Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 September 2011

Rahimi yang sewel, yahudi dan jiwa yang terguris.

Semalam sapa tengok berita tv3? Semalam tv3 memainkan isu komunis dan mengaitkan ia dengan mat sabu dan kemunculan rahimi di tv3 dalam slot khas pendedahan haprak yang aku sedar bukan lah pendedahan apa sangat. 

Aku tak berapa ingat sangat isu mat sabu kat tv3 semalam. Yang aku ingat ialah makcik yang menangis dan anak perempuan kepada makcik itu minta mat sabu jangan mengangu keluarga mereka lagi. Di samping itu anak perempuan makcik itu juga menjelaskan bahawa mat sabu ada menelefon dan mahu membela keluarga di bukit kepong. Mat sabu siap cakap nak bawa lawyer lagi bagi membela kes tersebut.

Namun anuk perempuan kepada makcik yang menangis itu telah menolak. Tiada kata2 kasar semasa dia menolak hajat mat sabu tetapi jelas dia tak faham apa yang cuba dibawa oleh mat sabu. Kepada rakan2 anak gadis tersebut dan pakcik2 dia yang marah akibat isu neh minta korang faham hal neh dalam sedalam nya sebelum membuat tohmahan yang melulu.

Mustahil untuk tidak sedih. Mustahil untuk ahli keluarga polis yang terbunuh tidak sedih. Mustahil untuk anggota pemberontak yang terbunuh tidak bersedih. Tetapi untuk menghadapi kesedihan itu, bukan setakat lari dan lupakan ia sahaja beb. Suka tak suka kes neh melukakan banyak pihak. Dan semua pihak yang terluka berhak memahami siapa yang menyebabkan kelukaan mereka parah.

Kita sebagai manusia yang cintakan kebenaran sebagaimana yang di ajar dalam islam harus belajar bahawa kelukaan masa silam ialah sejarah yang harus kita ambil iktibar. Tapi macam mana kita nak amek iktibar pada sejarah yang dipesongkan? Adakah Allah swt melupakan kebaikan abu jahal di dalam Alquran ketika Nabi saw belum bergelar rasul? Allah swt tidak..maka siapa kita hambaNya yang layak melupakan kebaikan orang lain? Kita tidak layak beb, kita kena sedar.

Semua yang terlibat dalam isu neh berdendam. Dendam ialah perkara yang dasat. Tetapi dendam berasaskan fitnah adalah maha dasat. Benda yang tiada, di ada2kan dan tercetus dendam kerana nya sehingga mengakibat sentimen kebencian, wajar ke? Wajar ke kita mendendami satu2 hal berasaskan daripada kisah fitnah? 

Kita sebagai manusia kena belajar, kesilapan masa lalu tidak boleh diteruskan oleh generasi kini. Kita kena buka minda, buka ahti dan berlapang dada. Terima kebenaran. Yang mati tetap dah mati. Yang hidup kena tolong si mati bersihkan perkara2 yang sepatutnya. Jangan ingat dengan menyebarkan fitnah dan menutup kisah sebenar, si mati tidak mendapat azab di dalam kubur. Mereka dapat beb. Jadi korang yang masih hidup neh sebenarnya tidak menolong mereka. Cara mana korang menolong mereka ialah belajar menerima kebenaran. Dan mendoakan mereka yang telah terkorban. 

Kita tidak tahu hal sebenar sebab kita tidak hidup di zaman mereka. Boleh jadi semua nya ada lah wira. Semua nya berjuang demi negara. Dan mencari salah betul bukan bidang tugas kita. Bukan pula bidang kuasa umno. Sepatutnya fakta diperhalusi dengan memikirkan sentimen kesemua pihak. Jangan ada yang terasa ahti. Kenapa tidak menerangkan fakta tanpa perlu menganalisis dari pandangan kepartian ketika itu? 

Suka tak suka umno telah memupuk perasan benci pada orang yang kita tidak perlu benci. Instead of perasan bencikan maksiat dan setan, umno mengajar kita membenci manusia dan pejuang. Umno neh bukan parti yang baik. Parti yang baik tidak akan memesongkan sejarah. Apa salahnya mencatitkan sejarah dan mengajar manusia mengambil iktibar daripadanya? Apa salahnya mengatakan kedua2 pihak tersepit antara fahaman, idelogi dan semangat cintakan negara. Apa salahnya menganggap kedua2 nya adalah wira yang berkorban untuk negara walaupun memilih cara yang berbeza? 

Apa salahnya menanamkan persepsi baik untuk kedua2 belah pihak instead of menentukan siapa salah dan siapa benar sedangkan hal itu tidak wujud sekalipun? Mereka semua adalah benar dan mereka percaya apa yang mereka juangkan. Tanggungjawab kita ialah memahami mereka dan bukan mencerca antara satu sama saling. 

Dan umno tidak pernah serik. Tidak serik untuk memanipulasikan fakta dan memainkan sentimen kebencian. Sejarah sudah membuktikan berkali2. Itulah umno dulu dan kini. Dan terbaru di tv3, anwar ibrahim ialah ikon kebencian yang dijaja umno sebagaimana pejuang kemerdekaan dulu dikecam, difitnah, dizalimi dan dihina.

Semalam di tv3 juga rahimi muncul dan potpet pasal yahudi. Siapa yahudi neh yang kita kena benci sangat? Adakah rahimi secara rambang mengatakan bahawa bangsa yahudi bangsa yang layak dibenci? Apakah Allah swt mengatakan bahawa kita wajib benci yahudi ataupun golongan yahudi keturunan dari suku bani israel? 

Kebencian terhadap yahudi harus dikaji. Aku benar2 mahu faham dari mana sikap bencikan yahudi neh timbul dan kenapa aku mesti benci yahudi walhal bukan semua yahudi itu jahat. Malahan ada yahudi beragama islam. Apakah rahimi tidak faham apa yang dia sendiri bencikan? Boleh ke dia berikan dalil dan asbab atas sebab apa aku kena benci yahudi disini?

Rahimi cakap apa2 benda yang yahudi taja kepada anwar ibrahim, yahudi mahukan balasannya. Ya, jadi mana bukti bahawa yahudi taja anwar ibrahim dan pkr? Isu sekarang bukan isu yahudi taja anwar ibrahim, isu sekarang mana bukti anwar ibrahim ditaja oleh yahudi dan mahu mengadaikan malaysia neh. Simple bukan?

Ko, boleh pongpang masuk tv3 kutuk pkr. Dan aku juga berhajatkan sampai mampos agaknya mahu muncul di tv3 untuk bidas hujah ko. Walaupun aku tahu ia hampir sahaja mustahil melainkan ketetapan Allah swt mengubah segalanya. Tetapi boleh tak ko, pongpang benda yang memang wujud? Apa guna ko muncul di tv3 komen itu ini sedangkan tiada satu bukti pun yang ko bawa. 

Lagi satu yang aku paling jelik bila tv3 boleh buat sesi interview dengan orang sohai macam ko. Ko sendiri tak sedar dari mana pkr dapat dana tapi ko sendiri dah makan dana2 yang pkr dapat tiap2 bulan, selama bertahun2 sebelum neh? Bukan aku tuduh ko menipu. Jangan salah faham bhai. Bukan aku membela pkr. Jangan salah faham bhai. Tapi sikap ko sendiri tue hah.

Ko siap ajak saiful bukhari azlan lagi sebagai kroni bagi menjaga kerusi dan pangkat ko selepas kepergian adun seri setia yang menang kerusi pru. Apasal masa tue ko tak gunakan peluang untuk collect bukti dan siasat?

Owh yer.. lupa aku, manusia macam ko bertuan duit. Di mana duit mengalir, disitu tuan ko. Ketika itu ko tak terfikir nak siasat sebab dilimpahi duit dan kuasa. Sebab itu orang macam ko tak layak pun berhujah isu neh. Orang yang berpaksi pada duit mana pernah ada pendirian. Orang yang ada pendirian ialah dia akan bercakap apa sahaja tanpa mengira kritikan dan kecaman waima dia mendedahkan kepincangan parti dia sendiri sekalipun. 

Itu sebab aku memandang seme parti politik neh sama je. Bila dah sama, so seme memang layak kena kritik larh. Selagi ada minda yang memikirkan bahawa ada parti politik maksum selagi itu politik di malaysia neh tak boleh berubah. Selagi ada minda memikirkan bahawa ahli parti a tak boleh kritik parti a selagi itu larh parti politik malaysia neh bullshit. Bila bercakap soal politik, terima lah hakikat bahawa kritikan itu adalah satu kewajipan.

Dan sememangnya suka tak suka, rahimi ko baru sahaja membuktikan kepada aku semalam, bahawa ko bukan sekadar pondan yang biasa. Ko ialah pondan yang sewel. Malahan keturunan pondan juga benci dengan kesewelan yang ko paparkan semalam. Tetapi memandangkan ko sendiri memilih untuk jadi sewel secara ikhlas demi wang, maka kalau ada orang kata ko bullshit, terima je lah dengan senyuman.

Ameno : Bullshit lagi membullshitkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...