Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 Mac 2013

Mahasiswa Ditahan Sebab Edar Risalah.

Ini betul2 kerja gila. Sejak bila edar risalah boleh menyebabkan kita ditahan dan disiasat oleh PDRM?

Melainkan risalah fitnah, berbaur hasutan boleh la ko tahan. Ini edar risalah mengenai perjuangan mahasiswa jek. Itu pun mereka kena tahan tak pasal2?

Selama neh tak pernah aku tengok polis tahan dan siasat mereka2 yang edarkan risalah berbaur porno dan juga risalah kegiatan ALONG. Rileks je. Kat tiang2 lampu. Kat station bas pun ada. Penuh. Bukan tak boleh check kalau nak check. Kadang2 depa letak kad dalam paper. Kalau nak siasat betul2 mesti ada jalan punya la. Yang jadi tak settle sebab takmo siasat.

Bila polis pun buat derk je maka makin menjadi2 la kegiatan along, kongsi gelap, pub dan sebagainya.

Lepas tu orang atas tak habis2 arah pegawai polis siasat benda bodoh. Macam siasat sekumpulan mahasiswa yang edar risalah. Benda bodoh la neh. Bukan edar dadah pun. KPN makin teruk. Menjadi2 ikut telunjuk bn. Maruah polis dipijak2. Bukan salah rakyat pun. Tak puas sound KPN korang. Dia punca utama oke.

Apa pun kita bersama2 mahasiswa kita. Perjuangan dorang merupakan satu benda yang kita kena support. Taknak support pun takpe. Tapi jangan bagi hujah bodoh. Menyampah aku baca. Siyes.

Baca bawah oke.

Speaker's Corner: 5 mahasiswa UMS dibebas malam tadi.

KUALA LUMPUR: Lima aktivis mahasiswa yang ditahan polis di bandar Labuan ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai petang semalam dibebaskan jam 1.30 pagi tadi dengan jaminan polis.

Kelima-lima mereka ditahan kira-kira 10 jam di Balai Polis Labuan untuk soal siasat ekoran mengedarkan risalah dan mengadakan Speaker's Corner sempena Pelancaran Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) Sabah dan Labuan.

kelima-lima yang ditahan itu merupakan 3 siswa dan 2 siswi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, episod penahanan tersebut tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus turun ke lapanagn masyarakat.

"Saya yakin gerakan ini tidak sesekali berundur walaupun diberi pelbagai tekanan dan sekatan. Untuk kebangkitan dari Borneo, Insya-Allah saya dalam proses penyusunan jadual untuk ke Sabah dan Labuan bagi pelancaran manifesto mahasiswa GM13 dalam masa terdekat ini," katanya dalam satu kenyataan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...