SPR KENA JAWAB.
Adakah dakwat kekal yang depa beli hari tue berkurangan? Kerana apa? Kerana ada kumpulan tertentu yang mendekati masyarakat dan mencalitkan dakwat kekal kepada tangan2 individu tersebut, atas alasan nak mengajar bagaimana calitan dakwat dilakukan ke atas jari pengundi.
Bagi pendapat aku. Kalau aku jadi wanita dan lelaki tersebut, amek hp atau kamera = tangkap gambar atau rakam. Bukti ada ma. Kita boleh tahu kumpulan apa. Lagipun takan kumpulan tue terbang dari langit, tahu2 je ada depan rumah kan? Mestila dorang datang dengan sesuatu.. so kalau ko nak sedaya upaya collect bukti, ko mesti mengekori mereka. Or at least tangkap gambar.
Hehe.
Ini benda yang paling2 koman aku boleh buat. Bagi aku benda neh hanya boleh dibuat oleh kumpulan2 yang terdedah untuk mendapatkan stok dakwat kekal. Adakah dakwat kekal neh boleh dibuat sendiri? Kalau boleh buat sendiri, kenapa SPR tak buat sendiri?
So kalau kena beli, mesti kita boleh dapatkan bukti. Kalau dicari betul2 le.
Ataupun, adakah mereka telah mencuri stok dakwat kekal dari simpanan SPR?
Hehe.
SPR, sila kira balik amount dakwat kekal yang telah diedarkan buat masa sekarang. Tak mustahil dakwat kekal tue boleh hilang apatah lagi stok2 dakwat kekal dah pun diagih2kan. Kita tatau, mungkin berlaku kehilangan yang SPR sendiri tak alert. Dan gunakan peluang ini untuk timbulkan huru hara, kekacauan dan paling dasat FITNAH.
Kita bukan budak bodoh.
Kalau aku dalam rumah, orang tue depan rumah, aku snap je gambar. Ini la puak2 yang masuk rumah aku, nak calit dakwat kekal, then bagi rm250.00.
Tapi gambar? Takdak.
Bukti? Pun takdak.
Laporan polis ada, masuk tv3 dan paper ada, dikempenkan oleh umno barisan nasional pun ada. Jadi modal kempen je la. Tapi modal kempen merapu2. Tak pasti aku iq orang yang macam mana boleh terima level kempen seperti neh. Kita tunggu dan lihat sudah la.
KAH KAH KAH