Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Februari 2012

Mahathir, Hudud dan orang islam malaysia.

P1 ko jangan cari pasal dengan aku lah. Jangan bikin aku panas beb.

Semalam kecoh pasal mahathir hina hudud. Ada dua orang upload video mahathir pasal hudud dan kedua2 video terbabit diremoved tanpa sebab or maybe kerana di report dan sebagainya. Takpe. Kat sini aku korbankan page aku untuk upload video terbabit. Aku letak title yang lebih soft kerana aku mahu mengundang discussion yang lebih aman.

Fahami dulu statement mahathir sebelum menyerang atau menyokong melulu geng. Kat bawah neh statement mahathir dalam bentuk bertulis.

Kita harus tahu, apa dia hukum hudud neh. Yang pertama nya hukum hudud neh dibentuk oleh ahli2 fekah, dia tidak terdapat dalam Alquran. Dalam Alquran ada hukum2 yang tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli2 fekah. Sebab tue apabila kita nak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Alquran. Kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita. Dan kalau kita baca Alquran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa arab mungkin kita tak faham. 

Walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji, baca dalam Alquran terdapat sekurang2nya 43 ayat yang menekankan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Dalam islam yang utama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu tetapi hukuman yang adil.

Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di malaysia, mereka berkata bahawa hukum hudud neh akan dikenakan kepada orang islam sahaja. Orang bukan islam tidak akan dikenakan hukum hudud.

Apa akan terjadi apabila seorang orang islam dan seorang bukan islam melakukan satu jenayah mencuri seumpamanya. Apabila kita hukum mereka, yang islam kita potong tangan yang bukan islam kita masuk dalam jail selama dua bulan. Kalau kita tanya kepada diri kita, apakah ini adil? Adil kah orang islam putus tangan, orang bukan islam masuk jail dua bulan lepas tue keluar bebas? Adil kah?

Kalau jawapan nya tidak adil, dia bukan islam. Dalam islam hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya.. sebenarnya dalam surah An-Nisa takde hukuman yang disebutkan apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. 

Apabila seseorang wanita yang dirogol dia kenal betul2 siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai 4 orang saksi, apabila dia membuat tuduhan, maka tuduhan neh di anggap sebagainya ciptaan nya yang sendiri. Dan untuk ini dia akan disebat 80kali.

Kemudian perempuan neh hamil dan melahirkan anak maka dia akan dituduh telah berzina. Dan hukuman bagi orang yang berzina, ini tiada dalam Alquran tetapi orang, ahli fekah kata hukuman bagi orang yang berzina ialah rejam dengan batu sampai mati. Adil kah? Mangsa rogol dibunuh, perogol disebat semata2 kerana takde 4 orang saksi. Ini semua ditambah tokok kepada agama kita.

Sebab tue kita sanggup membelakangkang ajaran Alquran dan mengutamakan hukum yang amat berat neh. Kerana kita berpendapat kalau hukuman itu berat, maka kita [tidak jelas] sendiri islam [atau insaf ** tak jelas]. Tidak benar. Dalam buku Alquran, kita baca Alquran dalam bahasa yang kita boleh faham kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu menghukum hukumlah dengan adil. 

Yang pertama ialah adil. Bukan soal saksi, bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab tue mereka yang membuat cadangan yang nak melaksanakan hukum hudud mereka sebenarnya bukan bercakap berkenaan pasal hukum islam tetapi ini ialah ciptaan mereka sendiri. Dan kita tidak dapat terima. TK.  -Mahathir-
Sendiri translate. Kalau ada yang salah tolong betulkan ek. 

Ini versi video ;

 

Sabar. 

Jangan marah Mahathir. Kalau korang tanya aku, itu jawapan aku. Kenapa? Sebabnya mudah. Walaupun mahathir tidak faham apa itu hudud tetapi dia faham satu perkara yang paling penting ialah islam = adil. Cuba perhatikan bait demi bait yang mahathir ucapkan di atas neh. Dia benar2 menerima bahawa islam = adil walaupun dia gagal faham apa itu hudud dan etc.

Mahathir bagi hujah maka kita harus lawan hujah. Bukan lawan maki dan marah. Marah seme orang boleh tapi apa hujah yang boleh kita ketengahkan supaya kita nak orang faham apa sebenarnya yang sedang cuba kita sampaikan melalui hudud. 


1. Hukum hudud ciptaan ahli fekah.

Perkataan hudud itu sendiri aku taktau sapa yang cipta. Tetapi maksud dia tak silap aku mencegah / membanteras. Aku dah lupa. Tolong betulkan ye. Tetapi instead of perkataan hudud, kita harus teliti kandungan yang terdapat dalam hudud. Hudud ialah ciptaan Allah swt. Ia bukan ciptaan ahli fekah. Ia direct datang dari Allah swt. Maksudnya apa? Maksudnya jenis2 hukuman yang terdapat dalam teks hukuman hudud ialah sesuatu yang datang dari Allah swt.

Ulama2 hebat telah sedaya upaya memperincikan kandungan Alquran dalam bentuk teks yang senang kita faham dan hadam. Kenapa nak bagi kita mudah faham? Supaya kita boleh serap ilmu dan faedah menerusinya. Apa yang Allah swt beri, semua nya bersebab. Samada kita tahu atau tidak tahu. 

2. Baca Alquran dalam bahasa sendiri.

Saranan yang baik dari Mahathir. Kalau suruh aku baca Alquran, aku setakat boleh baca jek, tafsir? Aku tak boleh buat even baca dalam bahasa melayu sekalipun sebab kerja2 menafsir Alquran ialah kerja2 orang yang ada ilmu. Baca boleh baca Alquran dalam bahasa sendiri supaya kita faham apa yang kita baca tetapi jangan buat kerja2 penafsiran kerana ia memerlukan ilmu dan kefahaman yang sangat dalam.

Kita tak boleh suka2 tafsir Alquran sebab kita takde ilmu. Setiap ayat dalam Alquran berkait antara satu sama lain dan mengandungi peristiwa dan kejadian tertentu apabila ia diturunkan dan sampai kepada Muhammad saw untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Apakah kita hafal dan ketahui setiap peristiwa tersebut? Kita tidak. Jadi, kita jangan buat kerja yang memang bukan kerja kita dari mula.

3. Hukum hudud tidak terdapat Alquran.

Kalau secara direct Allah swt menyebut hukum hudud, aku rasa ia memang tiada. Hudud ialah satu siri hukuman yang disusun oleh ulama2 yang mengkaji Alquran. Jenis2 hukuman yang terdapat dalam hudud ialah jenis2 hukuman yang memang Allah swt tetapkan. Ia ditarik keluar dari Alquran, dikaji, dibincangkan, disusun dan diedarkan agar kita faham apa itu hukuman2 yang sepatutnya dan setimpalnya bagi jenis2 jenayah tertentu.  

Sepertimana yang kita sedia maklum islam = sangat lengkap pengisian nya. Adalah janggal jika kita ada semua tetapi tiada perundangan islam. Jadi ahli2 agama yang bijak pandai telah menyusun dan mengkaji satu sistem yang masih diperbincangkan sehingga ke hari neh iaitu perundangan islam.

Ada yang telah melaksanakannya, ada yang telah dipinda, ada yang masih dikaji dan ada yang masih hebat diperdebatkan. Itu semua dilakukan oleh orang2 yang arif ilmu agama. Kita neh setakat dok tepi boleh lah. Mahathir dalam isu neh, dia sama seperti aku. Hanya layak duduk tepi. 

4. Merogol dan zina.

Yang ada dalam perincian teks hudud antaranya zina, murtad, menuduh orang baik berzina, mencuri, merompak dan minum arak. Merogol bukan sesuatu yang terkandung dalam teks perincian hudud meskipun merogol ada terkandung dalam undang2 jenayah islam.

Hukum berzina dan merogol ialah dua jenis pengadilan yang berbeza syaratnya. Namun perbuatan zina dan rogol tetap perlu di seiringkan bukti keadaan. Ini penting bagi mengelak fitnah. 

Untuk membicarakan satu2 kes, perlu ada penghujahan. Dalam kes zina, kita anggap 4 saksi ialah penghujahan. 4 saksi tersebut mestilah bukan orang fasik. Kita tidak mahu nanti ada saksi2 dibayar / di upah untuk menfitnah orang.  Itu pentingnya saksi yang berkredibliti.

Namun kalau tiada saksi, kes tetap boleh berjalan. Asalkan ada bukti2 yang menyokong kepada perlakuan tersebut. Namun, harus di ingat mengintai orang lain yang melakukan zina ialah perbuatan yang haram. Contohnya, ko rakam dengan niat nak membuktikan dia berzina. Ini salah walaupun niat ko nampak macam baik.

Mengintai orang yang melakukan kesalahan [zina] sorok2, tidak dibolehkan. Kalau dia melakukan aksi tersebut terang-terangan macam bawa pergi hotel, taman dan tempat2 yang memang orang boleh nampak mereka akan melakukan perzinaan, itu lain citer. Kalau tahu, call jek jabatan pencegahan maksiat, jangan nak mengintip orang pula. Dalam erti kata lain, maksiat yang dilakukan secara terbuka kita kena banteras, maksiat yang dilakukan sorok2, jangan pula kita intip. Setiap manusia ada harapan untuk bertaubat.

Keadilan dalam kes rogol tetap boleh dicapai walaupun diadili berdasarkan perundangan islam. Momantai beb. Dalam perundangan islam kita focus kepada keadilan. Apa2 keterangan, bahan, saksi, hujah, sistem, yang boleh membantu menegakkan keadilan kepada mangsa, kita akan gunapakai untuk tegakkan yang haq dan hukum yang batil.

5. Hudud kejam dan berat.

Mata mahathir melihat hudud sebagai kejam tetapi ia kena pada tempatnya. Bayangkan jika zina ditakuti, apa kebaikan kepada rakyat disini? Kejam menghukum penzina tetapi tidak kah lebih kejam bunuh dan buang bayi? Melaksanakan yang sedikit keras dan kejam berbanding dengan yang lebih kejam dan zalim yang mana satu lebih baik disini? Jika yang kejam neh dapat membendung yang lebih kejam, bukan kah ia baik?

Ini juga satu konsep keadilan yang kita sukar nak faham menerusi kaca mata kasar. Contohnya minum arak. Nampak macam berat kena sebat 40kali tetapi kesan dan impak daripada meminum arak adalah sangat teruk. Tak percaya tanya lah orang2 yang minum arak sendiri. Mereka sendiri pun tahu apa impak arak terhadap diri mereka beb. Jadi jika hukuman yang keras boleh mencegah jenayah yang lebih keras aku tak nampak kenapa ia satu bentuk kesalahan pula.

6. Dua hukuman berbeza untuk penganut yang berbeza atas kesalahan yang sama. Tidak adil.

Bercakap pasal dua set hukuman yang berbeza memang sampai bila2 pun tidak akan habis. Se-eloknya biarlah gunakan satu set hukuman yang merangkumi semua jenis rakyat di malaysia neh.

Apa yang terjadi sekarang neh ialah undang2 kita tidak adil. Kita mahukan satu set undang2 yang adil tetapi kita diberikan pelbagai set undang2 yang mana utk orang kaya begini hukum dia, untuk orang miskin begini, untuk rakyat begini, utk pemimpin begini dan etc. Contohnya khir merompak didenda setahun, rakyat mencuri susu tin dipenjara 2 bulan, rakyat mencuri susu tepung penjara dua tahun dan etc. Boleh nampak tak asbab utama kenapa rakyat marah, merompak, sakit ahti, berdendam dan memberontak disini?

Kalau kita tak mahu laksanakan hudud, kita harus ada satu set hukuman yang adil. Allah swt suruh kita berlaku adil, oleh kerana kita tidak tahu menentukan apa itu adil, maka kita ada garis panduan yang jelas menerusi Alquran untuk ajar kita apa itu adil tapi itupun kita tolak. Walaupun aku bersetuju bahawa perundangan islam adalah optional asalkan kita berada di landasan yang adil tetapi masalah sekarang neh landasan kita sekarang neh pun jelas tidak adil. 

Namun ianya sangat penting untuk kita faham adil harus kena pada tempatnya. Jika seseorang muslim itu dipotong tangan dan seseorang bukan muslim itu dipenjara 20 tahun aku nampak ia sama2 berat. Satu hilang tangan, satu hilang kebebasan. Asalkan adil dan kena pada tempat. Tapi kita takan dapat yang itu dengan perundangan sekarang. Yang neh aku percaya kita sama2 jelas.

7. Kalau bukan islam mencuri penjara dua bulan dan orang islam kena potong tangan kenapa?

Fahami dulu cara hukuman ini akan dijalankan.

- Adakah mahathir nak kata perundangan malaysia meringankan hukuman pencuri?

- Jika ya, maka beratkan lah ia agar ia selari dengan perundangan islam. Semua benda boleh di ubah. Ini boleh dibuat untuk selarikan hukuman dan jumlah denda. Aku tak nampak ia kaedah yang buruk dan teruk. Asalkan ia bertujuan baik aku percaya semua orang takde masalah untuk setuju.

- Orang islam tidak akan di potong tangan secara membuta tuli. Ia perlukan kesalahan yang berulangan dengan kadar kecurian yang besar. Maksudnya akibat perbuatan mencuri, dia menyebabkan orang lain susah dan teraniaya dengan teruk.

Contoh kes ragut ;

Dia meragut, mangsa mati. So jika dia dipotong tangan, bukan kah ini pertimbangan yang baik bagi keluarga mangsa? Namun terdapat juga kes di mana nyawa dibalas nyawa. Dan ada juga kes di mana keluarga yang kehilangan nyawa memaafkan penjenayah dan penjenayah dihukum dengan hukuman yang lain. Sebab tue perlunya mereka2 yang teraniaya, menjadi mangsa tampil ke depan, berhujah, bercakap atas kandang saksi, atas mahkamah, depan hakim, meluahkan apa yang mereka rasa, keperitan mereka, kesengsaraan, dan sebagainya supaya hakim dan penjenayah boleh nampak dan lihat sendiri apa beban yang mangsa tanggung akibat satu2 penjenayahan yang dilakukan terhadap dia. Bukan saksi jek penting, mangsa pun penting juga. Khalifah umar menekankan konsep mendengar keterangan bukan sahaja dari pihak yang menyiasat kes, malahan dari pihak mangsa juga. Ini elemen penting yang diabaikan total oleh perundangan kita. Lainlah kalau mereka2 neh orang politik tak pun orang2 yang popular dan berstatus sket.. mereka sudah ada suara dan ruang tapi orang2 biasa macam kita? Pernah perundangan negara kita amek kesah? Pergi masuk bakolsampahlah ko.

Harus di ingat, perundangan islam dalam hudud ia bukan sesuatu yang static. Maksudnya disini setiap kes yang kes berbeza akan diadili bersandarkan kepada kes2 tersebut. Ia bukannya static asal mencuri straight potong tangan. Jangan salah faham.

8. Rejam sampai mati.

Bercakap pasal rejam. Aku belum hadam yang tue lagi. Biarlah orang arif mengungkapkan isu rejam neh. Aku sendiri pun masih sedang cuba memahaminya. Cuma nak clearkan isu bahawa rejam tidak akan dilakukan atas individu yang dirogol, melahirkan anak dan etc2. Ia bukan masalah hukum. Ia masalah sistem keadilan. Apa yang mahathir ungkapkan itu sebenarnya masalah cara mana keadilan itu akan diterjemahkan. 

Sebenarnya bercakap pasal ketidakadilan, ia memang wujud pada masa sekarang neh. Sekarang neh terdapat ketidakadilan yang sungguh nyata dalam perundangan malaysia. Aku percaya mahathir sedang menterjemahkan konsep ketidakadilan neh dan mengaitkan ia dengan perundangan islam dengan menerangkan peranan hakim. Hakim, jika ia tidak adil, maka ia memang tidak akan adil tak kira perundangan apa pun yang dia pakai. 

Mahathir faham yang neh. Dia ada keraguan tentang neh. Keraguan dia sangat munasabah. Orang yang ada pengalaman pernah masuk campur sistem kehakiman akan ada keraguan macam neh. Tak pelik jika ia keluar dari mulut Mahathir. Satu persoalan yang kita kena kaji ialah memikirkan macam mana nak melantik hakim yang adil disamping membicarakan satu2 kes perundangan islam mengikuti ketetapan yang juga adil.

Nota : Artikel neh tidak merujuk kepada mana2 sumber. Ia hasil penulisan sendiri. Jika ada kesilapan dalam artikel neh mohon diperbetulkan. Tenkiu.

Ameno : Masih banyak yang perlu kita belajar pasal hudud neh.. daripada dok kondem2.. baik kita sama2 cari jalan atasi bagaimana nak fahamkan apa itu hudud, macam mana nak laksanakan ia dan bagaimana pelaksanaan hudud boleh membentuk moral umat islam agar kembali kepada ajaran islam yang sebenar-benarnya. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...