Hish. Sadis betul lah keluarga neh. Kejam gila. Memang fefree je dapat gelaran paddykutty. Sendiri yang cari nahas. Geram siot bila aku tonton berita neh. Adalah dalam 5 minit yang lepas. Terus buat aku geram. Silap2 aku dah terbeli kot salah satu product mereka. Baca bawah dulu ;
Lokasinya nun di pedalaman di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak Lama.
Seminggu membuat risikan dan intipan malam semalam - banglo ini akhirnya digempur penguatkuasa KPDNKK.
Dan ini barangan yang ditemui. Dari serbuk coklat pelbagai jenama terkenal, serbuk teh hingga losyen badan dan lampin bayi dipercayai dikutip dari tong sampah.
Ada juga dari tapak pelupusan. Ada yang telah luput tarikh, lebih tiga tahun lalu. Serbuk coklat ini misalnya telah rosak tetapi akan dibancuh semula dan dijadikan aiskrim. Dan kemudian dijual kepada pelajar melalui penjaja di hadapan sekolah.
Ketika serbuan, dua wanita sedang melakukan kerja membuang cetakan tarikh luput pada botol susu segar.Seorang daripada mereka bertaraf penduduk tetap.Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut akta perihal dagangan 1972.
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang berkata, barangan terbabit dijual kepada pengusaha restoran, warung dan kedai runcit.
Hampir 4,000 barangan termasuk beribu-ribu helai pelekat tin susu bernilai lebih 30 ribu ringgit dirampas.
OSMAN NAWANG/PENGARAH PENGUATKUASA KPDNKK SELANGOR
"Kita syaki barang2 ini dikutip samada daripada sumber2 yang telahpun bersepakat atau bersekongkol dengan mereka, terutamanya apabila kita dapati byk barg2 rejek dan sebagai dan mungkin juga kegiatan mengutip dari tempat2 pembuangan sampah atau mungkin kedai2 yang telah tamat tempoh barangan itu,mereka kutip semula dan cuci balik kemudian jual semula."
Keji dowh cara dorang meniaga cari untung neh. Betul2 fikir hidup sendiri je. Langsung tak hirau nyawa orang awam. Yang aku bengkek dengan berita tue dia tapis pula jenama2 barangan yang penjenayah neh proses semula.
Tapi memang tak boleh nak salahkan berita tue 100% gak. Sebab apa bukan pembuat / pengilang yang menghasilkan product tue jual barang luput. Neh kerja orang lain. Mungkin kerja pihak ketiga. Kalau didedahkan nama jenama2 tue mungkin pengguna akan hilang kepercayaan nak beli barangan tue. Walaupun mungkin tak lama tapi aku fikir 2,3 bulan adalah kot. So kat situ merugikan semua pihak sebenarnya.
Barangan yang penjenayah neh proses semula, dia akan agih2kan pula kat kedai2 runcit, restoran2. Adoii.. taktahu product rosak neh dorang edarkan kat mana. Tak semesti operasi kat gombak dorang jual barangan tersebut kat gombak gak. Boleh jadi tempat lain. Silap2 luar dari area kl dan selangor. Kiranya benda neh boleh terkena kat sapa2 pun. Bayangkan enh, susu tin yang dah tarikh luput pun dorang leh proses dan jual semula. Itu yang luput. Kira ada maaf sket sebab luput tarikh walaupun ada yang sampai lebih dari 3 tahun.
Tapi masalahnya bukan itu je yang dorang proses beb. Yang dorang kutip2 kat tong sampah dan tempat pelupusan sampah pun ada beb. Fack betul lah penjenayah neh.
Antara jenama barangan yang aku suspect lah ;
1. Horlick
2. milo
3. vico
3. nestum
4. susu tin yang ada omega2 kat depan tue.. brand apa aku lupa.
5. susu segar brand nestle kot.. ataupun marigold. Tak berapa cam sangat botol dia.
Tengok gambar kat bawah neh ;
Losyen neh nivea kot. Itupun dorang sanggup susah payah keluar modal untuk buat kerja haram macam neh. Memang fack lagi lah jawabnya. Yang paling jijik sekali ialah dorang siap proses pampers bhai. Pampers wa cakap lue. Pampers mana ada tarikh luput bhai. Kalau ada tak tahu pula aku. Kalau dah proses pampers untuk dijual semula.. adoii.. haizhh.. memang fack lagi lah kat dorang neh.
Pampers neh dah sah2 budak yang pakai. Ke pampers untuk orang TUA? Tak kisahlah baby ke orang tua ke yang pasti pampers neh untuk kegunaan mereka yang tak terdaya beb. Sampai terdesak nak cari duit gila fack sanggup buat kerja macam neh untuk cari rezeki. Memang patut pun di bagi fack kat dorang neh. Dasar fikir kocek sendiri je.
Yang tak boleh blah tue ble dorang buat aiskrim dari coklat yang dah luput dekat 3 tahun. Peh tue dorang jaja plak aiskrim tue kat budak2 sekolah. Kegiatan neh didalangi oleh satu keluarga. 1keluarga yang keji. Memang patut 1keluarga neh dapat fack berjemaah. Silap2 dah ada yang sakit sebab dorang neh. Dan silap2 dah ada kot yang mati juga pasal dorang neh.
Ameno : Benci gila dengan manusia yang tamak.
0 Comment to " Barangan luput tarikh dijual semula. "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.