaliman itu sudah berlaku, dan kami nekad untuk teruskan walaupun kesan nya sangat negatif ke atas diri kami. Ingat, kita ada usaha ikut saluran undang2, tetapi kita dinafikan. Itu bezanya cara kami berbanding cara orang2 bn.

7. Tapi DAP akan berkuasa kalau PR menang admin. Cina dah menguasai ekonomi kita. BN pegang, tetapi tengokla ekonomi sapa yang pegang? Sebab tue kena terus undi BN. Sebab tTttaknak cina pegang semua.

First. Cina juga ialah rakyat malaysia. Kedua, mereka tidak dapat apa2 kerana benda tue turun dari langit. Mereka usaha ke arah itu, yang neh kita kena terima. Ketiga, sesetengah dari mereka dikayayakan dengan polisi yang dibuat ooleh bn. Bagaimana? ? Kroni. Sengaja bagi projek dan tender tertentu supaya di kemudian hari mereka boleh mendapatkan manfaat peribadi hasil dari keuntungan tersebut.

Selain itu, sistem agihan untuk orang melayu yang dilihat tidak telus juga memainkan peranan. Kena ada orang dalam baru boleh dapatkan pinjaman. Kena sokong umno baru boleh dapatkan itu neh. Kadang2 orang tak minat politik. Tetiba ko suruh dia jadi ahli umno dia pun boring. Apahal plak aku kena jadi ahli semata2 untuk memohon pinjaman? Bukan terbuka untuk semua ka? Jadi sikap2 seperti ini sangat memainkan peranan dalam mengagalkan bantuan sampai kepada golongan sasaran. Sikap2 seperti ini diamalkan dalam kerajaan BN.

Sampai bila2 MELAYU akan terus di bawah jikalau sistem ini tidak dirombak. Sistem yang hanya membantu golongan tertentu dan menindas pula golongan tertentu, bukan la sistem yang patut diamalkan. 

8. Tapi admin kalau PR menang DAP jadi PM. Macam mana? DAP memperjuangkan agenda negara kristian admin weh. Video pasal pemimpin yahudi doakan PR pun ada admin wehhhhh.. takutla aku. Aku takmo takmo takmooo..

 
Aku tatau apa yang membuatkan yahudi begitu beria2 nak masuk campur urusan politik di malaysia. Itulah persepsi yang diserapkan oleh orang umno.

- Takutlah yahudi, bukan Allah.

- Takutlah DAP, bukan Allah.

Ini yang aku nampak. Ini gambaran yang dibentuk melalui tindak tanduk mereka ketika berkempen.  Rujuk carta pecahan kawasan DAP bertanding. PKR menguasai, PAS no 2 dan DAP last. Sebelum menang, bukan lepas menang ye.

Sekarang katakanla DAP nak jadi PM, mereka harus melalui perlembagaan. Perlembagaan menyatakan hanya orang islam je boleh jadi PM dan itupun harus melalui perkenaan Agong. Tatau ka? Ini fakta neh, tatau ka? Dan UMNO dan BN ketika itu menjadi pembangkang, adakah menjadi pembangkang pak pacak?

Apa benda yang DAP buat, yang PR buat, kalau SALAH, bangkang. Bantah. Lawan. Bersuara. Lakukan sesuatu. Bukan duduk diam dan mengharapkan orang buat kerja2 korang. Inila politik. Jika PR kerajaan, maka BN ialah pembangkang. Mainkan peranan. Apa pun yang korang buat pastikan kebajikan rakyat terbela. Simple as that. Bukan politik tuduh menuduh dan takut menakutkan. Pasal yahudi tue, aku rasa bukan hanya yahudi je kot berdoa. Satu malaysia pelbagai bangsa dan agama neh berdoa, rakam dan sebarkan la. Jika itu cara korang berkempen, sila la buat

Sebenarnya doa dan Allah ialah dua benda yang sangat2 berbeza. Jika dia tahu apa itu Allah, apa itu ISLAM, percayalah isu seperti neh dia takan terjebak. Aku simpati. Dalam internet ilmu bersepah. Dalam kedai buku, ilmu berlambak. Beli sesuatu, kenali akidah ko macam mana. Dan akhirnya ko akan tahu kenapa sesetengah kempen ko tak patut buat. 

9. Admin, kenapa tidak saja kita maafkan BN? Najib dah minta maaf banyak kali. Admin, BN dah berubah neh. Ko juga cakap jangan hukum2, jangan keterlaluan tapi menyokong PR pula itu bermaksud ko sedang menghukum BN admin. 

Pertama, dalam perlembagaan, tidak mengariskan seseorang warganegara wajib menyokong dan mengundi bn. Jadi aku tak langgar apa2 undang2 sekalipun. 

Kedua, bukan sekadar minta maaf, tetapi harus dibuktikan dengan menghukum semua pesalah2 yang terlibat dalam menganiaya rakyat, itu baru di panggil dah berubah. Minta maaf tak boleh melenyapkan penganiayaan dan penderitaan ke atas rakyat marhaen, menghukum dan membetulkan balik kesalahan itu boleh.

Yang neh Najib tak buat. 

Yang ketiga. Aku tak pernah memilih untuk terus menghukum BN. Tak pernah.

Aku beri peluang kepada BN. Semua rakyat malaysia telah beri peluang kepada BN. Dengan menegur kesalahan mereka. Dengan memberikan kritikan membina. Buktinya ada tak aku memanggil gelaran2 negatif ke atas mana2 pemimpin bn? Tidak. Paling2 koman pun aku sebut BODOH BANGANG BINGAI je. Aku tak mencerca mereka secara peribadi tetapi meluahkan sesetengah tindakan mereka memang meluatkan. Maksudnya kat sini kalau aku sebut BODOH, itu bermaksud tindakan mereka itu BODOH. Bukan diri mereka secara personally aku hukum. 

Tapi apa yang RAKYAT JELATA dapat bila MEREKA bersedia berbincang dengan bn? Bila KAMI sudi menjadi jujur dengan menegur kesilapan bn? Bila KAMI sudi berterus terang dan berkawan untuk menegur kesalahan2 mereka? Kami tak dapat apa2. Kami dapat cacian dan makian je. Rakyat datang cara baik. Rakyat menyuarakan masalah dengan memberikan kata2 yang JELAS dan TERANG berserta keterangan dan hujah. Instead of memahami apa yang rakyat sampaikan, BN lebih selesa SPIN, DIVERT, TAK MENERIMA PENDAPAT, MEMBALAS KRITIKAN DENGAN TUDUHAN DAN AUTA, SEBARKAN FITNAH dan paling teruk lawan PERIBADI untuk dapatkan sokongan orang ramai.

Ini tindakan yang betul ke? 

Peluang untuk BN setiap hari aku beri di dalam doa2 aku. Aku tak doa Ya Allah ko mampuskanlah pemimpin bn. No. Ya Allah, berikan aku pemimpin yang adil. Pemimpin yang membantu rakyat jelata, pemimpin yang mendengar masalah rakyat.

Ini bermaksud secara tak langsung aku doakan pemimpin2 BN yang menjadi pemimpin kerajaan ketika itu agar bersikap adil, membantu rakyat jelata dan mendengar masalah rakyat.

Takan aku nak citer seme sekali? Ada la benda2 yang ko sebagai penyokong umno tak tahu. Itu masalahnya bila ko memilih berkawan berdasarkan idelogi partisan. Ini juga masalahnya bila ko memilih untuk menolak pendirian kami tanpa memahami dulu sejauh mana sengsara nya kami. 

Ko akan cakap, aku oke je. Llalalala.. aku boleh bayar toll boleh bayar macam2, so what? Bila kita bagitau ada yang tak mampu, ko kutuk dan kritik mereka sebagai malas. Tetapi kenal kah ko dengan mereka semua itu sehingga mengatakan mereka2 itu MALAS?

Ko boleh bayar toll, sanggup bayar toll, itu tak bermaksud kami kena menghalalkan penyelewengan. Apa yang ko mampu buat tiada kaitan dengan kezaliman yang bn buat terhadap rakyat jelata. Ia dua kisah yang berbeza. 

10. PR tak tunaikan janji di Selangor pun admin. Jika BN menyeleweng, PR pun tak bersih mana. Lagipun jika PR pegang pusat, negara muflis. Semua nak free jek.
 
PR tak tunaikan janji ia isu besar. BN juga tidak tunaikan janji, tetapi ia tak pernah jadi isu. 
PR menyeleweng itu masalah, BN juga menyeleweng tapi ia tak pernah jadi pertikaian.

Ini yang aku selalu fikir, selalu fikir bila orang2 umno tanya soalan di atas. Bukan aku nak kata bila PR tak tunaikan janji orang2 bn tak patut anggap ia seriyus dan kena letgo sebab bn pun tak tunaikan janji. No.

Cuma aku tak faham sangat cara dorang. Bila ko tengok PR = BN = tak tunaikan janji = bukan kah ko patut jadi non partisan = bebas = tidak berpihak? Ini baru namanya ada pendirian.

Alasan aku jadi non partisan, inila sebabnya. Aku cakap terus terang. Tetapi aku bukan begitu bodoh sehingga taknak memilih antara dua pula. Mesti pilih.

Caranya aku bandingkan je kejahatan vs kejahatan. Kat sini PR menang. Walaupun ada janji2 yang PR tidak tunaikan, walaupun ada pemimpin2 pr yang terpalit dengan kontroversi, tetapi, jumlah mereka sikit, berbanding BN. Itu satu.

Yang kedua, aku sentiasa tanamkan dalam diri aku, aku berani mengubah kerajaan yang dah mentadbir 56 tahun. Jadi seterusnya untuk kerajaan yang mentadbir untuk 5 tahun, ia adalah small matter pada aku. Kalau mereka teruk seperti mana BN, maka jalanraya, demokrasi, pilihanraya mereka akan kena. Simple. 

Bercakap pasal negara muflis, alangkah baiknya jikalau ko dapat tunjukkan draf bagaimana PR boleh mufliskan negara. Ko takan dapat. Sebab ko sendiri pun tatau 100% agenda PR dalam mentadbir negara ini. Berbeza dengan BN, kita boleh gunakan data2 yang sedia ada. Sebab dah terlaksana. Bahkan Idris Jala sendiri berkata negara akan muflis pada tahun 2019. Setahun sebelum wawasan 2020 jika subsidi diteruskan, dan sedar tak sedar, BN terus menambahkan jumlah subsidi semenjak Idris Jala keluarkan kenyataan di atas.

Ini bukti. Kaji dan nilai sendiri. Cakap tue, cuba jangan tekankan konsep aku mesti nak menang, nak menang, nak menang. No. Cuba tekankan konsep apa yang aku berhujah neh sebenarnya betul.. benda2 yang tak betul jangan ditulis lah lain kali.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/27/mstar_berita/20100527203431&sec=mstar_berita

Bai.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...