Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 September 2011

Updated : Topup kini confirm ada cukai. - 15/9/2011 hari cukai malaysia bermula!

Status seorang sahabat."Baru dapat sms kat hp tadi...dia tulis "Pelanggan dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar & pek p'mulaan akan di kenakan cukai p'khidmatan sebyk 6% ". betul ke? <-- geng, sapa dapat sms pasal neh? Aku tak dapat lagi..neh aku amek dari sini.

Maksudnya apa? Cukai topup confirm naik or confirm ditolak secara langsung dari kredit kita? Situasi dia macam neh ;

1. topup memang ada cukai.

2. tapi bukan cukai direct dari kita.

3. tak silap aku cukai sekarang 5% kot. Itu ada tertera dekat kad topup. Aku jarang beli kad. Selalu masuk terus je. 

4. Hari tue ada baca press statement released by maxis dia bagitau bahawa maxis sedang memikirkan kaedah terbaek untuk mengenakan cukai yang tidak membebankan pelanggan.

5. Cukai yang dikenakan neh bukan datang dari maxis, ia dikenakan oleh kerajaan dan maxis cuma mematuhi arahan sambil memberitahu bahawa celcom telah bersetuju akan melaksanakan cukai neh dalam masa terdekat. Merujuk kepada berita time tue larh kan. Samada celcom dah buat or belum time neh aku pun tak sure. 

6. Daripada apa yang aku fahamkan ialah ada 2 method yang dorang plan ;

- cukai topup yang tolak langsung dari pengguna. Iaitu kalau ko beli topup rm10 isian semula ko hanya ada rm9.40. Neh lebih menguntungkan kerajaan kerana ia dikira setiap kali ko topup tanpa kira bangsa, warganegara dan usia. Pendek kata hasil punggutan cukai lebih tinggi.


- cukai topup yang ditolak langsung dari maxis. Maksudnya perkhidmatan penjualan topup neh dikira berapa banyak ko jual dan kadar cukai 6% akan ditolak dari jumlah jualan. 


Tapi andai kaedah kedua yang dilaksanakan, maka pihak maxis sepatutnya tak perlu susah payah buat pc untuk luahkan pendirian mereka sebab kaedah neh dah memang kaedah yang biasa diamalkan. Terdapat desas desus bahawa kaedah pertama itu yang akan dilaksanakan sebab itu maxis buat pc untuk pencerahan. Tetapi pc maxis bukan bermakna bahawa perkara itu muktamad. Cuma dia bagi hint bahawa ada kemungkinan method pertama akan digunapakai bagi mengira cukai perkhidmatan sambil menegaskan bahawa maxis tidak mampu lagi menangung beban [ayat lame].

So nak tahu jelas tak jelas tunggu je larh 15 september neh. Apa pun aku faham kenapa kerajaan kena cukai.. tapi aku cuma tak faham macam mana cukai yang dikenakan neh boleh membantu aku kembali?


Dan ini, adalah persoalan yang ada pada ramai rakyat malaysia. Rakyat malaysia bukan merunggut pasal cukai, cuma merunggut kenapa cukai di atas kami menjadi duit untuk menambahkan harta persendirian bagi kamu? Nampak tak disini kenapa kami bengang?

UPDATED :



Confirm beb. Tapi ada perubahan sket dari segi calculation aku sebentar tadi. Jika ko beli topup rm10, bukan kredit ko jadi rm9.40 tapi ko kena bayar rm10.60sen. Ha.. ini cara yang digunapakai. Apa? Nak fack government? Boleh.. tunggu aku fack dulu..



FACK U!



Sekian.


Ameno : cukai sana sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...