Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Mei 2011

Surat tukar status warganegara : Zuraidah diperangkap, terperangkap atau memerangkap?

Susulan pendedahan zuraidah [timbalan pengerusi pkr selangor, ketua wanita pkr, ahli parlimen ampang] berhubung surat tukar status kewarganegaraan pendatang di hulu selangor yang didedahkan baru2 neh, lihat gambar di bawah neh ;




Umno hulu selangor menafikan kewujudan surat terbabit. Umno membuat penafian tersebut di balai polis. Dan umno hulu selangor mendakwa bahawa mereka telah menunjukkan bukti di balai polis bahawa surat itu adalah surat palsu. Terdapat beberapa perbezaan di surat yang didedahkan oleh yb zuraidah. Beberapa perkara yang menjadi hujah di pihak umno ialah ;

1. letter head tak sama seperti yang biasa digunakan oleh umno hulu selangor.
2. Corak tanda tangan yang berbeza
3. Ejaan nama yang juga tidak sama.

Semua ini dilaporkan oleh umno hulu selangor. Surat yang biasa dibuat oleh umno hulu selangor aku takde. Maybe ada bloggers umno yang dah upload benda tue untuk buat perbandingan. Tapi satu atau dua surat tiada beza. Banding membanding pun tiada guna. Benda neh hanya akan menimbulkan kecelaruan.

Celaru kerana betul ke kita boleh percayakan umno hulu selangor? Menerusi track record mereka.. Mereka tiada anugerah kejujuran. Award penipu mereka banyak. Award penyapu pun sama juga. Jadi tak hairan kalau rakyat celaru. Dan menerusi track record PKR pula. Herm. Jap. Herm. Apa yang harus aku katakan? Nanti aku dibalon pula. Herm. Begini sahaja kesimpulan yang aku boleh buat ;

1. Zuraidah perlu dedahkan sang pembocor maklumat tersebut. Dedahkan dia.
Kalau zuraidah di pihak yang benar, usah segan2 dedahkan individu yang bagi surat tersebut kepada zuraidah. Ini akan menyelesaikan banyak soal-jawab.  

Jangan buang masa bawa kes neh ke mahkamah. Ini semua aktiviti yang tidak sihat dikalangan pemimpin. Sket2 mahkamah. Sket2 mahkamah. Habis tue rakyat yang susah banyak terabai nak tunggu pemimpin2 parti dok bertelagah situ sana sini je buat apa? Baik gunakan masa yang ada cari orang susah dan bantu rakyat. Peluang untuk rakyat reundi pr balik cerah asal pr benar2 buat kerja di selangor.

2. Zuraidah kena cari bukti2 yang boleh menyokong kenyataan dia. Mesti ada. Terai cari pendatang2 asing yang konon nya akan diberikan status warganegara tue. Tangkap gambar mereka satu persatu. Paling2 koman dedahkan di seluruh selangor bahawa individu2 neh bakal dapat status warganegara untuk mengundi bn padahal mereka pendatang asing. Orang bn ka, pr ka kalau tahu mesti marah punya. Confirm.

3. Surat tersebut memang wujud. Dan umno telah menunjukkan surat lain untuk mengaburi pandangan rakyat. Boleh jadi semua tue. Macam aku katakan tadi reputasi umno sebagai sang pemfitnah telah terbukti secara global. So segalanya tidak mustahil.

Dalam pada itu, umno sempat mendedahkan bahawa PKR lah yang telah mendaftarkan pengundi asing iaitu seramai 351 warga bangladesh untuk membolehkan mereka undi PKR menjelang PRU - 13 kelak. Perkara ini sedang disiasat oleh sprm sejak sebulan yang lalu cuma tidak didedahkan supaya siasatan tiada ganguan. Arh sudah. Mana satu betul neh? Umno ke pkr yang daftar pengundi asing? Ataupun kedua2 mereka daftar pengundi asing?


Umno daftar pengundi asing. PKR daftar pengundi asing. Habis tue nanti malaysia jadi apa? Negara asing? Pakar politik ada mengulas bahawa umno dan pkr sekarang masing2 sedang hangat main perang saraf. Entah ulasan dia neh relevant ke tidak dengan topic neh. Tapi kalau nak main perang2 saraf sampai menfitnah sana sini aku rasa dorang memang bodoh piang. 


Menyusahkan rakyat. Nak main perang saraf pun mainlah. Tapi apasal kena main guna warga asing pula. Dasar paddykutty betul. Cuba main perang saraf ikut akal. Cuba sama2 berlumba buat kebaikan untuk rakyat? Bukan berlumba2 buat fitnah. Kalau dah berlumba2 buat fitnah itu bukan perang saraf bhai. Itu perang fitnah. Perang saraf yang terdapat banyak dalam taktik peperangan islam dahulu kala bukan lah berunsurkan perang fitnah. Ingat tue.


Dalam kes neh aku sesungguhnya mamai. Bab kepercayaan aku kepada umno memang zero. Tapi aku tak menolak bahawa kemungkinan umno di fitnah. Benda tue mungkin benar. Bab pkr daftar pengundi asing bagi aku susah sket nak percaya. Sebab takan dan2 spr dan ahli parlimen umno dedahkan pkr daftar pengundi asing selepas zuraidah buat pendedahan. Kenapa tidak sebelum itu? 

Dan kenapa tiada bukti sokongan? Almaklumlah nak mendaftarkan perlukan ic betul tak? Kalau perlukan ic mesti kena deal dengan jpn. JPN lak bn yang pegang. So sudah semesti ibarat makan kacang bagi umno kalau nak tunjukkan bukti. Betul tak? 351 pengundi asing kononnya juga didaftarkan di spr.  Sudah semesti pihak spr ada rekod terbabit, betul? Jadi kalau benar, pe kata dedahkan bukti tue aje. Leh lah aku analisis sket. 


Amacam? Ada berani tunjuk bukti tak umno? Macam yb zuraidah buat? Heh.


Ameno : Perang rakyat korang belum tahu lagi..
Percutian ke taman negara, rm290 seorang untuk 3 hari 2 malam
Tukar ipad jadi handphone? Erk.. apa tue? 


Share this

0 Comment to " Surat tukar status warganegara : Zuraidah diperangkap, terperangkap atau memerangkap? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...