Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Februari 2012

Oi Asrullah Affendi betul ke nak lindungi Nurul Izzah?

P1 ko memang brengset kalau ko nak tahu larh kan.

Rasa nya ramai dah kenal sapa asrullah neh betul tak? Dia ialah individu yang dikatakan ingin menyerang nurul izzah. Lihat gambar dia kat bawah neh terlebih dahulu geng ;



Dia ada dua account fb. Orang lain dah dedahkan salah satu acc fb dia. Tapi aku dapat tahu dia ada dua. Dan aku malas nak bagi kedua2 link fb dia. Sebab aku bukan nak mengalakkan orang pergi attack dia sebaliknya aku nak minta dia masuk sini berhujah cara gentlemen. 

Aku bukan jenis suka tuduh melulu. Tapi ini hujah aku kenapa aku berani kata dia bersalah pada hari tersebut. Berbekalkan hujah ketua dia yang aku petik dari malaysiakini ;


ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang  dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

NONEKatanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.

"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.

Asrul, 

Cuba ko baca balik apa yang ketua ko dok potpet kat atas neh?

1. Dia cakap ko cuba protect nurul izzah.

2. ko merampas mike untuk halang nurul izzah dari berucap supaya keadaan menjadi terkawal.

3. ko mengetuai sekumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin pkr ke tempat tersebut.

4. ko cuba menyelamatkannya [nurul izzah] apabila kumpulan belia tersebut mula menyerbu ke pentas.

5. ko takut dipersalahkan jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini.

Ini 5 point paling penting untuk mengatakan ko bersalah sepenuhnya dalam insiden neh. Kenapa? Neh hujah aku. Jika ko rasa aku salah then balas kembali dengan hujah bukan meroyan or memaki hamun bagai apatah lagi menyerang aku.

1. Ko mengetuai kumpulan belia tersebut.

Apa motif ko mengetuai kumpulan tersebut? Apa motif ko menghadiri ke majlis tersebut? Ko takde buat apa2 plan dan discussion ka sebelum pergi ke majlis orang? Takan ko calling2 oii jom2.. kita p majlis nurul izzah? Mesti ada perbincangan kan untuk buat apa2 dan apa betul? Yang sebenarnya bila ko bertindak pergi ke majlis orang tanpa apa2 sebab yang munasabah [contohnya berdebat / berhujah] itu dah tentu2 salah.

Dan menjadi lebih2 salah bila ko sendiri mengetuai kumpulan terbabit tanpa ada apa2 perancangan. Nah, ko memilih untuk mengelak / lari dari menjawab tapi bila ko menyerang majlis orang masa tue ko tak fikir panjang pula? Ko bawa nama umno. Ko bawa imej umno. Kalau ko taknak membantu umno kembali ke perjuangan asal ko tak perlu rosakkan benda yang dah sedia teruk. Ini nasihat ikhlas aku sebagai seseorang yang berkawan dengan semua pihak.

2. Ko rampas mike nurul izzah sebab kumpulan belia menjadi semakin tak terkawal.

Maksudnya ko memang berada berhampiran dengan dia, dekat dengan dia dan berniat nak memprovokasi dia. Apa salahnya ko panggil balik semua belia2 tersebut dan blah dari lokasi? Dah korang yang serbu kan? Bukan nya nurul izzah. Kenapa mesti ko berfikiran bahawa rampas mike ialah tindakan yang cerdik berbanding bercakap dengan geng2 sendiri? Harus di ingat, ko dikatakan ketua oleh ketua ko sendiri. Dan takan seorang ketua yang mengetuai kumpulan belia pada hari itu tidak reti nak tenangkan perasaan ahli2 sendiri? Heh.

3. Ko rampas mike sebab nak protect dan takut dipersalahkan.

Buat benda salah satu salah. Taknak mengaku salah satu hal yang lain. Menjadikan yang salah itu sebagai satu perbuatan yang baik dan betul pula? Itu satu hal yang lain. Jadi orang biarlah kita munasabah sket beb. Though neh bukan statement ko tapi aku kira statement ketua ko mewakili diri ko juga bukan?

Kalau ko dah takut dipersalahkan kenapa pula ko berani mengetuai sekumpulan belia yang berniat provokasi dari awal lagi? Isu neh simple jek asrullulah. Kita neh walaupun berbeza parti, pendirian, pandangan dan etc2, harus belajar mengungkapkan perbezaan kita mengikut kaedah yang betul. 

Takde siapa2 pun paksa ko wajib sokong pr. Ko nak sokong umno? Sokong je lah. Sapa pun tak marah. Tapi jangan halang orang lain dari sokong dan berkempen cara betul. Majlis ko, kempen ko, orang2 pr takan kacau langsung pun der. Ko nak berkempen 24 jam sehari itu ko punya pasal. Tapi dalam masa yang sama ko kena belajar respect jika orang2 pr nak berkempen tak kira lah di mana2 tempat sekalipun.

Hah, apa? Tidak suka, tidak bersetuju? Marah? Sakit ahti? Janganlah keluar rumah dan pergi kat majlis tersebut. Duduk diam2 satu tempat. Majlis tue bukan tak berakhir. Dia akan berakhir. Ko nak risau apa. Kalau nak berhujah? Berdebat? Buatlah cara baik, proper. Dan beberapa kali pemimpin2 pr berlapang dada berikan mike kepada orang2 bn untuk berhujah atas pentas pr. Tak pernah sekalipun pemimpin2 pr menghalang geng2 bn untuk berhujah. Berhujah lah kamu atas pentas walaupun atas pentas pr sekalipun.

Yang kita marah, yang kita benci dan tak suka ialah bilamana geng2 korang menunjukkan kesamsengan, kebiadapan dan kelancauan yang amat. Korang melayan orang2 pr neh macam kami neh menumpang di bumi malaysia walaupun kami ialah rakyat malaysia sama jek macam korang. Selagi korang melayan orang2 pr macam anak tiri selagi itulah korang jangan mimpi bien mampu tawan malaysia kembali. Bai

Ameno : Jawablah asrul.. blog neh terbuka dengan perdebatan sihat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...