Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 Mac 2013

Hot : 50 Warga Nigeria Mengamok Serang Balai Polis [Video Inside]

Pening aku.

Mula2 orang pilipin. Lepas tue Nepal. Dan terkini warga Nigeria plak mengamok sakan kat rakyat malaysia.

Kalau semua mereka bergabung bersatu untuk bantai kita kaw2 apa akan jadi? Untuk rekod kita di bashing kaw2 dalam siri serangan keganasan terhadap warga asing. Ia bermula dengan warga pilipin di lahad datu, kemudian dengan warga Nepal dan terkini dengan Warga Nigeria.

Korang boleh baca komen2 di youtube yang mengutuk malaysian kaw2, especially cara kita handdle isu ini. Sebenarnya aku takmo ulas siapa salah siapa betul dalam isu warga Nigeria neh. Aku pun tatau siapa sebenarnya bersalah. Aku takmo bekap berlandaskan faktor sama agama, sama negara atau apa.. aku lebih suka tengok ruang keadilan kat sini. Siapa salah dia patutlah dihukum.. itu je.

Jadi kita tunggu je la laporan dari polis macam mana berhubung kes ini. Apa pun isu neh memburukkan lagi persepsi warga asing terhadap malaysia apabila 3 kumpulan warga asing dalam masa 2 bulan complain cara layanan kita terhadap mereka sangat2 teruk dan buruk. Ini tak masuk lagi musuh tradisi malaysian yang pasti akan menghangatkan suasana sekarang neh.. tak lain tak bukan, warga indonesia..

Baca bawah ; 

KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit. -HM-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...