Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 31 Mac 2013

Peserta Konvoi Anak Muda Tolak BN Ditahan POLIS.

Siang tadi ada satu majlis konvoi beramai2 ke putrajaya.
Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.
 
Di Dengkil, Tolak  akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.

Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber : sini


Then, tah kenapa dorang kena tahan. 



Presiden GAMIS ditahan selepas memimpin Gerakan Anak Muda Tolak UMNO - TOLAK.

 

Berkampung di hadapan IPD Putrajaya bersama team konvoi Anak Muda TOLAK UMNO dan BN menanti beberapa orang rakan mereka yang masih dalam tahanan polis sebentar tadi.

Kenapa mereka ditahan sampai sekarang tak dinyatakan langsung oleh KP PAS. Rujuk sini. Mungkin KP PAS pun tengah tunggu info dari PDRM kenapa menahan peserta2 KONVOI ke PUTRAJAYA tu..

Jangan2 ditahan sebab memasuki PUTRAJAYA pasal nak serahkan MEMO.. ?

Adoi.. kalau itu la sebabnya.. memang LAWAK la..

TAKANLAH SERAH MEMO pun salah. Sudah la bukan senang nak jumpa PM.. owhh jangan2 timing tak tepat kot. Korang pergi putrajaya nak serah MEMO.. PM plak bercuti... p makan2 dengan ahli keluarga.. adoiiiyaiii PM pun ada hari cuti oke.. apa korang ingat dia robot ke apa?

KAH KAH KAH     

Pemimpin PAS Kena Kutuk Sebab Hina Nabi SAW..



Aku ada nampak cybertroopers umno main isu neh. Tapi aku buat derk je la. Sebab takanla isu remeh temeh neh boleh masuk paper apa bagai kan. Sekali tup2 memang boleh masuk paper wa cakap sama lue..

Pemimpin Pemuda Pas dilihat tidak mencerminkan akhlak mulia apabila dengan sewenang-wenangnya mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW demi kepentingan politik parti itu. Penasihat Agama, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berpendapat, seorang pemimpin Islam tidak akan bercakap mengikut perasaan.

"Jangan kerana kepentingan peribadi dan politik, maka Islam juga terheret sama ke tempat yang tidak sewajarnya sehingga menyentuh keperibadian Rasullullah.

"Kita semua tahu Rasullullah merupakan contoh tauladan yang cukup tinggi dan tindakan membandingkan baginda yang maksum daripada dosa dengan manusia bukanlah tindakan orang yang soleh tetapi orang yang fasik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ada perasaan. Bukan takde perasaan. Kalau takde perasaan maka dia takan la cakap begitu. Buat bodoh je la. Sebab ada perasaan la dia keluarkan kata2 begitu. Cuma tak sure la perasaan apa yang dia alami ketika itu..

Yang aku heran kenapa pula kata2 ini boleh dikatakan menyinggung umat islam?

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memperjuangkan agama Islam dan perbuatan tersebut patut dikecam. "Bagaimana mereka boleh sesuka hati mengandaikan perbuatan baginda Rasullullah yang telah wafat? Tindakan itu sangat biadab kerana boleh menjatuhkan darjat suci Rasullullah. "Tindakan tersebut juga merupakan satu penghinaan kepada Nabi kita. Inilah hasilnya jika tunduk dan bersekongkol dengan kafir harbi hingga tersasar jauh dari hala tujuan asal untuk memperjuangkan Islam," katanya.
 Pelik.

Bukan kah yang patut terasa dihina itu ialah UMNO? Bukan kah apa yang ingin disampaikan ialah UMNO begitu gila menfitnah, andaikata kalau Nabi SAW masih hidup, NABI SAW pun depa akan fitnahkan. 

Adakah Harussani telah mendapatkan info yang betul sebelum meletakkan komen? Ataupun Harussani nak mengambarkan err.. malas la aku nak ulas lebih2.

Cuma aku naik heran. Benda ini tak nampak macam menghina pun.. Well tak nampak macam menghina NABI SAW la.. kalau UMNO terasa terhina tu logik juga sebab ayat di atas mengambarkan betapa buruk gile akhlak UMNO .. asal boleh fitnah depa pasti akan lakukan fitnah. Itulah maksud ayat di atas. Aku sampaikan balik je.

Dan bagi aku Harussani neh pun silap juga. Nak marah2 pemimpin pas dok heret2 orang bukan islam dah kenapa?  

Baik ko blame bukan islam je kalau muslim mencuri, merompak, berzina apa bagai. Senang sket. Tengok kekawan korang yang melakukan maksiat. Ada tak dia berkawan dengan non muslim? Hah ada? Oke salahkan je la bukan muslim tu. Memang saja Allah swt cipta depa untuk dipersalahkan sesuka ahti ye tak?

Pfttt..

Itu kalau pemimpin pas bersalah. Tapi siyes cakap neh, korang rasa dia bersalah ke? Aku tak nampak apa salah dia kat sini.. sorry la. Aku dah tengok dan baca banyak kali still tak rasa pun dia hina Nabi SAW.. 

Dan macam biasa si Ibrahim Ali hero pejuang islam mesti menyampuk punyala..

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut memperlihatkan tahap mentaliti Khairul Fahmi yang rendah ketika menulis di dalam laman sosial tersebut.

Hidup lagi. 

Ingatkan dah takde.. diam lama sangat. Hari tue kecoh isu samseng2 senyap plak dia. Apa dalam ISLAM ada ke mengalakkan budaya samseng?

KAH KAH KAH

Satu lagi mangsa liwat DSAI bakal buat pengakuan..

Yang akan di dedahkan oleh peguam pula.. Kali neh kena liwat dalam penjara..

Ada video gak ke apa?

Kah kah kah

Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.

"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.

"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.

Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.

Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.

"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya. - Mingguan Malaysia

Sabtu, 30 Mac 2013

Kronologi Huru Hara tuduhan BN ke atas PR..

Sudah la Muhyiddin. 

Aku takan termasuk dalam permainan ko. Jelas ini satu propaganda yang nak menakut2kan rakyat dan menimbulkan persepsi bahawa PR akan menimbulkan kekacauan bagi mendapatkan kuasa..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.  

"Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat. 

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/223802

PR desak. Mana bukti mana oi.

Pakatan Rakyat (PR) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan dokumen yang didakwa mengandungi maklumat rancangan pembangkang mahu menggagalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dokumen itu perlu diserahkan agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan lanjut diambil.
“Kalau betul ada dokumen, serahkan saja pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat. Jangan hanya bawa fitnah dan cakap sahaja tapi dia (Muhyiddin) juga perlu bertindak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rujukan : sini

Then tup2 ada pula dokumen tersebar.

Rujuk bawah ;


Bacaan lanjut disini.

Team Nadi Rakyat dan PG yang dedahkan. Bloggers upahan UMNO yang dedahkan untuk cover mulut tipiem.

Samada ia memang disengajakan ataupun terpaksa disengajakan untuk melindungi tipiem aku tak sure. Pokoknya dari episode satu sampailah episode terbaru semuanya saling berkait rapat. Betul2 ikut turutan. Itu sebab tv3 siarkan dalam media mereka. Itu sebab ada team silat apa tah sorry tak ingat nama pongpang2 dalam tv semalam.

 

Dan terkini si Shahrizat pula ikut menyampuk. Ini masa nak memperbesarkan isu. Baru la orang tahu aku still hidup lagi. Ataupun lebih tepat baru la tipiem sedar bahawa aku neh masih bernyawa lagi.. next project ada la harapan untuk aku kalau BN menang lagi ma..

 
Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/225325

Baca neh. 

Aku maleh nak tulis panjang2. Kalau tipiem ada bukti cepat2lah bagi bukti tu kepada polis. Tak bagi bukti bermaksud anda bersubahat dengan pembangkang. Apa tipiem dah tukar haluan ke sekarang? Sokong PR pula ke? Kalau tidak, kenapa taknak serahkan bukti kepada PDRM? 

Then PDRM pula cepat2la siasat penyebaran dokumen tue. Aku nak tengok siapa yang dorang nak tangkap dan tahan. Pemimpin PR mana yang buat onar. Diam2 = tak buat siasatan = bermaksud korang sendiri yang sebarkan isu tue then merepek tak tentu hala depan tv. Orang kata berlakon ah senang cakap. Kalau tak amek tindakan le.

Laporan polis oleh persatuan silat apa nama tah dah dibuat kan? Hah cepatla buat kerja. Kalau tiada tindakan di ambil bermaksud sahla PR difitnah. Apatah lagi dokumen sulit dah disebarkan. Takan nak dok diam2 lagi?

Aku dah sebut banyak kali dah. Ini aku nak sebut lagi. PR dah kalah banyak kali. Pengalaman kalah tue dah lali. Ia bukan perkara baru untuk PR berhadapan dengan kekalahan oke. Untuk orang yang dah biasa kalah, kalau kalah lagi pada PRU - 13 ini, kita tetap boleh steady dan berjuang macam biasa.

Tetapi ini berbeza untuk orang yang TAK PERNAH KALAH.

Korang nilaikan je sendiri benda2 yang LUAR BIASA yang KELUAR dari BN dalam 5 tahun ini. Itu je dah cukup membuktikan betapa takut dan cuak nya dorang kalau KALAH teruk pada kali ini. Sendiri yang buat huru hara, sendiri yang buat perangai binasa, orang lain pula yang kena. Tah hapa2.

Mazlan Aliman Menipu Isu Rumah Buruk Di Johor Kata Blogger Umno..

Hari tue aku ada share satu posting dari Mazlan Aliman. Berhubung satu kejadian yang berlaku di Johor.


Ini bukan di Kelantan, yg sering didakwa menghadapi krisis bekalan air. Ini di Kg Melayu Sedenak, Kulai. Pak Cik Utoh, 84 tahun, adalah pengundi setia BN. 

Lebih 15 tahun menggunakan air perigi untuk mandi, minum dll. 
Justeru, tidak perlu sibuk2 memfitnah negeri Pakatan Rakyat, rakyat negeri Johor sendiri masih terlalu ramai yang sengsara!
 
 
Isu neh siap masuk paper lagi ;
 

Tapi ada sorang blogger umno [rujuk sini] kat Mazlan Aliman menipu. Kutuk punya kutuk seolah2 Mazlan Aliman saja buat citer temberang untuk kenakan BN..

Dorang siap sebarkan gambar kat bawah neh. Kata dorang inila rumah sebenar Pakcik Utoh.. 
 


Berpandukan kepada pengakuan seseorang di laman facebook ;


Okela, aku tak tanya pun Mazlan Aliman. Benda neh dah masuk paper. Aku tak fikir Mazlan Aliman akan bodoh2 jatuhkan reputasi dia untuk berlakon dan mencipta isu semata2.. isu macam neh senang je nak kantoi. Lebih2 lagi kalau masuk dalam paper. Anytime je boleh kantoi wa cakap lue.

Yang aku pelik kenapa beria2 kutuk Mazlan Aliman penipu? Tak terfikir ke bahawa Mazlan Aliman pun boleh kena tipu sehingga tertipu? Itu kalau betul la Pakcik Utoh tu penipu..

Kalau tak betul korang dah fitnah dia.

Cuba baca betul2 apa yang disampaikan oleh Mazlan Aliman sebelum nak tuduh melulu ;

Ada orang yang mendakwa dia penduduk tempatan Kg Melayu Sedenak, Kulaijaya marah2 apabila saya bersama pimpinan Pakatan Rakyat dedahkan penderitaan hidup Pakcik Utoh Dahlan, 84 tahun. Mereka dakwa saya sengaja nak malukan kampung mereka, walhal isunya adalah masalah peribadi Pakcik Utoh.

Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam, tgjawab PAS untuk kebajikan rakyat tidak memilih siapa. Komitmen PAS turun padang sejak ia ditubuhkan tahun 1951 hingga kini dan akan datang. Apabila sdr Norjan Md Yusof, penduduk tempatan membuat aduan, kami tidak boleh berpeluk tubuh.

Meskipun kami tahu, Pakcik Utoh ada masalah peribadi, apalah salahnya jika agensi kerajaan dan JKKK melaksanakan daya usaha dengan mendirikan sebuah rumah walaupun kecil, tapi selesa utk beliau membina kehidupan?
Tergamak kita menyaksikan seorang warga emas mendiami sebuah rumah yg teramat daif tanpa bekalan api dan air bersih selama 15 tahun; hanya bersandarkan hujah, dia ada masalah peribadi....

Kami dedah melalui media dan laman sosial agar keprihatinan semua pihak dpt ditingkatkan. 

Terbukti, dalam kebanyakkan kes, apabila tekanan melalui media dan laman sosial dibuat, maka barulah nampak kesungguhan pihak2 terbabit. Ini pun kami dapat lagi 3 aduan dari penduduk Kg Melayu Sedenak mengenai kedaifan hidup mereka. Telah diajukan kepada pihak JKKK dan Ketua Kampung, namun susulannya mendukacitakan.

Apapun, kami ucapkan terimakasih kepada semua komen2 yg diberikan. Yakinlah dengan ganjaran pahala yg Allah limpahkan kepada usaha2 kebaikan yg dilakukan, InshaAllah.
   

Kalau rasa Mazlan Aliman menipu pergi la check sendiri kat situ dan jumpa pakcik utoh tu. Sesiapa pun boleh berlakon eh aku jiran dia, eh aku kawan dia tapi betul ke? Siapa tahu? Tak siapa tahu sehingga la kita berada di situ dan tanya sendiri kepada Pakcik Utoh tu..

Dalam kes neh tak payah la beria2 nak cakap orang tue pembohong ke orang neh penipu ke apa ke. Pergi sana check la sendiri. Mazlan Aliman siap beri penerangan lagi. Kenapa dia berada disitu, siapa laporkan dan apa2.. bahkan ada isu terkini juga mengenai hal yang sama. Bukan satu, kali neh dah 2 kes di kawasan yang sama.


 
Belumpun reda isu kedaifan hidup Pakcik Utoh Dahlan, yang dipaparkan melalui akhbar Sinar Harian dan laman sosial, ziarah 15 buah rumah pagi ini di Kg Melayu Sedenak, tidak kurang memilukan.

Ada rumah yg terlalu uzur dan bumbung bocor di sana sini, tidak mendapat perhatian sewajarnya dari Penghulu dan Ketua Kampung, meskipun aduan telah dibuat. Alasannya tiada peruntukkan, rumah masih cantik dll.

Rumah Makcik Senah umpamanya telah beberapa kali kami ziarahi. Bantuan barang keperluan telah disalurkan. Cucu angkatnya mengadu, bumbung dapurnya telah bocor yang amat teruk. Bila hujan, air masuk dan basah serata lantai. PAS Kawasan Kulaijaya telah buat tinjauan dan estimate utk mengganti mana yang perlu.

Ia dihidu oleh Umno Bahagian Kulaijaya. PAS terpaksa batalkan gotongroyong untuk menukar bumbung dapur rumah Pakcik Senah, sebab ada info mengatakan JKKK yang akan buat. Namun, telah berlalu beberapa minggu, keadaan tidak berubah.

Hari ini, anak Makcik Senah sendiri, sdr Bakri(seperti dlm gambar) menemui saya. Beliau adalah aktivis Umno Cawangan Kg Melayu Sedenak. Sdr Bakri sangat berbesar hati jika PAS dapat meneruskan usaha menggantikan bumbung yg bocor di rumah ibunya. Katanya, walaupun kita berbeza idealogi, jika PAS nak membantu, Syukur Alhamdulillah...

Bacaan penuh disini.

Satu kes oke la ko boleh cakap Mazlan Aliman penipu.. tapi kalau dah 2 kes yang dilaporkan di kawasan yang sama apa citer?

Aku berpendapat, ikhlas neh. Korang seme dah tersentak sebab ia babitkan warga felda. Jadi nak tutup malu korang fitnah la jiran2 korang sendiri. Since aku jauh, aku tak boleh nak buat apa. Kalau aku disitu memang sah2 aku akan pergi pastikan sendiri. Kalau terbuktila korang fitnah jiran2 korang sendiri yang memerlukan bantuan.. memang la korang BODOH NAK MAMPOS. Itu je la aku nak cakap. Bai.  

Ketua AMK beli no plat RM100 ribu..

Yeke?

Biar betul ? Selama ini rakyat ingat pemimpin DAP, PAS & PKR hidup cara sederhana. Siang malam depa tibai kata pemimpin BN yang hidup mewah.

Berapa harga plat PRU 13 tu ? Mana dapat duit ? Hasil kutipan ceramah ke ?

Rakyat mahukan jawapan !!!!

Sumber :  http://minda-hijrah.blogspot.com/2013/03/ketua-amk-pkr-sam-ketot-beli-plat-pru13.html

Pendaftaran no plat terkini ikut JPJ plak menyatakan ;

Rujukan : http://www.jpj.gov.my/web/guest/transaksi-percuma-no.-pendaftaran-terkini

So mana datang no plat PRU 13 tu?

Special request? Ataupun SPECIAL SUPER IMPOSE?

KAH KAH KAH

Cuba balon ketua AMK tue kaw2. Bagi fakta ke apa seme. Since aku pun tatau apa peranan dia sebagai ketua AMK kan. Tapi takpela, silap aku juga kalau menyuruh orang yang BODOH membongkar fakta, ye tak?

KAH KAH KAH

Jumaat, 29 Mac 2013

Hot : 50 Warga Nigeria Mengamok Serang Balai Polis [Video Inside]

Pening aku.

Mula2 orang pilipin. Lepas tue Nepal. Dan terkini warga Nigeria plak mengamok sakan kat rakyat malaysia.

Kalau semua mereka bergabung bersatu untuk bantai kita kaw2 apa akan jadi? Untuk rekod kita di bashing kaw2 dalam siri serangan keganasan terhadap warga asing. Ia bermula dengan warga pilipin di lahad datu, kemudian dengan warga Nepal dan terkini dengan Warga Nigeria.

Korang boleh baca komen2 di youtube yang mengutuk malaysian kaw2, especially cara kita handdle isu ini. Sebenarnya aku takmo ulas siapa salah siapa betul dalam isu warga Nigeria neh. Aku pun tatau siapa sebenarnya bersalah. Aku takmo bekap berlandaskan faktor sama agama, sama negara atau apa.. aku lebih suka tengok ruang keadilan kat sini. Siapa salah dia patutlah dihukum.. itu je.

Jadi kita tunggu je la laporan dari polis macam mana berhubung kes ini. Apa pun isu neh memburukkan lagi persepsi warga asing terhadap malaysia apabila 3 kumpulan warga asing dalam masa 2 bulan complain cara layanan kita terhadap mereka sangat2 teruk dan buruk. Ini tak masuk lagi musuh tradisi malaysian yang pasti akan menghangatkan suasana sekarang neh.. tak lain tak bukan, warga indonesia..

Baca bawah ; 

KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit. -HM-

HOT : Video Orang Malaysia VS Warga Nepal Tersebar...

Alahai.

Aku bengang baca komen2 warga Nepal kat youtube neh. Tapi aku pula tak jelas dengan perkara sebenar. Dalam kes neh aku tatau sapa yang salah sapa yang betul. Kalau ikut penjelasan dari rakyat kita, yang salah tu warga Nepal. Sebab berbuat kacau. Bercakap pasal berbuat kacau, aku dah tengok dan jumpa banyak kali.

Tak payah susah2. Ko pergi je pasaraya. Kat tempat dorang bekerja. Nanti kalau ko tanya sesuatu. Ko tengok muka dorang. Muka dorang mengambarkan macam nak SEPAK atau TERAJANG ko SERIBU kali sebab SIBUK dok tanya2. 

PERGILA MAMPOS.

Lebih kurang begitula perasan mereka. Tapi kalau p pasar basah elok pula. Ada pula warga asing yang layan ko elok2. Lain orang lain tempat lain mood la gamaknya.

Lagi satu situasi di dalam BAS ataupun public transport. Aku takmo citer pengalaman orang. Aku citer je pengalaman aku masa naik tren baru2. Cam sial.

Tren dah datang. Oke la aku nak naik kan. Ramai orang. Penuh padat. Aku masuk, dorang masuk2 sambil tolak2 orang. Tak padan betul. Lepas tu kat perhentian ada orang nak turun, bangun dari tempat duduk, peh berebut kaw. Aku tengok je gelagat depa. Apa kemaruk nak duduk sangat ke apa? Wanita dengan anak2 pun berdiri siot. Tapi aku tak berapa kisah sangat bab tu. Pasal aku tengok ada je orang2 malaysia yang tak respect perempuan2 mengandung dan kanak2 yang berdiri. Buat bodoh je. Tak faham ah aku.

Apa yang ingin aku sampaikan. Di mana2 negara pun, orang baik ada, orang kurang baik pun ada. Tak kira bangsa la senang cakap.

Dan dalam kes Malaysian Vs Nepalis neh aku minta pihak kita siasat habis2. Bukan apa, aku beranggapan media sebelah sana seperti memprovoke habis-habisan isu neh. Harap2 sesiapa tolong la clear the air. 

Lagi satu aku nak share, komen yang aku petik kat fb. Dia pun tak sure, aku lagi tak sure. Maybe sesiapa bleh perjelaskan situasi sebenar selepas ini.

Baca bawah dan tengok  video oke. 

kejadian berlaku kt tmpat aku..sekarang polis wat roadblock 24 jam kt sini. dah 4 hari polis wat roadblock.. cerita yg aku dgar org nepal tu yg cari pasal dulu. dah mabuk kacau penduduk kt situ..so pakcik ni tegur la si nepal ni.. klo dah mabuk mana boleh kena tegur so si nepal ni pukul pak cik ni..then anak pak cik ni x puas hati then panggil anak2 muda pendduk situ utk balas dendam. so brlaku la pergaduhan n akhirnya 2 org nepal mati termasuk yg mabuk tu..ni yg sy dgr cerita la.. klo x btol harap maaf...   

Ayat Penuh Zulkifli Nordin Yang Dikatakan Menghina Hindu..

Korang dah tengok klip ke? Kalau belum klik sini. Kalau dah ataupun tak boleh tengok. Baca je kat bawah neh oke.

Kalau tuan2 tanya orang hindu.. eh ane.. betul2 cerita you sembah sapa.. [2x] ini tuhan kepala gajah ka.. ini murugan tongkat sampai 14 tingkat punya .. betul2 cerita you sembah sapa..  dia akan kata apa..?

Baru ni berlaku banjir besar di kolumpo.. baru ni..  di pertengahan jalan antara wisma yakin dengan maideen ada kawasan jual bunga malai hindu punya bunga yang hari jumaat dia nak beli nak pakai sembahyang tu. Di situ ada kedai2 yang menjual peralatan peribadatan hindu. Antaranya kedai jual tuhan hindu. Tuhan gajah tuhan murugan pegang tongkat macam batu caves tu. Tuhan kepala kudanya. Lembu saktinya. 8 tangannya. Ada yang dibuat dari kayu. Ada yang dibuat dari batu. Dari marmar. Dibuat dari marble. Dibuat dari tembaga pun ada. 

Yang canggih yang tinggi sikit tu.. yang ada lampu tu. Mata. Benda tu ada lampu. Hah macam lampu kamera ni. Merah lip lip lip lip. Yang tu sampai rm900 ringgit pun ada. Mahal.

Nak jadi cerita banjir baru ni. Teruk. Air naik sampai 4 kaki. 4 kaki bukan kat bawah basement wisma yakin. 4 kaki dekat Selangor Mansion tu. Selangor Mansion tu lif dia tenggelam. Cuba bayangkan. Selangor Mansion tu lif tenggelam. Orang yang meniaga kat depan bazaar tu. Masjid India yang air selalu cecah kat tangga nu tempat wudhu dia pun tenggelam. Wisma Yakin tempat orang yang jual baju melayu yang tinggi tu air naik satu kaki. Lif Wisma Yakin pun tenggelam. So bayang punya tinggi air.

Tambahla kedai hindu ni lagila tenggelam pasal dia dekat bawah. Jadi dah lama lepas banjir tu pun saya tanya. Kan dorang tengah jual longgok2 semua. Kita pun tanya. 

"Ane.. apa macam itu ari banjir ? You punya kedai ane.. ?

" Habis semua .. "

" Habis semua? "

" Habisssss "

" Semua habis hancur patah habis semua habis.. "

Saya kata semua ka?

" Semua "

Sama tuhan pun kena ka?

Tuhan pun kena dia kata.

Tuhan pun kena. Hah tuhan pun kena.. apa macam tuhan boleh kena. Eh ane itu tuhan patut dia tuhan tau. Apa pasal ane takde atur ane punya tuhan depan kedai kata ohh woooww air stop. Pergi itu amna kedai mamak sana kasi banjir. Ini tuhan punya kedai. Apa pasal takde bikin itu macam. Suruh itu tuhan. Tuhan patut mau tolong kita. Kalau tuhan air pun tak boleh tahan. Apa lagi dia boleh buat.. air pun tak boleh tahan ka.. suruh dia tahan la itu air. Dia kata apa kat saya?

Hey dei tambi.. mana boleh. Itu batu la

Dia pun tahu. Dia marah kita pula. Hey dei tambi. Itu batu la. MARAH. Sampai terpaksa jual longgok tuan2. Tuhan dia tu yang patah2, yang pecah2 kena jual longgok. Yang mahal rm900 ada lampu tu jadi rm60. Jadi RM90. Tanya la dia..

Hey ane apa pasal ini. Banyak mahal ada lampu punya. Jadi RM90 saja?

Dia bateri sudah habis. Dia punya wayar sudah shot. Tuhan punya wayar pun shot. Berebut hindu beli tuhan. Yang gajah tu. Yang ada belalai. Dia patah kan. Berebut beli. Murah. Kita punya tanya.

" Aci apa pasal beli ini tuhan? Ini tuhan gajah dia punya belalai sudah patah. "

'' Takpa. Balik kita taruk plaster. "

Tuhan dia boh plaster. Last2 dia pun. Dia pun tahudia pun tahu bodoh ye tak. Last2 kita tanya dia. Ane aci betul2 cerita. You sembah apa tuhan? You betul2 cerita you sembah apa tuhan? Ini tuhan sudah patah pecah banjir air pun tak boleh tahan. 

" Kita sebenarnya ada besar punya tuhan. Kita ada besar punya tuhan. "

" Apa pasal takda sembah itu besar punya tuhan? Apa pasal pakai ini kicik2 gajah kuda ular semua? "

Ohh dia kata kita takda suci. Hindu kepercayaan central mereka dia, kita manusia tak suci. Sebab tu semua kepercayaan hindu mesti kepada kesucian. Dia nak mandi, dia mandi sungai ganga. Sungai ganga kat india tu. Tuan2 pernah pergi sungai ganga? Saya pernah pergi sungai ganga. Nak kata suci macam mana. Bangkai ayam dok berjalan. Dengan kayu balak kecik2 tu pun timbul. Dia macam mana kata suci. Dia kata suci lantak ko la. 

Sebab itu Hindu bila dia Thaipussam... vel vel vel tu kan. Awal2 dah minta neraka wel. Dia minta neraka wel. Wel wel wel wel wel wel.. Bila dia buat tu kenapa dia pecahkan kelapa? Kenapa hindu tak pecahkan buah betik ke? Buah tembikai ke. Ni musim durian kan. Awat tak pecahkan buah durian pap pap.. rasa melayu pun rebut pergi. 

Pendapat ikhlas aku.

1. Cara penyampaian kurang cerdik.

2. Kekurangan hujah bernas.

Sebenarnya kita boleh berhujah mengenai perbezaan agama. Boleh bertanya dan mempersoalkan kenapa awak begini, kenapa kepercayaan saya begini dan sebagainya. In order untuk saling faham memahami, saling bertukar2 fikiran dan juga berdakwah. Seperti yang di lakukan oleh tokoh agama seperti Doktor Zakir Naik. 

Kalau rajin ikuti ceramah2 dia akan tahu bagaimana dia memperjelaskan, membetulkan dan juga menerangkan apa itu ISLAM dan kenapa penganut HINDU patut CONVERT ke ISLAM.

Dia berdakwah. Tetapi bukan menghina. Kadang2 dia mempersoalkan. Ada penganut hindu beranggapan itu menghina. Tetapi dia akan segera membetulkan tanggapan dan beritahu apa sebenar yang ingin disampaikan. Apa yang penganut hindu kena lihat luar dari kotak.

Pertanyaan lisan direct terus kepada tuan punya badan. Ini lebih baik. 

Dari segi niat tu aku percaya Zulkifli Nordin ada niat yang betul. Tapi penyampaian salah. Kurang tepat. Tidak bijak. Tidak cermat.

Contohnya bila bercakap bab banjir. Nanti penganut hindu akan persoalkan, so kenapa ramai muslim kena bunuh kat palestine? Tuhan ISLAM taknak tolong meh?

Nampak tak betapa tak CERDIKNYA hujah bab banjir tue?

Aku harap biarlah mereka2 yang arif AGAMA membidas dan membetulkan balik persepsi serong yang ditonjolkan oleh Zulkifli Nordin. Maybe dia nak cerita pengalaman dia.. tapi bahasa yang digunakan kurang sesuai. Dalam pada masa yang sama tak payah la keterlaluan dalam menghentam Zulkifli Nordin tu. Tahu dia pro BN, tapi dalam isu neh, rasanya dia dah HYPER-BERKATA2. Niat baik, tetapi penyampaian kurang baik tetapla dilihat tidak baik. Betulkan cara baik, sudah la.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...