Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Julai 2011

PATRIOT Batal Perhimpunan 9 Julai ini


KUALA LUMPUR 4 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO yang melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Patriot akan dibubar sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara. – Utusan

Betul ke berita yang aku baca kat dalam blog pro umno neh? Kalau betul memang lah bagus pun. Menyemak je nak berhimpun dengan kita orang. Orang berhimpun nak hantar memo, awak berhimpun nak buat kacau. Memang lah menyusahkan orang ramai. Tapi kira bagus lah gak sebab korang nak batalkan pada saat2 akhir. Kalau korang tak batalkan korang di anggap derhaka pada Agong. Almaklumlah Agong gelar kami kumpulan bersih, bukan kumpulan haram macam yang korang selalu sebut2 kan dalam paper dan tv. Terima kasih Agong sebab tidak gelarkan kami peserta bersih sebagai perhimpunan haram macam monkeys di sebelah sana tue. Hhehhhe..

Monkeys aku tengok dah semakin sakit dan tersepit. Mula2 najib buat2 baik dengan buat2 bertolenrasi, lepas tue berita2 penangkapan makin susut. Sekarang neh kita harap perjumpaan ambiga dengan Agong akan membuahkan hasil yang positif. Tujuan demo bukan sekadar nak hantar memo je. Tetapi juga satu tanda kepada SPR bahawa bukan "kumpulan kecil" yang melihat ketidakadilan dalam sistem piliharaya yang dikendalikan oleh SPR.

Tapi apa yang pasti sapa2 yang gelar perhimpunan bersih sebagai kumpulan haram sebenarnya dah menderhakai Agong. Pasal apa Agong sendiri cakap perhimpunan bersih = kumpulan bersih. Agong sikit pun tak sentuh pasal perkasa + patriot dalam titah baginda pasal apa? Pasal Agong tak mengikuti pun perhimpunan bangang korang tue. Sebab tue lah kot korang geng2 patriot batalkan perhimpunan. Peh tue bangga2 nak kaitkan dengan titah Agong. Dasar taktau malu ini orang.

kah kah kah

Kesian + sadis + padan muka. Seronok betul aku tengok korang kena rembat dengan Agong depan2. Padan muka. Sekian.

Ameno : Body kapal terbang lagi nipis dari kulit dorang beb.

Share this

0 Comment to " PATRIOT Batal Perhimpunan 9 Julai ini "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...