Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 September 2011

Mashitah dari ustazah kini terjun ke bidang politik.

Mashitah..

Mashitah..

Aku sebenarnya sayang kat ko neh. Siyes aku cakap. Walaupun ko dah berubah terlalu jauh tetapi aku masih sayang kat ko. Aku ingat dulu time aku mula2 nampak ko berceramah dalam program apa tah kat tv3.. suka sangat tengok ko. Masa tue kening steady takde cukur2 macam sekarang [ dipercayai cukur / auter ]. Makeup pun nampak natural bukan macam sekarang. Tapi tah macam mana sejak ko mula terlibat dengan kerajaan pendirian ko berubah. Nasihat2 ko mula berpaksi. Kata2 ko semakin tak boleh pakai. 

Tapi aku tak boleh nak buang rasa sayang terhadap ko. Sebab aku percaya suatu masa kelak, ko akan kembali semula. Kembali seperti asal. Kembali ke pangkal jalan. Cuma bukan sekarang. Lihat bawah neh ;



Hish.. hish mashitah mashitah. Ko nak jadi ahli politik ke sekarang neh? Kempen ubah gaya hidup anjuran rosmah ka mashitah weh?

1. Ko soh dsai bersumpah. Aku faham pendirian ko. Aku tak nampak usul ko neh salah sebenarnya. Tapi masalahnya dalam isu neh ko dah bersikap memihak kepada saiful. Sebab ko cakap dsai takde bukti yang boleh menyokong kenyataan dsai. Kat sini je point ko dah salah. Yang tiada bukti sekarang ialah saiful bukan dsai. Dah kalau dia ada bukti untuk pertahankan diri apsal pula dia mesti sibuk nak bersumpah? Hanya mahkamah je taknak terima bukti dia. Bukan sebab dia tiada bukti dan saksi. Mahkamah malaysia neh pelik sket. Yang ada bukti dan saksi kena tolak, yang tiada bukti, saksi dan siap makan karipap lepas diliwat diterima pula hujah dan kesaksian dia meskipun based on air liur je. Dasat beb.


2. Selain dari kes liwat II, mashitah juga menyuruh dsai bersumpah atas kes zina I. [Maybe ada episode zina II in future]. Apakah mashitah boleh menjamin dengan bersumpah selepas neh umno dan seluruh geng2 kerajaan tidak akan mengaitkan dsai dengan liwat dan zina lagi? Kalau boleh hari neh gak dsai sanggup bersumpah. Yang masalahnya dsai dah taknak melayan isu sumpah2 neh pasal dulu pun dia bersumpah gak tapi akhirnya tetap masuk ke penjara. Bagi dia bersumpah or tak bersumpah hampir sahaja tiada beza. Yang membezakan ialah cuma dia bersumpah dan tidak bersumpah itu je. Hahaa.. samada dia bersumpah or tidak bersumpah umno telah set sampai mampos bahawa dsai akan diserang tak kira apa tindakan yang dia ambil kelak. 

So, what's the point untuk dia bersumpah sekarang? Kalau tidak akan menghadirkan apa2 perbezaan? For me, aku berpegang kepada hujah. Hujahnya ialah aku tak percayakan kes liwat dan kes zina neh setelah aku kaji kes mendalam dari awal sampai akhir. Bersumpah bagi aku ialah orang lemah yang tiada hujah. Ya, lemah dan lembik macam saiful dan najib. Tapi tak mustahil sampai satu saat dsai mungkin akan bersumpah apabila dia menemui jalan buntu. Tak siapa tahu hal tue. 

Tekanan yang dia hadapi sebenar dasat. Boleh tengok air muka dia yang menampakkan kesengsaraan akibat penderitaan yang dia tanggung. Cuba ko letakkan diri ko ditempat dia, boleh ko hidup aman dengan fitnah 24jam calling in dalam hidup ko, mashitah? Tak boleh punya. Takde larh aku bangang nak anggap dsai neh anugerah Allah swt ke apa ke or taksub membuta tuli tapi aku pegang pada fakta. Fakta nya sekarang dsai kena fitnah. Kenapa nak menjatuhkan dsai dengan jalan fitnah ? Serang aje dia depan2. Kalau dia serang kerajaan guna isu penyelewengan, bidas balik larh guna hujah yang sama. Apa pasal mesti guna jalan fitnah untuk jatuhkan orang? Apakah umno menggangap bahawa dsai itu maksum? Bebas dari kesalahan?

Bagi aku ada banyak perkara2 dalam pkr yang umno tidak berapa nak highlightkan kerana umno sedar bahawa apa yang pkr buat, dorang juga buat, malahan dengan lebih dasat lagi. Itu larh pasal umno memilih jalan fitnah untuk jatuhkan orang. Jalan yang memang aku, ko mashitah, dan umat islam kena tolak. Sampai bila kita nak membiarkan fitnah melingkari politik di malaysia? 

3. Isu karpal singh sebenarnya aku no komen. Pasal aku nak mashitah faham yang selain dari karpal singh yang bertitlekan peguam politik, banyak lagi peguam politik lain yang wujud sekarang. Apa kata mashitah berkenalan dengan zulkifli nordin dan lain2 peguam politik pro kerajaan yang menceburkan diri dalam politik dan dalam masa yang sama menawarkan khidmat guaman di malaysia neh, boleh?


Ameno : Ahli politik baru.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...