Ada yang sampai ke Johor.
Ada yang sampai ke N9.
Ada yang sampai ke Terengganu.
Lihat gambar ;
Gambar neh ialah gambar email. Rakaman perbualan email yang menceritakan tentang flight. Perhatikan tentang perkataan ini ;
I just spoke to the PM office.
With minimal discruption please.
Untuk gambar2 seterusnya boleh rujuk kat sini.
Apa cerita di sebalik gambar?
1. Kita dapati perbualan email neh melibatkan pejabat PM.
2. Kita dapati penerbangan yang dilakukan ini seboleh2nya cuba dirahsiakan dari pengetahuan umum.
3. Kita juga dapati mereka2 yang terlibat dalam penerbangan ini dikawal dengan rapi.
PERSOALAN nya kenapa?
Mungkin BN sediakan pengangkutan untuk pengundi2 balik mengundi. Kita faham. Memang ada tajaan seperti itu. Ia bukan dibuat oleh bn saja. PR pun ada. Biasalah nak memudahkan pergerakkan pengundi2 yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.
Ini juga telah di dedahkan di dalam PC di pejabat PKR sebentar tadi.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.
Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.
Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.
Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.
Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/228792
Tetapi persoalan nya kenapa ia dibuat secara SULIT? Tanda tanya dari pihak kita.
Perhatikan gambar ini juga ;
Salah satu pemerhati telah menghantar maklumat ini. Katanya, mereka follow bas ini dari KLIA. BAS ini mengangkut orang2 BANGLADESH. Dari KLIA angkut warga asing dan hantar ke terengganu. Ada 6 biji bas kesemua nya.
Menimbulkan persoalan kita lagi sekali. Kenapa warga asing memasuki Malaysia secara BERAMAI2? Bukan dalam kumpulan yang KECIK. Tetapi BANYAK dan paling teruk ia BERTERUSAN selama beberapa hari.
Antara gambar yang berjaya dirakam oleh pemerhati bebas di LCCT ;
Pakai topi BN tue.
Oke. Stop kat sini dulu. Maklumat memang banyak. Tapi tak semestinya kena share satu persatu. Cukup korang faham point penting.
1. Warga asing masuk malaysia secara berkala.
2. Mereka masuk secara berkumpulan.
3. Mereka di angkut dengan BAS.
4. Mereka di kawal / diselia oleh pihak2 tertentu. Kalau nak tahu ada orang kawal depan dan belakang. Memang pelik.
5. Mereka di bawa ke dalam pelbagai lokasi.
6. Ada di antara mereka memakai baju dan topi BN.
7. Ramai saksi mata boleh mengesahkan hal ini sebab ia menjadi tanda tanya kepada mereka, kenapa warga asing ini secara tiba2 boleh memunculkan diri di Malaysia lebih2 lagi pada musim pengundian.
Kita takmo tuduh2. Bahkan kita tidak akan tuduh2. Tetapi ingin kita memberitahu bahawa kemasukkan warga asing ini dalam pemerhatian kita. Pergerakkan mereka kita akan pantau dan sentiasa pantau. Pada hari 5 mei nanti, jika kita nampak dorang mengundi, kita akan lakukan sesuatu.
Ketika itu kita minta kerjasama dari pegawai polis, dan SPR agar bersama2 kita menjaga kedaulatan tanah air. Masa depan negara kita adalah di tangan kita sendiri, sebagai warganegara. Masa depan BN kalau ditangan warganegara asing itu dia punya pasal. Pokoknya jika warga asing ini cuba mendekati kawasan pengundian, kita akan lawan habis-habisan.
Tolong faham. Bai.
Update terkini ;
Ini gambar terbaru yang melibatkan warga asing sebentar tadi. Baru turun flight. Ingat, nak datang kerja, buat cara kerja. Nak datang mengundi, kami akan halau.
AMARAN DARI RAKYAT MALAYSIA. FAHAM?